DUA PULUH EMPAT

5K 64 6
                                    

ROY

  May memeluk aku erat dari belakang. Berada di sini buatkan aku sedikit tenang walaupun suasana di sini bingit dengan dentuman muzik dan jeritan mereka yang dah hanyut di malam hari.

"You ada problem ke?" Soal May prihatin

"Tak ada lah. Ok je" Balas aku tersenyum tawar

"Kalau you ok kenapa muka you macam tertelan kapur je?"

"Hahaha. Sebab tak dapat you lagi hari ini"

Saja aku menggoda. Bagi aku tenang dengan melayan nafsu bersama May. Dapat lah aku melupakan Lily sebentar. Ah! Lily!! Sebut nama dia saja aku tak mahu!

"Sorry baby, I period" May membalas hampa

"Lah yeke. Melepaslah I harini"

"Tak apa, I ada someone boleh layan you harini" May mengangkat kening kirinya.

"Siapa?" Soal aku hairan

"Wait a minute"

May terus berlalu dari sisi aku. Dua minit kemudian, dia datang bersama seorang gadis cina. Cantik!

"Sorry lambat, Roy." Sapa May mesra

"Tak apa. Siapa ni?"

"Hye, nama I Lean."

Gadis itu memperkenalkan dirinya dan terus duduk di sebelah aku. May senyum je tengok aku yang malu tapi mahu.

"Lean ni kawan I, so dia lah yang teman and layan you harini."

"Hm, tak apa ke?" Soal aku malu-malu.

"Tak apa sangat. I pun bosan ini malam" Balas Lean sambil tangannya dah mendarat di peha aku.

"Okay lah, I takmo kacau both of you. Enjoy!" Pamit May.

Aku hanya tersenyum membalas. Lean di sebelah masih ligat mengusap peha aku. Makin lama usapan tu makin naik ke atas mengenai zip seluar aku.

"Not here, baby"

"So jom lah bawa I pergi mana-mana" bisik Lean di telinga aku.

"I tak tahu mana nak check in. You tahu mana hotel yang kita boleh check in malam ni?" soal aku menggoda

"Hm.. Kalau macam tu you ikut I balik rumah lah"

Ikut dia balik rumah? Aku mengangguk laju. Jimatlah duit aku untuk check in hotel kan. Lean terus menarik tangan aku untuk keluar dari situ.

Sedang aku berjalan, bahu aku ditolak dari belakang. Tubuh aku terus tersadung ke depan, drastik kepala aku terpusing ke belakang untuk melihat siapa yang biadap menolak aku.

"Eh jantan sial! Apa kau dah buat pada Lily?" Suara Baem bergema.

Semua mata memandang kami. Bunyi muzik yang kuat pun masih boleh kedengaran suara Baem menjerit.

"Aku buat apa sial?"

"Mama dia baru call aku beritahu dah berapa jam contact Lily tak dapat. Dia terus keluar rumah. Tadi Mika bagitahu aku Lily ada cakap yang dia nak keluar dengan kau!"

"Eh! Dia tu betina kau, bukan betina aku, mana lah aku tahu dia pergi mana?"

"Masalahnya memang dia ex girlfriend aku, tapi dia bukan cintakan aku selamani!"

Merah muka Baem menahan marah. Tapi sedikit pun aku tak hairan. Bukan aku takut dengan amarah dia.

"Kisah apa aku kalau dia tak cintakan kau sebab kau memang tak serius pun dengan dia. Kau fikir aku tak tahu kau ada skandal dengan si Zizi?"

Zizi di sebelah Baem dah tercengang. Mungkin dia pun tak sangka aku tahu.

"Sekurangnya aku mampu lepaskan dia kalau aku tak mampu nak bahagiakan dia. Bukan macam kau!"

Aku tak tunggu lama. Terus aku hayunkan tumbukan di muka Baem. Lean menarik aku ke belakang.

"Sudah!" Jerit Zizi bila aku menghayunkan lagi tumbukan ke muka Baem.

"Pengecut!" Baem lagi provok aku.

"Kau pehal?! Nak mampos?!" Aku makin hilang sabar

"Kau dengar sini, Roy! Apa-apa jadi pada Lily semua orang tak kan maafkan kau!" Sambung Baem lagi

"Kau fikir aku kisah dengan kemaafan orang lain sedangkan aku hidup dengan penipuan? Sibuk orang nak kisah dengan perasaan si Lily tapi tak ada orang kisah pasal perasaan aku?!"

