LAPAN BELAS

6K 62 5
                                    

Lily

Dari tadi aku belek telefon, slide, refresh whatsapp tapi langsung tak ada khabar dari Baem. Marah sangat ke pada aku? Baru baik gaduh lagi.

Aku yang duduk termenung di balkoni sesekali memandang ke arah bilik Roy. Api terbuka. Tapi langsir tutup tak dapat nak lihat di dalam. Aku mendail nombor telefon Roy. Dua kali cuba membuat panggilan tapi tak berjawab.

Tok Tok Tok

Tiba-tiba pintu bilikku diketuk dari luar. Aku menjengah dari arah balkoni. Kelihatan mama dah masuk ke dalam bilik aku dan berjalan ke arah balkoni.

"Boleh mama duduk?" Soal mama

"Sejak bila tak boleh?" Balasku dengan soalan. Aku menghadiahkan senyuman untuk mama.

Mama memandang ke arah wajahku. Tangannya lembut mengusap betisku. Pelik mama ni.

"Mama tahu pasal Roy dan Lily"

Kata-kata mama membuatkan aku tersentak. Aku cuba cover dengan terus buat-buat sibuk dengan telefon bimbitku.

"Pasal apa?" Soalku tanpa memandang muka mama

"Mama tak nak anak mama buat mistake yang sama macam mama buat" Sambung mama

Wuahh! Macam menarik aku nak dengar. Kesilapan apa yang mama dah buat?

"Maksud mama?" Soalku ingin tahu.

Sempat lagi aku menekan ke aplikasi perakam suara untuk merakam apa yang mama akan beritahu nanti. Aku terus meletakkan telefon bimbitku di atas meja kopi di hadapanku.

"Hm.. Panjang ceritanya"

"Alah ma, cerita jelah. Malam masih muda" Sempat aku berseloroh.

"Mama dah janji tak akan ungkit cerita ini lagi. Tapi bila mama dengar suara Lily mengerang bersama Roy, mama jadi teringat benda lepas. Mama decide untuk beritahu Lily perkara ini."

"Wait Ma. Maksudnya mama tahu?"

"Ya. Mama tahu. Mama dah lama tahu. Sebab tu mama tak nak Lily ada relationship dengan lelaki lain"

Nampak kesal di muka mama. Jujur aku malu dan kesian bila mama tahu perkara yang dah berlaku antara aku dan Roy.

"Ma, Lily sayang Roy. At the same time maybe Lily sayang Baem, tapi sayang Lily pada Roy tak sama macam Lily sayang Baem." Luahku.

"Mama faham. Mama rasakan benda tu" Balas mama. Nampak kesal pada wajahnya.

"Maksud mama?"

Mama terus duduk menyandarkan kepalanya di kerusi rotan itu. Dia menarik nafas panjang. Pandangannya dialihkan ke arah aku. Aku menarik tangan mama, cuba memberikan dia kekuatan untuk mama bercerita.

"Mama dan ayah Roy berhubungan sama macam Lily dan Roy."

Aku tercengang. Terkejut dengar pengakuan mama.

"Mama sayang dia, sayang sangat pada dia. Tapi dia biarkan mama kahwin dengan papa, orang yang banyak buat mama sengsara. Mama tak cintakan papa. Kahwin dengan dia satu kesilapan"

Aku tersentak dengar pengakuan mama. Kesilapan? Aku ni pun satu kesilapan ke?

"Termasuk ada anak dengan papa pun satu kesilapan buat mama?"

"Except you, sayang. Lily anugerah terindah untuk mama"

Mata mama berair. Perasaan aku bercampur bila dengar pengakuan mama.

"Hubungan mama dengan ayah sampai sekarang ke?" Soal aku ingin tahu.

"Kami dah putuskan hubungan tiga bulan lalu"

Aku mengurut dada. Baru lagi! Ayah nampak macam tak bersalah, layan anak dan isteri dengan baik. Mama pun hebat sembunyikan semuanya.

"Ibu tahu?"

Mama tak menjawab tapi hanya mengangguk perlahan. Aku menjeling mama tajam. Aku tak tahu apa yang ibu fikirkan sampai sanggup rela suaminya dikongsi oleh mama. Ibu jaga aku seperti anaknya sendiri. Masa aku banyak habis dengan ibu berbanding dengan mama aku sendiri.

"Macam mana ibu boleh diamkan je?" Suara aku mula meninggi.

"Mama pun baru tahu yang ibu tahu mengenai kami masa kami berborak tadi. Ibu cakap dia tahu sejak Roy kecil lagi tapi dia terpaksa pendam sorang."

"Ma, kejamnya mama" Perkataan itu keluar dari mulut aku.

"Sebab tu mama tak nak anak mama ada sifat kejam macam mama. Fight for your love. Jangan terlambat macam mama"

"Mama kena ceritakan pada Lily perkara yang sebenar supaya Lily clear dengan semua ni" Aku memandang tepat ke arah mama. Minta kebenaran.

Mama menarik nafas panjang. Perlahan dia menghembuskan. Air matanya masih bersisa dilap perlahan. Wajahku dipandang sayu.

"Mama mula kenal ayah sejak mama di tingkatan lima. Ayah baru habis sekolah, kerja sambilan di kedai milik arwah atok. Setiap hari mama akan curi pandang ayah. Ayah perasan yang mama selalu pandang dia, satu hari dia cuba berborak dengan mama"

Mama berhenti bercerita. Ditarik nafas panjang kemudian hembus. Wajahku dipandang lagi. Aku mengalih pandangan ke hadapan.

"Ayah tanya mama kenapa suka curi pandang, mama bagitahu yang ayah handsome, rajin, baik, sebab tu mama suka pandang dia. Ayah mula rapat dengan mama selepastu. Setiap hari mama balik kelas tuisyen ayah akan jemput mama. Sampailah satu hari tu, hujan lebat. Ayah berhentikan kereta di tepi jalan, kami hilang arah selepastu kami mula terlanjur. Sejak itu, ayah dan mama tak dapat melupakan antara satu sama lain"

Aku mengetap bibir bila mendengar cerita mama. Teringat waktu aku dan Roy bersama buat kali pertama. Sejak itu kami berdua ketagih dengan diri masing-masing.

"Macam mana ibu tahu?" Soalku ingin tahu

"Ibu kata dia pergi ke bilik kerja ayah dan terjumpa diari ayah penuh gambar ibu, termasuk pendrive video kami bersama"

"Oh my! Shit!" Bulat mata aku memandang ibu.

"Sorry" Mama menangis

"Roy tahu?"

"Ibu pesan jangan sampai Roy tahu"

Aku mengeluh kasar. Perasaan aku bercampur baur. Geram dengan mama, kesian pada ibu. Kalau aku tak bagitahu Roy, sampai bila benda ni nak jadi rahsia. Kalau aku bagitahu? Mungkin Roy akan benci aku juga.

"Sebab tu mama minta untuk Lily pertahankan hubungan Lily dan Roy. Jangan lakukan silap yang sama macam mama dan ayah lakukan" Sambung mama

Mama terus berdiri dan berlalu pergi. Aku hanya termenung dengan otak yang berselirat.

My Girl (Best) Friend Forever -MGBFF- Where stories live. Discover now