TIGA PULUH

4.5K 63 4
                                    

ROY

Aku dan Lily tiba di sebuah pejabat NGO yang diberi nama Teduhan Kasih. Sampainya kami di sana, kami disambut oleh Bonda Mona, pengasas Teduhan Kasih.

"Jangan risau, Azrul. Bonda pun senasib dengan Azrul" Katanya kepadaku.

Aku memandang Bonda Mona. Tak nampak macam ada penyakit pun.

"Bonda dah disahkan ada HIV sejak lima belas tahun yang lalu. Alhamdulillah bonda masih sihat sehingga sekarang" tambahnya lagi.

"Alhamdulillah. Maaf kalau Lily tanya, bonda dah berkahwin?" Soal Lily disebelahku. Nampaknya dia yang lebih ingin tahu.

"Sudah sayang. Bonda sudah berkahwin selama sepuluh tahun"

Lily dan aku membalas dengan riak wajah tak sangka. Sepuluh tahun berkahwin maknanya Bonda Mona dapat tahu penyakit yang dia alami sebelum berkahwin lagi tapi masih ambil keputusan untuk berkahwin.

"Bon..bonda ada anak?" Soal Lily lagi. Kali ini ada nada lebih berhati-hati.

"Alhamdulillah, bonda ada anak seorang" Jawab Bonda Mona tersenyum manis.

"Jadi adakah suami bonda juga penghidap?" Kini aku pulak bertanya.

"Tidak. Bonda sudah banyak kali tolak beliau sebelum kami berkahwin, tapi kuasa jodoh yang Allah sudah tetapkan, alhamdulillah kami berkahwin."

"Bonda, saya rasa macam bonda ni mengakal je. Macam mana pulak bonda berkahwin dengan suami bonda dan dia tak ada penyakit ni? Soal aku lagi. Lily disebelah mula menguis kaki aku meminta aku menjaga tutur kata.

"Baru baru ini kami ada membuat ujian darah dan status beliau dan anak bonda masih kekal UVL" Jawab Bonda Mona dengan tenang.

"UVL tu apa bonda?" soal Lily ingin tahu

"Undetectable Viral Loads, bermaksud semuanya okay dan tak ada masalah" balas Bonda Mona tenang

"Mungkin nasib bonda baik, suami dan anak bonda tak dijangkiti. What if nasib saya tak baik? Saya membahayakan Lily nanti?" aku mula menangis

Lily mengusap belakang badan aku pula. Bonda masih tenang dan tersenyum. Seketika keadaan kami bertiga senyap. Hanya bunyi suara tangisan aku sahaja di bilik itu.

"Roy, setiap penyakit pasti Allah akan carikan jalan untuk kita boleh sihat, walaupun HIV tiada boleh dapat kesembuhan, tapi kita masih ada ubatan yang kita boleh bergantung untuk kuat, selain dari Allah s.w.t"

"Saya takut, bonda. Macam mana kalau saya jadi punca benda tak baik di masa hadapan nanti?"

"Ikut sahaja waktu rawatan, makan ubat, jangan lupa berdoa dekatkan diri dengan tuhan, pasti Roy akan kuat dan nampak sihat sentiasa. Walaupun keadaan bonda sama seperti Roy, tapi Bonda pun tak percaya bonda masih kuat hingga hari ini."

"Saya tak kuat, bonda." Air mata aku mengalir laju.

"Roy, setiap yang bernyawa pasti mati. Mati tu pasti. Tak kira lah kita berpenyakit atau tak." Tambah Bonda

Aku menyeka air mata yang turun di pipi. Lily disebelah turut menangis.

Pertemuan kami di sana tempoh hari, banyak yang aku dapat dari sana. Tuhan? Ya itu kunci utama. Aku dah lama lupakan tuhan. Kali terakhir dahi aku mencecah sujud di sejadah pada usia aku dua belas tahun. Hidup aku penuh dengan maksiat. Bonda kata cari tuhan, maka tuhan aku tunjukkan jalan.

Aku betul-betul buntu untuk keputusan berkahwin. Selepas berjumpa dengan doktor, aku juga sudah mula perlu mengambil ubat setiap hari. Doktor juga mengatakan benda yang sama, perkahwinan dan jangkitan adalah terletak pada diri sendiri. Aku juga jumpa kawan-kawan yang senasib dengan aku, hidup dengan HIV, ada yang baru berkahwin dan kini isterinya sedang sarat mengandung, tapi syukur isterinya sehingga kini tiada apa-apa, masih UVL.

