11 (end)

14 2 0
                                    

18 April 2023

"Tengku,  mana Cord tengku?" soal Aiman apabila terperasankan pergelangan lengan Tengku Adam yang kosong. Biasanya Tengku Adam selesa mengenakan bracelet Cord bersimpul hijau askar itu apabila menyertai aktiviti lasak atau hutan. Tetapi tidak hari ini. Wajah polos Tengku Adam dipandang,  cuba meminta jawapan.

"Saya pun taktahu saya letak mana. Dah lama saya cari"

"Tengku tertinggal kat Fraser?"

Serta merta ingatan Tengku Adam mengimbau percutiannya di Fraser tempoh hari. Aku pakai,  tapi aku tertinggal kat mana pula?

"Cord kesayangan Tengku tu.. " keluh Aiman perlahan. Dia berasa bersalah kerana tidak memeriksa keperluan Tengku Adam dengan baik sebelum meninggalkan Fraser Hill tempoh hari. Tapi dia yakin dia sudah memeriksa segala laci dan inci rumah sebelum keluar dari rumah agam tersebut. Dia yakin rumah dalam keadaan bersih tanpa meninggalkan barang barang mereka.

Tengku Adam menyimpul senyuman kecil sebaik sahaja memorinya memapar ingatan di mana dia menanggalkan gelang Cordnya. Insiden di mana Suri mempertikaikan identitinya, dia cuba menunjukkan bukti  dengan menanggalkan Cord. Nyaris dia tempek Cord berwarna hijau askar itu pada dahi Suri yang riuh, namun niatnya dihentikan.

"Tak apalah Aiman. Beli baru jelah"

"Tapi Tengku.. " Aiman menghentikan kata kata apabila Tengku Adam menepuk bahunya. "Itu cord kesayangan Tengku.. "

Aku hilang dua yang berharga. Satu ia,  dan satu kamu. Semoga Tuhan pertemukan kita kembali - Johan

[C] AbstrakWhere stories live. Discover now