2

17 1 0
                                    

Zzzzupp!!!

Sebatang panah betul betul menembus sebatang pokok pain yang menghiasi jalan Fraser yang sunyi itu. Nyata kejadian itu membuatkan dia terkejut besar dengan serangan tak terduga itu. Membulat biji matanya, jantungnya yang berdegup akibat mengepam darah semasa berjogging tadi menjadi lebih kencang apabila anak panah itu hampir mengenai lengan kirinya. Hampir terkeluar jantung dari dada!

"Tengku! Tengku tak apa apa?" Aiman berlari anak mendapatkan tuannya yang berhenti secara tiba tiba itu. Dia sendiri melihat kejadian anak panah yang hampir mengenai Tuannya tadi.

"Saya okay. Fuhh.. Bahaya betul Fraser ni. Ada yang mengintip ke?"

"Itulah Tengku, saya dah pesan bawa ramai bodyguard, Tengku tak mahu. Dunia ni tak selamat, Tengku! " bersungguh Aiman menasihati tuannya yang masih dalam keadaan terkejut. Tengku Adam pun dah terkejut sebegitu rupa, dia lagilah. Hampir tercabut rohnya apabila anak panah itu laju menembusi angin. Ligat bola matanya melihat dari mana panah itu diterbangkan.

"Tengku, ada orang memanah kat bawah" figura gadis bertudung kelabu di bawah itu menguatkan firasat Aiman bahawa gadis itu punca Tengku Adam hampir terbunuh tadi. Dia menggenggam penumbuk apabila gadis itu masih melepaskan anak panah merata-rata. 

"Dia salah sasar kut. Tak apalah, jom kita sambung lari sampai situ. Kita tengok tempat tu sekali" setelah nafas distabilkan, dia memulakan langkah kecil menuju ke bawah, kawasan lapang di mana gadis itu bermain panah.

Lagipun, sudah lama dia tidak memanah.

Aiman menurut di belakang, namun matanya masih berjaga jaga dengan segala kemungkinan lain bagi melindungi Tengku Adam.

7 minit kemudian, mereka tiba di The Paddock, kawasan yang menyediakan aktiviti seperti berkuda dan memanah itu  benar benar membuatkan Tengku Adam berasa tertarik. Dua sukan yang diminatinya ada di sini, tambahan lagi dengan deretan pokok conifer dan angin sejuk di Bukit Fraser membuatkan dia berasa nyaman di situ. Hampir terlupa kejadian dia hampir dicederakan oleh sebatang panah.

"Perempuan tu kan?" Tengku Adam menyoal Aiman yang setia berada di belakangnya. Dia berhenti seketika melepaskan lelah, jarinya menyentuh butang Finish pada aplikasi Strava, cukuplah dia berjogging sehingga situ.

"Positif, tengku. Memang dia."

Mereka berdua tercegat di situ memerhatikan gadis yang dari tadi melepaskan panah dengan yakin.

"Pft!!" terhambur ketawa kecil Tengku Adam melihat kecuaian gadis itu. Sekejap panah dekat kiri, sekejap dekat kanan. Sungguh tak berpendirian tetap, sama seperti pemanah itu sendiri.

"Ni silap silap, ada yang sampai salah panah orang. Bahaya betul dia ni" Aiman meluah rasa geram. Dia yang rasa geram dengan gadis itu,  rasa mahu hempuk hempuk kepala gadis itu dengan busur yang bersusun elok dalam bekas quiver itu!  Dia taktahu ke perbuatan dia tadi menyebabkan Malaysia hampir kehilangan Putera yang kacak?

"Baru belajar la kut"

"Itulah, Tengku. Asyik sangka baik je. Cuba sekali sekala kita sangka buruk. Kita bukan tahu pun niat orang ni apa" Aiman masih dengan bebelannya. Tengku Adam hanya sengih. Pengawal peribadi bernama Aiman yang sering mengikutinya ke mana-mana sahaja itu sudah dianggap sebagai kawan sendiri, tidak hairan Aiman mempunyai lesen tetap untuk membebel kepadanya.

Tengku Adam mula menapak ke bahagian Archery Zone diikuti Aiman.

"Tengku Adam?" Dia disapa seorang lelaki yang berada di kaunter. Seraya kedua tangan diangkat rapat separa kepalanya yang menunduk. "Ampun Tuanku"

Tengku Adam menghadiahkan senyuman manis, "Sihat pakcik? Pakcik sorang ke kat sini?"

Lelaki berusia separuh abad itu menampakkan gusinya apabila disapa mesra oleh Tengku Adam. Memang Putera berjiwa rakyat! "Ya,  sorang saja.  Maklumlah musim bukan cuti sekolah, kosong je Fraser ni. Tengku buat apa kat sini? Cuti cuti tenangkan fikiran?"

"Begitulah pakcik. Saja datang sini. Jarang jarang saya pergi Fraser ni, sekali sekala bercuti." balas Tengku Adam dengan ramah.

