"Tuanku!" Seraya kedua tangan diangkat ke kepala tanda hormat akan Putera itu. Tengku Adam mengangguk kepala dengan senyuman tertampal di bibir. Sekarang ni dia dilanda kehairanan, mana pula hilang gadis tadi?
"Tuanku sekali dengan Cik Suri ya?" soal jururawat yang masih setia dengan sebatang pen hitam di tangan, mahu mencatat maklumat pesakit sebagai rekod. Menggigil jugalah tangannya itu, maklumlah putera raja bertandang! Selama ini dia cuma melihat putera berdarah Perak itu di dalam kaca televisyen sahaja, siapa sangka kali ini dia dapat melihat susuk tubuh putera itu dengan kedua biji matanya?
"Er.. Haah saya sekali dengan dia" mata Tengku Adam melilau, pandangannya tertumpu pada tas tangan yang terbuka luas di atas kaunter pendaftaran. Dia yakin itu milik gadis yang dikenali sebagai Suri itu. Cuai betul.
"Tuanku boleh masuk bilik 1 ya."
-
"Cik Suri, handbag awak jangan letak merata" suara seseorang menyapa aku, menyebabkan aku kalih ke belakang. Mata kami bertemu sekejap sebelum aku alihkan pandangan pada tas tangan milik aku yang dipegang oleh lelaki itu.
"Oh, letak je situ."
Tengku Adam mengangkat kening, namun handbag berwarna kelabu muda itu diletak juga atas kerusi yang berada di hadapan meja doktor seperti yang diminta Suri.
Erkk. Kenapa aku yang patuh arahan dia ni? Tengku Adam mempersoalkan tindakannya.
"Afham, Afham sakit ke?" Suri mendapatkan Afham yang selesai disuntik oleh doktor bertugas di sebalik tirai. Risaunya terpapar jelas apabila melihat wajah sugul Afham yang belum kering dengan air mata. Tangan kanannya menapak di seluruh wajah pucat Afham, nyata bimbang gadis itu terhadap budak yang bernama Afham terpancar.
"Saakitttt" adu Afham dengan linangan air mata yang sudah berjurai membasahi wajah comelnya. Tengku Adam hanya menjadi pemerhati di hadapan meja doktor. Oh, Suri tu cikgu rupanya.
"Ish Abang Afham ni hebatlah! Abang Afham kan hebat, hensem pula tu, orang hebat mana menangis kena cucuk!" Suri cuba memujuk budak yang dikenali sebagai Afham itu. Tengku Adam mencebik, terlalu keanak-anakan! Apalah, ada ke budak termakan ke dengan umpan macam tu?
"Betul ke cikgu? Kalau macam tu, Afham taknak menangis. Afham kan hensem!" membulat sekejap mata Tengku Adam mendengar respon Afham yang duduk di birai katil itu. Cakap macam tu pun budak boleh berhenti menangis? Seriouslah?
"Tuanku.. " sapa doktor bertugas sambil mengangkat sembah kepada Tengku Adam yang tercegat di belakang kerusi itu. Tengku Adam mengalihkan perhatian pada doktor yang menegurnya, Dr Jalal. Kelihatan riak doktor agak teruja, iyalah, pesakitnya pada hari itu adalah salah seorang anak kepada Sultan Perak!
"Jemput duduk, Tuanku. Tuanku sakit apa ya?"
"Er saya jatuh basikal tadi doktor" jelas Tengku Adam sambil menghulurkan lengan kanannya yang bercalar kepada Dr Jalal. Dr Jalal menyungging senyuman, mungkin berasa lucu dengan keadaan lengan Tengku Adam yang tidaklah seteruk yang disangka. Lelaki itu membuang pandangan pada Suri dan Afham yang masih berdrama di birai katil sementara lukanya dibersihkan oleh Dr Jalal.
"Tuanku, ada luka kat tempat lain ke?"
"Dr, check je semua badan dia. Tadi dia langgar kereta saya," Tengku Adam dan Dr Jalal serentak memandang Suri yang menjawab pertanyaan doktor tadi. Terkebil kebil Dr Jalal melihat Suri yang selamba berkata.
Dia cakap aku langgar dia? Dia yang bawa kereta entah macam apa apa! Sungguhlah perempuan ni, dahlah tak hormat aku!
"Erk okay.. Saya periksa" Dr Jalal membalas, namun dia tak sangka dengan respon Cikgu Suri begitu negatif terhadap Putera Raja berdarah negeri Perak itu. Cikgu Suri ni kenal sangat ke dengan Tengku Adam?
"Saya keluar dulu ya. Takkan saya nak teman dia, dah besar macam bapak budak dah pun" aku membuka mulut lagi apabila keadaan dalam bilik doktor tiba tiba sunyi bagai dalam dewan peperiksaan. Aku mencapai tas tangan yang berada di sebelah lelaki itu, manakala sebelah tangan lagi aku memegang erat tangan Afham sebelum keluar dari bilik rawatan. Kenapa Dr Jalal senyap? Macam terkejut je dengan aku. Nurse dalam tu pun macam duk tengok tengok aku tadi.
Tengku Adam melepaskan marah tersisa, namun marahnya bergema dalam hati sahaja. Apa ya perkataan yang sesuai untuk Suri? Kurang akhlak? Ha begitulah. Kau kalau aku jentik pun rebah, Suri! Badan je kecik, mulut luas alam!
"Kenalan Tengku Adam ke? Macam dah kenal lama je dengan Tengku" soal Doktor Jalal setelah cikgu muda itu keluar dari bilik. Cikgu Suri yang dikenalinya bukan begitu orangnya, setahunya Cikgu Suri lah gadis yang ramah dan bersopan, ditambah dengan personaliti cerianya membuatkan orang yang mengenali Suri selesa dengan gadis itu. Meskipun baru berpindah ke situ, namun gadis itu tidak kekok dan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
"Em, haah doktor. Kawan lama," Malas berbasa basi, Tengku Adam iakan saja.
YOU ARE READING
[C] Abstrak
Short Story"Kalau saya berpeluang jadi rakyat biasa, itu benda pertama yang saya nak" Tengku Adam berbasa basi membalas kata-kata Aiman. Faham lah sendiri. Perkara abstrak begini sukar diungkap dengan kata-kata. Cukup jiwa yang merasanya. Semoga kau jumpa sa...