3

14 2 0
                                    

"Dia marah saya ke?" Tengku Adam menyoal setelah gadis itu hilang dari pandangan mereka.

Aiman tergamam dengan tindakan drastik gadis itu yang tiba tiba memarahi Tengku Adam tak pasal. Naik suhu darahnya, nak play victim konon. Padahal dia sendiri yang hampir cederakan Tengku Adam! Kalau tak sebab Tengku Adam yang menahannya, mesti dia dah sekeh kepala gadis yang tidak bermoral itu!

"Tengku dah berhenti main ke?" datang Pakcik Mad yang menuruni tangga dengan berhati hati menuju ke pangkin kecil dengan dulang di tangan. Tengku Adam sedekahkan senyuman, itu sajalah modalnya.

"Aah pakcik. Rehat sekejap. Susah susah je pakcik bawa kami minuman" dia mendapatkan Pakcik Mad yang sudah meletakkan dulang di atas gazebo kayu. Aroma lembut teh cina itu menusuk ke dalam hidung.

"Tak susahlah. Jemput minum, jemput" pelawa Pakcik Mad dengan sengihan. Bangga apabila anak kepada Sultan Perak  itu sudi mencemar duli. Memang dia nak selfie dengan Tengku Adam dan upload di fb kejap lagi!

"Haih budak ni lah, dah main bukan nak kutip balik" keluh Pakcik Mad bila terperasankan stok anak panahnya berterabur entah ke mana. Hanya 5 panah sahaja tepat pada sasaran, tak perlu jawapan. Dia sudah maklum siapa yang menyasarkan panah itu. Suri? Mesti gadis itu sudah bertempik riuh bila berjaya menembus sasaran!

"Anak pakcik ke perempuan tadi?" soal Aiman dengan nada tenang. Marahnya mula reda dengan teh cina yang dicicip tadi.

"Taklah, dia tu baru pindah. Seronok pula dia berlatih memanah bila datang sini." terang Pakcik Mad secara ringkas. Suri Surii.. Tak pernah pula gadis itu buat perangai tinggalkan anak panah sebarangan, biasanya gadis itu yang rajin membantunya membersihkan kawasan memanah itu.

Tengku Adam mengangkat kening, orang baru kat situ rupanya. Tapi takkan tak kenal aku? Siap marah aku lagi.

[C] AbstrakTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang