DUA PULUH

6.1K 66 6
                                    

LILY

Semalaman aku tak dapat nak lelap mata bila aku dengar suara si May menjawab panggilan untuk Roy.  Lepas Mika hantar je gambar mereka berdua berpeluk manja, aku terus call Roy tapi si May yang jawab.

Kenapa mesti May? May tu bukan perempuan baik. Dia tokan 'bijik' dan 'ice'. Aku tak nak Roy terlibat dengan semua tu. Aku betul-betul risaukan Roy. Kalau ikutkan hati aku nak je ke White House, banglo mereka berparti semalam. Tapi bila Mika menegah aku ke sana, aku hanya mampu duduk di rumah menangis semahunya.

Aku jeling jam dah pukul 10 pagi, kereta Roy masih belum berada di garaj. Kalau aku pergi tanya ibu takut kantoi pada ibu aktiviti si Roy malam tadi. Aku cuba call Mika, tak dapat. Buntunya aku sekarang. Aku punya tahap risaukan si Roy lebih dari aku risaukan si Baem yang langsung tak hubungi aku dari semalam. Bila dengar Mika cerita si Baem pun ada sana malam tadi buat aku rasa makin sakit hati dengan dia.

Aku yang rasa sangat stress terus berlari ke bilik air. Buka pili shower dan biasalah, basahkan badan aku. Duduk bawah pancuran air tu buatkan aku rasa sedikit tenang. Sambil mandi, aku belek buah dada aku yang ada dua tanda merah lebam dengan gigitan Roy. Aku tersenyum.

Terlalu banyak perkara aku fikir. Hubungan lama mama dan ayah Roy, hubungan aku dan Roy, hubungan aku dan Baem, ditambah pulak dengan Roy dah berani bercampur dengan May and the gangs.

Setelah dua puluh minit duduk di bawah pancuran air, aku keluar dari bilik air dengan berkemban. Benda pertama aku cuba intai, garaj rumah Roy. Aku tersenyum bila lihat Toyota Camry Roy dah terparkir elok di situ. Aku keringkan rambut menggunakan pengering rambut. Sesekali rambut aku sikat manja. Usai itu, aku terus capai off shoulder blouse dan jeans pendek biru. Belek muka calit sedikit bedak dan lip balm. Aku berjalan ke tingkat bawah.

Macam biasalah, rumah ini kosong tanpa penghuni lain. Papa katanya lagi dua hari akan balik, mama awal pagi dah keluar. Aku jengah di atas meja makan ada semangkuk Makaroni Goreng. Aku pandang sepi. Jaranglah aku dapat makan masakan mama yang sedap-sedap. Dalam setahun boleh ku kira pakai tangan berapa kali mama masakkan aku. Kalau aku teringin nak makan masakan rumah, masakan ibulah yang aku akan cari. Hari-hari ibu akan tanya aku dah makan ke tidak, kalau aku jawab dah makan pun ibu akan ajak aku makan. Kalau tak ada selera tak lah aku makan, tapi aku selalu temankan ibu makan sebab ibu pun macam aku juga, selalu keseorangan sejak Roy pergi belajar.

Aku berjalan perlahan ke rumah Roy. Lalu pintu belakang macam biasa sebab aku ada kunci. Aku buka kunci dan masuk ke dalam.

"Assalammualaikum, ibu" Ucapku bila sampai di dapur

Ibu yang sedang mengopek bawang di meja memandangku lalu tersenyum lebar.

"Waalaikumsalam. Pagi-pagi dah siap anak ibu nak pergi mana?"

Aku merapati ibu. Sebuah ciuman hinggap di dahi ibu. Sungguh dengan ibu aku sangat manja. Terasa macam kasih sayang seorang mak tu banyak datang dari ibu.

"Pagi ke bu? Dah pukul sebelas setengah ni" Balasku berseloroh.

"Yelah, jarang anak ibu bangun awal" Balas Ibu lalu ketawa

Aku mencebik. Merajuk. Aku bukan bangun awal, tak tidur langsung. Mata pun rasa berpinar, kepala pun mula rasa sakit.

"Roy ada?" Soalku pada ibu

"Ada tu ha, balik terus naik atas. Tak sempat ibu nak tanya apa-apa macam kilat dia berjalan naik" Balas ibu.

