"Awak kenapa nak cari gaduh dengan saya?" Aku dah tayang muka pelik bila lelaki itu bersuara sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Eh eh dia ni, aku yang bayar rawatan dia, tak rasa bersalah ke nak cari gaduh dengan aku? Tinggal kang baru tahu.
"Apa awak ni? Tak malu ke cari gaduh depan budak budak?" aku menggunakan Afham yang tak tahu apa-apa sebagai perisai aku untuk memalukan lelaki aku. Iyalah, haritu kat tempat memanah pun dia malukan aku kan?
Dengusan lelaki itu aku dengar tanda kemenangan aku. Sempat lagi aku keling muka tak puas hati lelaki itu pada biasan cermin kereta, hehe padan muka.
"Afham, kita balik rumah Afham ya? Afham tak sihat ni. Cikgu dah call ibu Afham tadi"
"Okay cikgu Suri"
"Afham kalau Afham dah sihat baru pergi sekolah tau"
"Alah, nanti Afham rindu kawan kawan!"
"Afham ni, Afham kena sihat dulu baru boleh jumpa kawan kawan, haaa"
"Emm okaylah cikgu nanti Afham nak sihat cepat cepat, nanti boleh pergi sekolah lepastu main dengan kawan!"
Tengku Adam di belakang hanya mendengar perbualan antara Cikgu Suri dan Afham yang petah bercakap. Dah tak macam orang sakit, mungkin imun tubuh Afham pantas memberi gerak balas terhadap ubat yang diberi doktor tadi. Tadi bukan main pucat dan senyap sunyi Afham, ni nak bercakap je kerjanya. Bosan menjadi pemerhati tidak bertauliah, telefon dikeluarkan dari poket hoodie untuk memaklumkan Aiman, pengawalnya supaya tidak risau. Huff. Kehadirannya dalam kereta itu seperti tidak wujud. Nak mencelah pun, dia tak tahu di mana dia boleh mencelah.
"Awak jangan bawa lari kereta saya ni. Kejap lagi saya datang balik lepas hantar Afham" Suri memberi amaran kepada Tengku Adam yang ralit bermain telefon di kerusi belakang. Tengku Adam berdecit. Dia cuma melihat langkah Suri dan Afham yang maju menuju ke sebuah rumah berwarna coklat. Mungkin itulah rumah Afham, dia cuba mengagak sahaja.
"Ya Aiman, saya dalam kereta dia ni. Dia bawa saya pergi klinik tadi. Haah. Kejap lagi saya call balik. Okay Aiman" dia mematikan panggilan apabila susuk Suri mendekati kereta. Dia berpura membelek luka yang disapu iodin, namun jauh di sudut hatinya ada rasa geram kepada Suri kerana gadis itu langsung tidak mengenalinya. Sedalam penduduk Orang Asli pun masih kenal siapa Tengku Adam, inikan pula gadis berpelajaran seperti Suri.
"Awak nak saya hantar kat mana? Kat basikal tadi ke kat rumah awak?" soal aku seusai duduk di kerusi pemandu dan melilit tali pinggang keledar.
"Nak makan"
"Jangan nak merepek, saya ada kelas kejap lagi" laju aku memintas permintaan tidak masuk akal lelaki berhoodie kelabu itu. Muka tak bersalah langsung, begitulah raut wajahnya. Toya memanjang. Ingat aku ni orang gaji ke?
"Saya lapar. Belanja makan kalau nak minta maaf, kalau tak, saya tak maafkan awak" Tengku Adam bertegas siap peluk tubuh di belakang macam bos besar. Peduli apa gadis itu bekerja atau tak. Personaliti gadis itu agak tidak sopan pada pandangannya, jadi dia perlu menggunakan taktik dan skill yang jauh dari peribadinya sebagai Tengku Panglima Muda untuk mengajar Suri apa itu tatasusila. Kalau Bonda tahu, harus kena pelepuk sekali atas kepala.
Suri melihat sekilas jam tangan yang melekat pada pergelangan tangannya.
"Saya taknak berhutang dengan siapa siapa kat atas dunia ni. Okay saya belanja makan. Malas bergaduh dengan lelaki macam ni, tak ada mood" Tengku Adam menggigit bibir bawahnya dengan geram apabila mendengar jawapan angkuh Suri. Boleh lagi dia nak sakitkan hati aku!
"Saya ni jarang nak makan dengan rakyat biasa. Awak tak teruja ke?"
"Pfttt!! Awak tu siapa? Putera Raja ke? Hahahahaha"
Geram Tengku Adam mahu tempek identiti keputeraannya di depan muka Suri yang seronok terbahak bahak gelakkannya itu. Namun wajahnya berubah apabila gadis itu menghentikan kereta di tempat mereka berlanggar tadi.
"Maaf lah Encik Johan, saya ada kelas sekarang. Saya tak boleh mengelat sebab taknak kena soal dengan Tuhan kenapa lari dari kerja. Jadi, saya hantar awak kat sini lah ye? Bagi alamat rumah awak. Nanti saya hantar makanan" aku menerangkan alasan aku secara ringkas dan padat kepada lelaki yang aku namakannya Johan itu. Jam sekarang tepat pada angka 9, aku ada kelas BM dengan kelas 3 Cekal kejap lagi.
"Siapa Encik Johan?"
"Awaklah. Saya nak namakan awak Johan, jadi saya panggil awak Johanlah. Ke awak nak saya panggil Naib Johan? Pfftt hahahaha" Aku gelak lagi bila muka Johan macam tak puas hati bila kena gelar Johan. Alah, biarlah lagipun aku tak berminat nak bertukar biodata dengan lelaki macam ni. Dahlah amik kesempatan suruh belanja makan. Sungguh tidak bersopan. Ingat harga makanan kat Fraser ni macam kat Kampung Baru ke?
Tengku Adam menghela nafas geramnya. Belum pernah lagi dia jumpa gadis yang berperangai begini. Dia sambut juga huluran buku dan sebatang pen yang disua Suri. Dia sendiri taktahu kenapa dengan rela dia memberi alamat rumahnya kepada Suri walaupun itu merupakan maklumat sulit bagi Putera Raja sepertinya.
"Kalau awak tipu, siap. Saya langgar rumah awak" ugut Tengku Adam sebelum menguak pintu kereta. Dengan dia sekali jadi nak berbalah macam Suri, siap main ugut ugut lagi. Suri turut mencebik, macam lah dia tahu aku duduk mana.
"Ish tepilah, nak kena langgar lagi ke duduk depan kereta?" aku meninggikan suara apabila Johan seolah olah sengaja melambatkan langkahnya di depan kereta aku. Aku terus menekan minyak sebaik sahaja susuk tegap lelaki itu berada di laluan sebelah kiri, di mana terletaknya basikal milik Johan.
YOU ARE READING
[C] Abstrak
Short Story"Kalau saya berpeluang jadi rakyat biasa, itu benda pertama yang saya nak" Tengku Adam berbasa basi membalas kata-kata Aiman. Faham lah sendiri. Perkara abstrak begini sukar diungkap dengan kata-kata. Cukup jiwa yang merasanya. Semoga kau jumpa sa...