Sehingga kini ibu, ayah dan orang lain tak tahu tentang penyakit aku. Sudah hampir sebulan aku menjadi Azrul yang baru. Aku lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik. Aku menangguhkan semester aku pada kali itu, pihak universiti sudah maklum tentang penyakit aku, mujur pihak yang berkenaan sudi berbincang secara baik dengan aku dan memberi semangat untuk aku.

Lily adalah manusia yang sentiasa menyokong aku. Dia sentiasa menemani aku ketika temujanji bersama doktor, memberikan aku ubat, memastikan emosi dan keadaan aku baik.

"Kita teruskan perkahwinan kita ya? Lily kena pastikan Roy sihat selalu. Kalau Lily dah jadi wife Roy, boleh lah Lily selalu jaga Roy" Kata Lily cuba memujuk

"Roy takut kalau Lily juga sakit" itu sahaja jawapan yang berulang dari aku.

"Tapi Roy, boleh dikatakan ramai kawan-kawan Roy, isteri mereka tiada masalah"

"Dah nasib mereka, Lily!" Tegas aku

Lily tak membahas lagi sehinggalah suatu hari, ibu berlari ke bilik aku dengan nafas tercungap-cungap.

"Ibu kenapa?" Soal ku pelik

"Lily! Lily pengsan!" beritahu ibu.

Aku berlari mendapatkan Lily. Tubuhnya terbaring di dapur. Wajahnya pucat. Aku terus mengangkatnya dan membawanya masuk ke dalam kereta, ditemani ibu. Aku memandu laju ke hospital.

Lily dimasukkan ke dalam zon rawatan kecemasan. Dua puluh minit aku dan ibu menunggu di luar, seorang doktor lelaki menghampiri kami.

"Boleh saya berjumpa dengan suami Puan Lily?"

Aku dan ibu saling berpandangan. Suami? Nak tak nak, aku terpaksa mengaku aku sebagai suami.

"Tahniah Encik! Puan Lily hamil 10 minggu. Puan Lily pengsan kerana kepenatan dan sedikit stress. Bacaan tekanan darah tinggi. Kami akan tempatkan Puan Lily di wad untuk pemantauan dua ke tiga hari ya?"

Aku mengangguk perlahan. Ibu sudah tercengang mendengar. Sepuluh minggu? Ya! Aku kira memang aku sahaja bersama Lily sepuluh minggu lepas. Pasti, anak itu adalah anak aku. Aku terduduk di kerusi.

"Anak Roy kan, sayang?" Soal ibu disebelah.

Aku mengangguk perlahan. Ibu tersenyum nipis. Dalam aku masih berkira-kira untuk menjadikan Lily isteri kerana penyakit aku, kini dia hamil anak aku. Aku tak mahu jadi lelaki tak guna yang tak mahu mengambil tanggungjawab ini.

"Kita kena cepatkan pernikahan kalian." sambung ibu.

Aku mengangguk perlahan. Aku kena bertanggungjawab. Sudah tiba masanya aku buat keputusan.

"Jom kita ke bilik Lily" Ajak aku kepada ibu.

"Tak apalah, Roy pergi jumpa Lily, ibu tunggu dalam kereta ya?"

Aku berjalan ke arah bilik yang menempatkan Lily. Kelihatan Lily sedang terbaring lemah di atas katil.

"Sayang..." Panggil aku lembut.

Dia memandang aku lemah. Satu senyuman nipis terukir di bibirnya.

"Lily mengandung, Roy. Lily minta maaf tak beritahu Roy sebelum ini sebab Lily takut Roy susah hati"

"Roy yang kena minta maaf sebab abaikan Lily. Roy terlalu sedih dengan nasib Roy"

Aku menggengam tangannya lembut. Air mata yang mengalir di pipinya, aku sapu lembut. Wajah Lily pucat lesi. Doktor kata tadi, tekanan darah Lily naik sehingga 160. Kesian Lily pasti sangat stress. Mujur tiada apa berlaku pada kandungannya. 

Tangan aku beralih ke perut Lily. Ada benihku di dalam yang sudah berusia 10 minggu. Lily tersenyum nipis.

"Anak abiy, lebih kurang tiga puluh minggu lagi kita jumpa, ya? Duduk dalam perut ummi baik-baik, ya nak?" aku bercakap dengan perut Lily yang masih belum nampak perubahan

Lily tergelak kecil dalam masa yang sama air matanya juga mengalir. Semoga ada sinar kebahagiaan buat keluarga kami

My Girl (Best) Friend Forever -MGBFF- Where stories live. Discover now