"Boleh tak Lily naik atas?" Soal aku sambil tayang muka comel.

"Sejak bila tanya ibu kalau nak naik?"

Alamak macam kena renjat elektrik dengar balasan ibu. Haha.

"Pergilah, tanya dia apa masalah dia juga. Dengan ibu mana dia nak bercakap sekarang kalau ada apa-apa masalah" sambung ibu

"Ibu rasa dia ada masalah ke?" Bekerut dahi aku ingin tahu.

"Entah. Tapi yelah, ibu dapat rasa yang Roy banyak berubah lepas balik cuti sem ni."

Ada riak sedih di muka ibu. Aku pula yang nak menangis. Kesian ibu. Macam-macam kena tanggung. Ada suami curang dengan kawan, lepastu nak fikir lagi pasal si Roy.

"Ibu nak tanya, boleh?" Soal ibu lembut kepada aku.

Aku mengangguk tanda balas. Macam cuak pulak ibu nak tanya apa.

"Lily dengan budak lelaki nama Baem tu serius ke?" Soal ibu berhati-hati

Fuh! Fikirkan nak tanya apa. Selamatlah.

"Ouh, Ba.. Baem tu? Entahlah, bu. Serius kot."

"Kot?" Soal ibu pelik.

"Lily tengah pening ni, bu. Lily macam tak ok dengan Baem sekarang. Roy pun dah kurang layan Lily macam dulu."

Entah kenapa aku boleh mengadu dengan ibu. Mungkin aku dah lama pendam.

"Lily sayang Roy sebagai apa?" Tepat biji mata ibu pandang ke arah mata aku.

Aku pulak panas punggung. Tak akan aku nak jawab sayang lebih dari anggap sebagai abang. Kantoi nanti segala aktiviti gelap kitorang.

"Hm, Lily sayang Roy macam Lily sayang ab..ang" Gagap nak jawab. Sebab ibu ni macam nak uji aku je. Mata dia pandang aku tak berkelip

"Tipu" Balas ibu sinis

"Maksud ibu?" Eh aku pulak soal balik

"Ibu tahu Lily sayang Roy lebih dari tu. Mulut boleh cakap, hati tak boleh tipu."

Aku mengeluh berat. Betul tu. Hati aku tak boleh tipu. Aku sendiri rasa berat antara Roy dan Baem.

"Sementara belum terlambat, buktikan sayang Lily pada Roy." Kata ibu sebelum bangkit ke singki.

Aku bangkit perlahan berjalan menaiki tangga ke bilik Roy. Pintu berkunci. Mujur hanya aku ada kunci biliknya. Perlahan aku buka kunci. Berjalan perlahan mendapatinya yang sedang tidur dengan hanya berseluar dalam. Bau arak kuat bila aku disebelahnya. Sah! Si May memang nak buat Roy bertambah teruk.

Entah kenapa, air mata aku mengalir. Roy tak macam dulu. Semua sebab aku yang mula ajak dia ke parti Mika dan Fir. Aku mengusap pipi Roy perlahan. Kemudian, rambutnya aku usap ke belakang. Mukanya aku pandang sayu.

Tiba-tiba bunyi notifikasi Whatsapp berbunyi, ada satu Whatsapp May tertera di notifikasi.

May

Happy Sleeping, honey. Cant wait for having you tonight

Terasa sesak di dada. Kenapa aku tak boleh lepaskan Roy bahagia? Aku tak mampu hilang dia. Tak mampu nak biarkan dia bahagia dengan perempuan lain.

Perlahan aku keluarkan telefon bimbit aku, ambil gambar paparan skrin notifikasi Whatsapp dari May. Aku hantar kepada Mika dan Huda. Hanya mereka yang boleh aku mengadu mengenai ini.

Huda  :

Cool down, baby. He deserved to be happy

Mika :

Ada benda tak kena si May ni. Kenapa mesti Roy?

Aku dapat rasakan benda yang sama dengan Mika. May bukan budak biasa. Ramai tahu siapa ayah dia. Ketua gangster, ada beberapa premis urut dan perniagaan gelapnya. Roy tak boleh bersama May

May :

Lily get ready. 15 minit lagi aku sampai.

Aku mengelap air mata. Aku mencium Roy perlahan dan terus keluar dari bilik itu.

My Girl (Best) Friend Forever -MGBFF- Where stories live. Discover now