10

10 1 0
                                    

3 April 2023

"Its okay tuan. Its okay to fall in love. Its normal as you getting older" Tengku Adam tadah saja segala nasihat yang Aiman curahkan sepanjang perjalanan kereta itu keluar dari bandar Fraser. Macam mana Aiman boleh tahu, dia pun tak pasti. Mungkin sebab mereka sudah akrab sejak dia kecil lagi, maka Aiman lebih serba serbi mengenali dirinya sehingga ke akar umbi hatinya turut diketahui oleh pengawal peribadinya. Dia tak pandai berkongsi perasaan. Dia lebih senang memendam.

"Saya harap awak rahsiakan apa yang berlaku sepanjang kita di Fraser"

"Jangan risau, Tuan. Rahsia Tuan sentiasa selamat dengan saya" Aiman menampal senyuman ikhlas buat Tengku Adam yang merenung pemandangan Fraser buat kali terakhir. Dia sendiri tak tahu kenapa Putera sehebat Tengku Adam boleh jatuh hati pada gadis sombong itu. Tidak pula dia kepoh menanya, cukuplah dia tahu perihal itu setakat itu. Hal hal peribadi begini tak manis dikorek, sebaiknya tunggu empunya tuan badan yang sudi bercerita.

Dia sendiri tak sangka secepat itu Putera boleh jatuh hati. Sebesar mana pun Tengku Adam menafikan perasaannya apabila diusik, Aiman tetap nampak bahawa lelaki berketurunan kerabat itu memendam rasa yang disorok. Aiman senyum, lucu melihat Tengku Adam malu begitu.

"Time will heal,  Tuan"

"Hope so"

Tengku Adam sedia maklum bahawa dia tidak mungkin dijodohkan dengan orang biasa. Jodohnya sudah ada sedia menanti. Cuma menunggu dua hati untuk dipatri pada hari yang akan diizinkan Tuhan kelak.

Dia tak pasti dengan dirinya, entah kenapa dia berasa agak ralat, terkilan dan berat untuk meninggalkan bandar kecil itu. Dia tidak suarakan hal itu kepada Aiman, Aiman sendiri sudah tahu sama ada dia bercerita atau tidak.

Setiap kali dia teringat Suri, mesti bibirnya memintal senyuman kecil yang kadang-kadang Aiman berjaya nampak. Mengekek Aiman mengusik.


Semoga kau jumpa sayapmu dari kalangan yang baik-baik, Suri. Semoga kita jumpa lagi.  - Johan.

[C] AbstrakWhere stories live. Discover now