3 April 2023
"Afham, Ya Allah Ya Tuhanku! Ni macam mana boleh kena sengat ni?!!" berlari aku mendapatkan Afham, murid tahun 1 yang sudah bercucuran air mata di atas lantai dikelilingi rakan sekelasnya.
"Dia main kat belakang kelas, cikgu. Besar sangat lalat tu!" Hazim melapor status kejadian Afham diserang tebuan tadi. Sampai kat Hazim dia cakap lalat yang sengat. Adoii, iyakan sajalah. Tumpuan aku pada Afham sekarang, terkocoh aku lari dari kelas 1 Tekun ke 1 Amanah apabila mendapat tahu Afham disengat serangga.
Aku belek lengannya, bukan main besar bengkak pada lengan Afham, sampai menggigil gigil lengannya. Makin kuat suara Afham menangis, mungkin tak tertahan sakitnya akibat disengat tadi. Tanpa melengahkan masa, aku terus memapah Afham untuk dibawa ke klinik kesihatan. Kereta Axia aku sudah parkir siap siap.
"Ya Allah, Afham! Nak demam dah ni!" Aku jadi makin risau bila suhu dahi Afham naik mendadak. Aku terus duduk di kerusi pemandu dan memasangkan tali pinggang keledar pada Afham sebelum memecut keluar sekolah menuju ke klinik kesihatan.
"Afham sayang, jangan tidur ya. Kejap lagi kita sampai" Pemanduan aku cuba atur sebaiknya, namun keadaan Afham lebih merisaukan aku. Lengannya yang menggigil tadi mula dinaiki bintil merah. Afham pun sepertinya mahu memejamkan mata, aku bimbang Afham pengsan.
Sebelah tangan aku mengusap rambut lebat Afham manakala tangan kanan aku ligat memutar stereng kereta menuju ke klinik kesihatan. Tahu sajalah Fraser ni terkenal dengan jalannya yang berliku macam ular kena palu.
"Afham, bertahan ya Afham" Sekejap sekejap aku pandang Afham, sekejap sekejap aku tengok jalan. Mujurlah Fraser bukan bandar besar, kalau tak jenuh jugala nak hadap lautan kereta di jalan.
Entah bila dan kenapa, tiba tiba saja kelibat seseorang melintas menyebabkan aku menekan brek mengejut diikuti jeritan aku. Haa kan, baru je cakap terus ada musibah!
Aku mengangkat handbrake setelah meletakkan tombol pada simbol P. Afham masih mencelik mata membuatkan aku sedikit lega. Geram aku, waktu aku nak cepatlah ada je halangan menimpa! Aku keluar daripada kereta dan kelihatan seorang lelaki sudah selamat rebah mencium jalan dengan sebuah basikal. Kalau tengok macam tak adalah parah mana, aku tak ada masa nak tanya keadaan lelaki itu okay atau tidak. Keadaan Afham juga makin teruk!
"Bangun bangun cepat, masuk kereta saya bawa klinik" kata aku sambil mengangkat basikal miliknya untuk diparkir di tepi. Lelaki muda itu cuba mengangkat tubuh dengan kedua tangannya menekan jalan. Aku tak terlalu risaukan lelaki itu sebab kereta aku dalam keadaan baik baik sahaja, maka kecederaan lelaki ini tidaklah serious kan? Basikal dia pun okay saja, tak nampaklah pula tayar hilang sebelah atau ada bahagian yang tercabut. Mata aku cemas memandang Afham, ah sudah! Afham dah macam terlelap, pengsan ke budak tu? Muka Afham menjadi makin pucat membuatkan aku risau.
"Ihh, cepat cepat! Masuk cepat!" Tanpa fikir panjang, aku tarik lengan lelaki yang berbalut hoodie kelabu ini masuk ke dalam perut kereta. Dah macam aku ni buat kegiatan haram menculik bapak budak. Nak tunggu dia kibas-kibas seluar tu je dah 5 minit, ish. Orang nak cepat lah dia buat lambat-lambat pula. Langgar aku pula tu!
"Maaf ya awak. Saya rushing ni. Maaf sangat sangat. Afham sayang, jangan tutup mata lagi. Dah nak sampai ni, sayang" aku terus menekan minyak menuju ke klinik kesihatan yang berada lagi 500 meter setelah menukar gear D.
"Awak culik budak ke? Awak buat apa ni? Awak tahu tak saya siapa?"
"Ya Allah tak ada masa lah nak culik kau! Kita nak pergi klinik ni, duk diam diam je jangan banyak bunyi!" Marah aku bila lelaki itu bersuara. Aku tahu dia lelaki yang gelakkan aku masa kat Archery Zone haritu, jangan ingat aku tak kenal ye muka orang orang yang buatkan maruah aku jatuh merudum! Ikutkan memang aku tinggal je mamat tu lepas dia hentam kereta aku tapi rasa bersalah pula aku. Situ dahlah ada cctv, kang polis cari aku, tak pasal je aku masuk penjara.
"Ni kenapa ni? Dia kenapa?"
"Kena sengat." ringkas jawapan aku membalas pertanyaan lelaki yang aku tidak tahu namanya. Entahlah tak ada masa pula aku mahu melakukan sesi taaruf.
"Oooo"
Suara garau dia membuatkan aku tak senang duduk, ditambah lagi keadaan Afham yang layu layu matanya dengan demam yang tiba tiba menyerang. Setiba sahaja di klinik, aku terus mematikan enjin kereta dan menyambar tas tangan aku.
"Awak keluar sekali, cepatt" Arah aku setelah mengeluarkan Afham daripada kereta. Laju aku menerpa ke dalam klinik meninggalkan lelaki itu sorang-sorang dalam kereta. Padan muka, siapa suruh lambat.
"Nurse, 2 orang ya. Budak ni sorang, sorang lagi ada nanti dia masuk."
"Boleh saya minta IC cik?"
Aku laju mengeluarkan IC daripada purse dan menyerahkannya kepada nurse bertugas. Beberapa maklumat peribadi Afham turut aku berikan kepada petugas yang bertugas di bahagian kaunter pendaftaran. Tidak menunggu lama, nama Afham terus dipanggil ke dalam bilik doktor.
![](https://img.wattpad.com/cover/255265729-288-k818889.jpg)
YOU ARE READING
[C] Abstrak
Short Story"Kalau saya berpeluang jadi rakyat biasa, itu benda pertama yang saya nak" Tengku Adam berbasa basi membalas kata-kata Aiman. Faham lah sendiri. Perkara abstrak begini sukar diungkap dengan kata-kata. Cukup jiwa yang merasanya. Semoga kau jumpa sa...