Entah kenapa meluncur laju ayat-ayat itu keluar dari mulut aku. Pantas aku meninggalkan tempat itu. Lean yang mengejar aku dari belakang pun aku buat tak tahu.

Kereta aku pandu hingga ke perkarangan rumah. Sempat aku jengah ke rumah Lily memang keretanya tiada di rumah. Nak risau apanya budak manja tu tak akan lari ke mana, esok lusa dia balik lah tu. Aku terus masuk ke dalam rumah.

Tombol pintu aku pulas. Bila batang tubuh berada di dalam rumah, kelihatan ibu dan ayah berada di ruang tamu. Muka ibu merah padam, mesti sedang menangis. Tanpa berlengah, aku berjalan nak menaiki tangga.

"Roy! Mari sini kejap" Suara lelaki yang paling aku benci memanggil aku.

Langkah aku terhenti. Pandangan aku tajam ke arah ayah. Kebencian aku makin meluap bila teringat babak video yang sempat aku lihat tadi. Jijik!

"Mari sini, nak" Suara ibu memujuk lembut.

Dengan lemah langkah, aku berjalan ke arah mereka. Aku berdiri di belakang ibu.

"Nak apa?" Soal aku cuba berlagak tenang.

"Bagi ayah masa untuk jelaskan semua" kata ayah

"Tak payah lah. Roy tak ingin dengar" aku jeling tajam lelaki itu.

"Dengar dulu apa ayah nak cakap, nak" ibu memujuk lagi.

"Bu? Kenapa ibu bodoh sangat?! Dia dah perbodohkan ibu 20 tahun tau. Kenapa ibu masih percayakan dia lagi?!"

Ayah dah menunduk. Serba salah kot. Aku makin benci tengok muka dia. Apa yang dia buat pada ibu memang tak boleh diterima.

"Dalam hal mereka, ibu yang bersalah, Roy" ibu bersuara lirih.

"Yati.. Biar abang yang jelaskan" Ayah cuba membantah

"Tak apa, bang. Roy dah besar"

"Ibu? Kenapa ibu nak salahkan ibu dengan dorang?"

"Ibu yang memaksa ayah kahwin dengan ibu. Ibu gunakan ayah sebagai pak sanggup. Ayah dah bagi syarat pada ibu, kalau ibu sanggup kahwin dengan dia, ibu juga kena sanggup kalau ayah tak dapat sayang ibu macam mana ayah sayang mama Ruby"

Aku tergamam masih cuba untuk menangkap butir kata ibu. Ibu menarik nafas dalam, cuba menyambung cerita. Ayah sudah tertuduk ke lantai.

"Roy adalah anak ibu bersama bekas teman lelaki ibu. Ibu tak dapat berhubung dengan dia selepas ibu beritahu dia yang ibu hamilkan Roy. Kandungan makin besar, ibu terpaksa minta tolong ayah untuk jadi pak sanggup"

"Bu! Apa semua ni?! Penipuan apa lagi Roy kena hadap?!" Air mata aku jatuh. Tak sangka!

"Maafkan ibu, Roy.

"Ayah akui ayah silap sebab masih sayangkan Mama Ruby. Ayah tak sangka lepaskan mama Ruby untuk berkahwin dengan Papa Khairi buatkan mama sengsara waktu itu. Kebetulan, Papa Khairi adalah abang kepada ayah kandung Roy. Ayah jadi benci dan dendam. Ayah juga tersepit dengan cinta dan tanggungjawab papa waktu itu. Akhirnya papa yang bodoh mengikut hawa nafsu ayah selamani. Mama Ruby juga tak tahu perihal Roy dan ibu."

"Sudahlah! Aku tak nak dengar! Semua ni buatkan aku makin benci dengan korang semua! Macam-macam penipuan korang sorokkan dari aku dan Lily! Aku makin benci korang!"

Aku terus keluar dari rumah itu. Sakit dengan kebenaran. Aku mesti cari Lily untuk ceritakan pada dia! Aku mesti bawa dia lari dari mereka semua!

My Girl (Best) Friend Forever -MGBFF- Where stories live. Discover now