Fikri duduk di kerusi yang disediakan sambil menunggu adik kesayangannya itu yang masih di rawat di ruangan ICU.
'Maafkan angah ibu, sepatutnya angah kena pentingkan adik berbanding kerjaya. Mungkin selama ni, ini yang Seriam rasakan hari-hari. Ya Allah, ampunkan lah dosaku yang gagal melindungi maruah seorang gadis sedarah dan sedaging dari cengkaman manusia yang tidak mempunyai hati nurani', gumam hati Fikri sambil termenung dan meraut wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya.
(nada dering lagu MATA - aidea Jebat) memecah kesunyian di situ. Fikri laju mengeluarkan telefon bimbit dan mendapati yang menelefonnya itu rakannya.Panggilan telefon diangkat.
"Assalamualaikum Fikri, aku dah tahan semua mamat-mamat yang kau cakap tadi dan 2 orang gadis beserta 1 pek kecil plastik yang mengandungi serbuk putih. Kemungkinan serbuk putih ni dadah ", kata Inspekter Muaz.
"Zakri ada kat situ sekali?", soal Fikri.
"Tak ada pula Fikri, kenapa? Dia terlibat sekali ker?", tanya Muaz sambil menanggalkan sarung getah dari tangannya.
"Eh, tak ada lah ,'thanks' weyh sebab tolong aku. Minta maaf kalau menyusahkan kau", kata Fikri kepada Muaz dengan nada yang hiba.
"Apa lah kau ni, ini dah sememangnya tugas seorang polis. Macam mana Seriam? Doktor cakap apa", soal Muaz yang sudah berada dalam kenderaan MPV polis.
"Dia masih dalam bilik kecemasan. Aku risau lah Muaz, salah aku sebab lebih pentingkan kerjaya daripada dia. Aku dendam dengan Seriam sampai aku tekad dengan diri aku supaya tak balik rumah 'family' aku. Aku dapat jer masa 'outing' dengan 'weekend' tapi aku melencong pergi tempat lain", luah Fikri kepada Muaz.
"Astaghfirullahalazim, kenapa sampai macam tu sekali Fikri. Ini bukan Fikri yang aku kenal, Fikri yang aku kenal seorang yang penyabar dan bertimbang rasa", ujar Muaz dengan nada kesal.
"Aku tahu aku salah Muaz. Aku ego, aku tak terima Qada' dan Qadar tapi aku balik ni sebab aku kalah dengan rindu dan kasih sayang. Naib baik aku balik Muaz, kalau aku tak balik...", kata Fikri dengan nada yang sedih sehingga tak mampu berkata-kata. Air mata lelakinya berjujuran mengalir di pipinya.
"Tak apa lah Fikri , kau pun dah sedar . Perbetulkan balik apa yang kau dah buat ya. Aku yakin kau kuat bro, 'By The Way' aku kena gerak dah ni. Nanti kalau Seriam dah sedar, kau 'inform' lah aku", kata Muaz sambil memberikan salam sebelum menamatkan panggilan telefon.
"Baik, Waalaikummussalam", kata Fikri yang masih menggenggam telefon pintarnya sambil matanya memandang tepat ke arah pintu wad kecemasan. Dalam hatinya tidak berhenti berzikir dan menyebut nama Allah.
Pintu terbuka, kelihatan 2 orang yang keluar dari bilik kecemasan tersebut sambil berbual-bual. Mereka berhenti seketika lalu memandang ke arah Fikri yang duduk di ruangan menunggu. Beberapa saat kemudian mereka menganggukkan kepala mereka lalu menuju ke arah Fikri.
"Assalamualaikum, ini cik Fikri ya?', soal wanita yang berpakaian seperti seorang doktor.
"Waalaikummussalam, ya saya cik. Macam mana keadaan adik saya , adakah kritikal atau macam mana cik?", soal Fikri dengan cemas.
"Keadaan Seriam setakat ini dah stabil tapi cik tak boleh bawa dia balik dulu. Pihak kami akan pantau keadaan semasa Seriam. Jadi untuk masa sekarang saya tak benarkan sesiapa jumpa Seriam lagi, biarkan dia berehat", kata wanita itu.
"Baiklah cik, saya faham", kata Fikri dengan reaksi wajah yang sedikit hampa.
Di Hotel Residont...
"Asal mangkuk tu nak balik tak chat aku, dulu bukan main susah nak balik. Ni tahu-tahu balik, kan menyusahkan pelbagai pihak. Tak apa lah, buat sementara waktu ni aku tinggal sini dulu sampai semua reda", kata Zakri sambil duduk di bucu katil.