"Oh, Tuanku nak main panah, silakan ya. Busur dan anak panah ada kat situ. Saya bawakan teh sekejap"

"Eh,  tak apa pakcik jangan susah susah.  Saya datang nak memanah je" laju Tengku Adam menahan langkah pakcik itu. Tak mahu lelaki berstatus pakcik itu susah-susah kerananya.

"Haish, mana boleh macam tu. Tak apa sekejap je. Tengku selesakan diri ya, encik sekali" sekejap saja pakcik itu sudah menghilang, menyediakan teh untuk tetamu istimewa yang berkunjung di kawasannya.

"Tengku, nah" sebuah busur dihulur oleh Aiman. Nampaknya gadis itu begitu khusyuk, tak berhenti dari tadi, langsung tak perasankan kehadiran Tengku Adam dan Aiman di situ. Apabila panah dalam bekas sudah habis,  gadis itu berlari mengutip mendapatkan panah yang disasarkan tadi.

Tengku Adam mara ke tapak yang sudah dicat berwarna hitam, bersebelahan dengan kedudukan gadis tadi. Posisi kakinya dibetulkan posisi square stance, selaras dengan busur di lengan kirinya.

Zzup!

Tepat. Sekejap saja, tak mengambil masa yang lama pun untuk Putera berdarah Di Raja itu menembak panah pada sasaran. Memanah adalah makanannya.

Aiman yang memerhatikan tersenyum melihat kelincahan tuannya. Tengku dan memanah memang tak dapat dipisahkan.

-

Aku terpana dengan panahan yang disasar lelaki sebelah aku ni. Bukan tu je, boleh lagi dia berlagak memanah siap berubah tempat lagi. Ish, aku rasa maruah aku dipijak pijak sebab lelaki tu macam sengaja bertindak begitu!

Dari sebelah aku, lelaki tu mara ke petak sebelahnya dan panah ditembak tanpa rasa bersalah. Sampailah di petak terakhir, tiada satu pun panah yang dilepas tersasar. Macam tu pun dia boleh tembak tepat pada sasaran? Sebijik macam scene Brave!

"Nak memanah, paling penting kedudukan siku dengan kaki" tiba tiba lelaki bertubuh tegap itu bersuara seusai kembali ke tapak di sebelah aku. Sebatang panah milik aku diambil dan dilepas dalam masa 15 saat, mengenai tepat pada papan sasaran yang berada di hadapan aku. Ni kalau Pakcik Mad tengok pun dia teriak habis ni.

"Tahulah" aku membalas dingin, tak mahu kalah. Biadab sungguhlah mamat ni, tahulah pandai shot, perlu ke dia curi anak panah aku lepastu panah dekat papan aku?

Tengku Adam tergamam apabila respon gadis itu tidak seperti yang disangkakan. Macam tu je?  Aku ajar dia kot? Oh, perempuan ni memang tak boleh kalah ke apa? Busur yang tadi berada pada paras dagu diturun ke sisi. Dia memerhatikan tindak tanduk gadis yang merampas sebatang panah dalam bakul rotan dengan kasar. Oh tahu sangat kan... Kita tengok, kita tengok.

Zzup!!

"Pfft!!" kalini bukan tawa Tengku Adam yang pecah,  tapi Aiman pengawal peribadi Tengku Adam yang melebih lebih gelaknya. Siap dipukul-pukul bangku kayu bercat coklat gelap yang didudukinya itu. Puas dia melihat keaiban gadis itu. Itulah, berlagak sangat!

Tak tahu kenapa muka aku rasa panas teramat walaupun suhu di Fraser adalah 18 darjah celcius  ketika itu. Oh, seronok mengejek ya! Kecik besar kecik besar je aku tengok mamat yang bantai gelakkan aku atas bangku tu, ikhlas betul dia ejek aku!

"Gelak jelah, gelak gelak!" Tiba tiba aku hamburkan marah pada lelaki berbadan tegap yang berada di sebelah aku. Punyalah lelaki tu nak tahan gelak, ingat aku tak nampak ke bahu dia yang bergetar tu?

Entah siapa siapa entah, tiba-tiba datang lepas tu tunjuk lagak depan aku. Pastu gelakkan aku lagi!

Ah terus mood aku hilang!

"Eh,  Suri nak ke mana tu?" tegur Pakcik Mad semasa kami bertembung di laluan Archery Zone. Lelaki itu menatang dulang dengan sebiji teko dan beberapa biji cawan. Sempat juga aku kerlih apa yang ada atas dulang. Amboi, Pakcik Mad. Aku datang dulu tak ada pun nak hidang teh!

"Suri nak baliklah Pakcik Mad. Penat"

"Okay Suri. Hati hati balik tu" Pakcik Mad menuruni tangga menuju ke Archery Zone tanpa mempelawa aku minum teh.

Merajuklah macam ni!

[C] AbstrakWhere stories live. Discover now