7

12 1 0
                                    

"Tuan! Tuan okay? Ada cedera ke?" Aiman mendapatkan Tengku Adam sebaik sahaja mendapat panggilan bahawa tuannya itu berada di laluan kedai kopi.  Bukan main risau dia terhadap Tengku Adam sejak dua tiga hari ni, secara tepatnya sejak insiden anak panah tempoh hari.

"Haa? Dia lagi??" Aiman membulatkan mata setelah mendengar cerita dari Tengku Adam. "Tuan yakin ke dia tak ada agenda? Bukan ni disengajakan ke?"

"Taklah." ringkas jawapan Tengku Adam. Terngiang-ngiang nama barunya, Johan yang diberi oleh Suri tadi tanpa hitam putih. Sesuka hati  dia je namakan aku Johan. Lagipun, dia tak rasa Suri ada agenda. Tingkah laku gadis itu begitu natural, tak ada dibuat buat pada pandangan matanya.

"Tengku.. Kenapa Tengku senyum?"

Tengku Adam yang tersedar daripada lamunan panjang terus mematikan senyum apabila ditegur Aiman. Sejak bila aku senyum ni?

 "Mana ada"

"Tengku suka dia ke?" Tebak Aiman secara rambang. Boleh lagi Tengku sengih sengih lepas apa yang jadi.

Tengku Adam biarkan saja soalan Aiman kosong tidak berjawapan. Soalan berkait hati dan perasaan itu baginya agak sensitif kerana dia sendiri tidak pernah berpeluang merasai pengalaman begitu. Hidupnya punya protokol yang perlu dipatuhi.

"Tengku tahu kan Tengku dah ada jodoh Tengku" tambah Aiman, seolah olah tahu apa yang ada dalam isi hati Tengku Adam. Bukanlah tugasnya mahu menyibuk urusan anak kelahiran kerabat itu, namun Tengku Adam seharusnya maklum akan status dirinya.

Ingatan Tengku Adam segera memaparkan imej Tengku Nadira, gadis berdarah raja Kedah yang telah dijodohkannya sejak mereka kecil lagi. Dia menghela nafas.

"Kalau saya berpeluang jadi rakyat biasa, itu benda pertama yang saya nak" Tengku Adam berbasa basi membalas kata-kata Aiman. Faham lah sendiri.

[C] AbstrakWhere stories live. Discover now