Zakri mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon atasannya bagi memaklumkan bahawa dirinya ingin meminta cuti selama satu minggu bagi menguruskan hal hartanah yang berada di kampungnya. Jejaka itu berbual panjang dengan atasannya agar atasannya yakin akan kebohongan dirinya itu. Panggilan telah dimatikan dan jejaka itu menghempaskan tubuhnya ke atas katil yang empuk itu.
"Esok atau lusa aku balik lah", bisik beliau sebelum sepasang mata ditutup.
Di rumah...
"Assalamualaikum acik, ni angah nak bagitahu yang Seriam masuk hospital tapi keadaan dia dah stabil", kata Fikri yang menyesuaikan kekdudukan badannya di atas sofa di ruang tamu sambil menggenggam telefon pintar.
"Waalaikummussalam angah, macam mana boleh jadi macam tu pula? Bukan kau dalam kem kan? Along bagitahu kau ke?", soal Kasri bertalu-talu dengan reaksi wajah yang terkejut.
"Aku sampai pagi tadi, nanti aku cerita kat kau bila kau dah balik. Sekarang ni aku nak kau mohon cuti Ihsan untuk balik. Dapat dua ke tiga hari pun okay juga , sekurang-kurangnya kau dapat tengok Seriam", kata Fikri.
"Ok angah, aku cuba minta dengan atasan aku. Esok aku 'inform' semula ya, kau jangan lupa makan pula. Aku cuba sedaya upaya untuk balik ya", kata Kasri sebelum memberi salam lalu mematikan panggilan.
Fikri memejamkan mata kedua matanya. Dalam kegelapan itu , kelihatan samar-samar sosok ibunya yang mendatanginya sambil tersenyum.
" Jaga Seriam baik-baik ya angah, dia seorang yang ad kelebihan. Maafkan ibu sebab terpaksa tinggalkan along,kamu,acik dan Seriam. Sayangi lah dia seperti mana ibu menyayangi kamu semua. Seriam membesar tanpa kasih sayang seorang ibu dan abah, tolong jaga dia ya. Ibu pergi dulu", kata wanita separuh abad itu sebelum dengan nada hiba sebelum berlalu pergi menjadi butiran cahaya bagai ditiup angin.
Fikri hanya mampu melihat sosok itu menghilang. Dirinya ingin berbicara tetapi bagai dikunci suaranya tidak mahu keluar. Jejaka itu hanya mampu mengalirkan air mata menandakan betapa rindunya terhadap sosok wanita bernama ibu.
Di Hospital...
" Cik, saya nak pergi ke tandas boleh?", soal jejaka yang tampan dan berbadan sedikit tegap.
Seorang pegawai penjara lelaki mendekati jejaka itu lalu membuka gari di katil. Pegawai itu berjalan di belakang jejaka terbabit untuk memastikan agar jejaka tersebut tidak melarikan diri di hospital itu. Jejaka terbabit berjalan dengan keadaan terhincut-hincut menuju ke tandas.
Dalam perjalanan balik ke katil, jejaka itu berhenti di hadapan sebuah cermin yang mempamerkan pesakit wanita. Jejaka itu cuba mengamati wajah pesakit wanita itu.
'Asal muka dia macam pernah tengok hea',gumam hatinya sambil merenung wajah wanita itu di balik kaca lut sinar itu.
"Asal kau berhenti? Kau kenal ke dengan perempuan tu", soal pegawai penjara itu dengan nada agak keras.
"Eh, tak ada lah cik. Cuma nak tengok pesakit ni, pagi tadi seingat saya bilik ni kosong", jawab bersahaja jejaka terbabit sebelum meneruskan perjalanannya menuju ke katil.
"Macam-macam lah kau ni", kata pegawai penjara itu sambil membontoti jejaka terbabit.
'Betul ke tu Seriam? Tak apa, esok aku akan cari jawapan',kata hati jejaka terbabit sambil kembali berbuai dalam mimpi.
YOU ARE READING
AKU SERIAM
Actionmengisahkan seorang perempuan(Seriam) yang mempunyai 3 orang abang: Zakri(Along) = Warden Juvana Fikri(Angah) = Tentera Darat Kasri(Acik) = Tentera Laut Gadis ini menghidap penyakit Autisme, pelbagai kesukaran dilalui oleh dirinya sehingga terbitn...