8

9 1 0
                                    

Hirisan bawang putih dan bawang besar aku tumis dalam minyak yang panas. Cukup naik bau, aku terus letakkan ketulan ayam dan sosej yang telah dipotong kecil sehingga separa masak sebelum menuang sos carbonara satu tin. Cukuplah masak spaghetti carbonara, masak benda lain aku tak reti pula. Spaghetti carbonara sajalah kepakaran terbesar aku sebab aku bukan saja tak dilahirkan sebagai pemanah, tetapi aku turut tidak dilahirkan sebagai tukang masak.

Setengah botol susu segar aku campurkan dalam sos carbonara menjadikan kuah spaghetti itu lebih pekat likat. Sedikit air aku campurkan beserta dua keping cheese untuk menjadikan kuah spaghetti berkrim. Secubit garam turut ditambah sebagai penambah perisa. Cukuplah garam ni, letak lebih lebih kang darah tinggi pula orang yang makan spaghetti ni. Lagipun aku dah letak kepingan cheese tadi.

Siap.

Rasanya okay dah untuk Johan makan ni, siap boleh makan sampai esok lagi. Harap dia tak ungkit apa-apa dah. Kalau tak sedap pun jangan ungkit. Ingat senang ke nak makan seutas spaghetti atas bukit Fraser ni? Jual mahu RM15 sepinggan, lagilah kalau aku yang masak. Siap tabur oregano lagi.

"Hanim, ada spaghetti kalau kau nak makan. Jangan habiskan, aku nak jugak" pesan aku apabila kami bertembung di muka pintu. Hanim, rakan serumah aku baru pulang dari kerja mengangkat tangan tanda menyapa aku.

"Oi pergi mana?"

"Bayar hutang!" jawab aku seiring masuk ke dalam kereta. Tanpa membuang masa, aku terus menuju ke lokasi alamat yang ditulis oleh Johan pagi tadi. Okay sebenarnya aku agak kagum sebab tulisan Johan ni cantik juga ya. Berangkai macam bunga bunga melingkarnya. Sebagai cikgu Bahasa Melayu, tanpa ragu ragu aku akan bagi Johan A+ untuk tulisan berangkai. Unik! Jarang sungguhlah jumpa lelaki bertulisan begini.

Aku meneruskan perjalanan. Dalam 4 kilometer, aku sudah tiba di lokasi dengan bantuan Waze. Tercengang sekejap tengok rumah Johan.

Wahh, kaya juga ya mamat ni. Rumah besar alam ni rumah dia ke? Aku taklah selalu guna jalan ni sebab kedudukannya agak jauh dari lokasi aku berulang alik, jadi aku tak perasankan sangat kewujudan rumah agam di lereng bukit ini. Tapi tengok saja seni binanya, aku yakin ni bukan rumah biasa biasa.

Setelah meneliti satu persatu rumah agam itu barulah aku turun dari kereta bersama beg kertas yang diisi dengan 3 bekas makanan. 1 spaghetti, 1 llagi berisi  kuah carbonara.

Jari aku menekan butang loceng yang melekat pada sisi pintu rumah agam itu.

Tak lama kemudian, pintu bercorak ukiran kayu itu terkuak dan wajah Johan terpampang dengan kopiah di atas kepalanya. Mesti terkocoh kocoh dia habiskan tahiyat akhir tadi sebab aku tekan 3 kali loceng, hahaha. Tengok muka berkerut dia pun aku tau mesti dia baru habis semayang asar.

"Nah hutang. Langsai okay" aku menghulur beg kertas kepada lelaki tinggi itu. Lagipun aku rasa bersalah sebab aku tak melayan Johan dengan baik, semuanya bermula dari insiden di tapak memanah tulah. Punyalah penat aku muhasabah diri sebab nak husnudzon demi nama ukhuwah sesama Islam. Manalah tahu dia betul betul tak maafkan aku,  jenuhlah aku nak merangkak cari Johan kat Mahsyar nanti.

"Aa okay. Ni nak kena pulangkan ke tak?" Johan menyambut huluran beg kertas itu, kelihatan lelaki itu ragu ragu dengan pemberian aku. Ish Johan ni, boleh pula dia bersangka buruk dengan niat baik aku?

"Takde racun pun dalam tu. Dan tak payah pulangkanlah."

"Oh.. Okay.. "

Buat seketika tiba tiba pandangan kami bertaut. Oh baru aku perasan yang mata Johan ni sebenarnya warna coklat. Cantik! Tapi itulah, perangai pula tak cantik.

"Encik Johan,  saya tahulah saya cantik tapi janganlah tenung saya macam tu. Habis aura saya nanti" aku melepaskan rasa janggal yang bertandang dengan loyar buruk aku seperti biasa. Hish yang aku pun satu, duk tengok Johan buat apa? Maklumlah dah lama tak nampak lelaki ada rupa sejak sejak aku posting di SK Fraser, awal Januari lalu.

Tengku Adam mencebik siap buat muka loya bila Suri memecah kesunyian antara mereka. "Thanks"

Dan itulah kali terakhir aku bertemu dengan Johan. Pertemuan kami berakhir dengan sebekas spaghetti carbonara, siapa sangka kan? Sejak itu aku tak berjumpa atau terserempak lagi dengan Johan. Secara teknikalnya, kemungkinan aku untuk bertembung dengan lelaki itu agak tinggi. Besar manalah Fraser ni, pusing-pusing jumpa juga.

Hm, mungkin dia pelancong yang datang bercuti untuk beberapa hari.

[C] AbstrakTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang