1

30 1 0
                                    

31 Mac 2023

"Oii jauhnya tersasorr!" Pekik Pakcik Mad bila aku melepaskan anak panah yang dituju pada papan sasaran itu melencong ke belakang papan.

"Alah Pakcik Mad, everyone does make mistake okay?" aku mempertahankan diri sendiri. Masuk kali ni dah dua bekas anak panah aku bedal untuk disasarkan, tapi dua bekas itu nyata sia sia saja aku lepaskan. Aku yakin yang aku tak dilahirkan sebagai pemanah walaupun memanah adalah perkara yang aku mahu kuasai sejak aku kecil. Pengaruh movie Brave!

"Pakcik dah cakap jangan tunggu lama masa nak lepas panah, engkau ni, betul betul pergi lepaskan panah lepas regang tali. Siku pun tak tegak" lelaki tua itu menapak di sebelah aku dengan busur di lengan kanannya. Sebatang panah diambil dari bakul rotan. Posisi lelaki itu dibetulkan kepada posisi open stance, kaki kiri menghala ke papan sasaran dan kedudukan siku ditempatkan tegak sebelum panah dilepaskan.

Tepat.

"Alah,  Pakcik Mad dah selalu buat memanglah pakcik boleh shot. Orang baru je belajar 2 bulan" cebik aku bila panah ke lima Pakcik Mad tepat di sasaran.  Malulah aku, aku yang 23 tahun ni pun tak dapat sasar betul betul berbanding Pakcik Mad yang dah masuk umur 52. Aduh bangkit anak muda, bangkit!

"Alah kau, alasan je. Pakcik ni berbuih air liur ngajo kau. Gitu le anak panah kau silap silap ke luar Fraser kau sasar" aku gelak bila Pakcik Mad merungut seusai dia meletakkan busurnya dalam bekas. Memang lelaki itu banyak mengajar aku, tapi itulah aku dah cakap aku tak dilahirkan sebagai pemanah sejati. Berlatihlah sampai tercabut siku pun, aku tak dapat nak sasar tengah.

"Ikut kaulah" Pakcik Mad dah malas nak melayan aku. Dia masuk semula ke dalam kaunter apabila mendapat panggilan telefon.

Okay Suri, kali ni buat betul betul!

Sebatang panah aku capai dan aku kemaskan hujung panah pada bahagian nock sebelum busur dibawa ke sisi. Mata panah sudah berada kemas di arrow rest setelah aku menekan anak panah pada tali busur. Kedudukan kaki aku cuba tiru macam Pakcik Mad buat tadi pada posisi open stance dan siku aku tegakkan bersama sama kedudukan kepala menghala ke papan sasaran. Jari telunjuk, jari hantu dan jari manis menarik tali busur, bersedia untuk dilepaskan. Tak lama, cukup 5 saat aku terus lepaskan panah.

"Pakcik Madd!!!!" aku menjerit riuh, nak bergegar satu bandar Fraser sebab tempikan aku ni.

"Ha ha kenapaa?  Dapat dah ke?!" terkocoh lelaki itu mendapatkan aku dengan mata membulat, mestilah dia tak percaya dengan kejayaan aku!

"Tersangkut kat pokok la pakcik!"

[C] AbstrakWhere stories live. Discover now