Roy-
Aku mengankat kepalaku yang berat. Pening kepala semakin berdenyut. Pertama kali aku rasa bagaimana orang mabuk rasa. Disebelahku tiada orang. Mungkin Zizi sudah bangun. Yelah dia dah biasa mabuk, aku baru pertama kali rasa mabuk mestilah aku tak biasa kan.
Perlahan aku bangkit untuk ke bilik air. Sewaktu kaki nak melangkah ke bilik air, aku terdengar suara dua orang mengerang dari bilik sebelah. Bilik air ni kan pemisah antara dua bilik mestilah jelas bunyinya.
"You perlahan sikit lah, I takut Roy bangun" Tegur suara lelaki
"Alah, dia mabuk teruk tak akan lah dia boleh bangun. Just fuck me Baem."
Aku macam terkena aliran elektrik waktu Zizi sebut nama Baem. Macam mana lelaki bodoh tu boleh bersegama dengan Zizi sedangkan dia boyfriend Lily? Aku kena bagitahu Lily. Tapi nak ke Lily percaya aku? Aduhai. Makin pening aku rasa.
Aku terus tak jadi nak kencing bila aku dengar erangan nikmat dari mereka berdua. Malu air kencing aku nak keluar agaknya. Aku terus tarik zip seluar dan keluar dari bilik air. Buat-buat tidur sebelum betina tu datang kepada aku. Aku buat-buat tidur dengan mata aku pejam rapat. Aku terdengar bunyi air di bilik air. Tak lama lepastu Zizi keluar dari bilik air dan merapati aku. Dia ingin memastikan aku masih tidur.
"Fuh nasib baik tidur lagi" bisiknya tapi cukup didengari aku.
Aku mengeliat tanda mahu bangun. Zizi cepat-cepat baring di sebelah aku dan berlakon tidur. Perlahan aku membuka mata. Aku menarik perlahan tanganku yang dihempap oleh Zizi. Perlahan dia membuka mata, seperti baru bangun tidur.
"You dah bangun?" Tanyanya perlahan.
Aku mengangguk perlahan dan senyum. Dalam hati memang aku rasa nak tumbuk je dia ni.
"I nak pergi toilet kejap" pamitku. Kali ini air kencing aku betul-betul nak keluar.
Aku terus mandi dan bersihkan diri. Memang rasa melekit dan nafas berbau arak pun buat aku rasa tak selesa. Mujur ada Listerine. Tiga kali berkumur menggunakannya. Usai mandi aku keluar dari bilik air. Zizi sedang tidur. Kedengaran dengkuran halus darinya. Aku cepat-cepat pakai baju. Rasa nak pulang cepat bila lihat jam sudah pukul 1.30 petang. Aku keluar dari rumah itu. Aku terserempak dengan Fir dan Mika yang baru nak naik lif. Tanpa tegur mereka aku terus jalan ke parkir kereta.
Aku singgah ke kedai makan untuk menikmati sup ayam. Selalunya aku akan teman Martin makan sup bila dia mabuk.
"Kasi hilang kogutan bah" kata Martin.
Rindu mamat sabah tu. Aku terus mendail no telefonnya. Beberapa saat panggilan kami bersambung
"Halo bro" kedengaran suara Martin menjawab panggilan.
"Halo bro. How you?"
"Ada baik, bro. Tengah makan sup hahaha"
"Samalah gila. Kogutan bah"
"Eh? Apa kau bilang? Kau minum kah Roy?"
"Sikit bah."
"Hahahha. Sudah pandai kau ya. Nanti kita aramaiti sama-sama nanti tu"
"Boleh bah. Hahaha"
"Aku tunggu nanti bah. Sebulan lagi kita jumpa. Eh ada apa ni kau call aku?"
"Tak boleh ke aku call kau?"
"Bukan tak boleh bah, selalu kau whatsapp seja ni kali kau call tu aku nanya kau kenapa"
"Aku balik nak jumpa Lily. Aku rindu dia. Tiba masa hari pertama aku balik dia and boyfriend dia dalam rumah lepas aku dah deco rumah dia untuk suprise. Lepastu dia bawa aku pergi PP kawan dia, dah pandai weh dia ambil pil and aku pun jumpa sumandak baru ni"
"Wah! Santik kah tu?"
"Boleh tahan lah. Tapi dia amput sama boyfriend si Lily"
"Astaga. Lily tahu kah tu?"
"Nda tahu lah tu. Aku pun tak tahu nak bagitahu ke tak."
"Kau misti bagitahu dia tu woo. Kalau kau nda bagitahu makin teruk dia tipu Lily. Kalau kau sayang Lily lah"
"Kau pun tahu kan aku sayang Lily macam mana. Tapi entah lah.."
"Bah palan-palan tu bosku. Aku tahu kau bulih tu. Bukan Azroy tu kalau tak bulih menang"
"Hahaha bodoh kau ni. Dah lah. Aku nak habiskan sup nak balik terus ibu aku dah call dua puluh kali mati aku kejap lagi kena bebel"
"Hahaha bah ok lah. Nanti apa-apa whatsapp aku. Goodluck bro"
"Thanks bro"
Aku terus menamatkan panggilan. Sup di hadapan aku hirup hingga licin. Aku makin segar. Setelah makan aku terus memandu pulang. Mujur ada tshirt dan short pants yang ada dalam kereta. Aku pantas tukar sebelum masuk rumah. Mati aku kalau ibu bau arak pada baju tadi. Aku terus lipat kemeja dan seluar yang aku pakai semalam terus aku simpan di bawah seat penumpang sebelah. Aku kena hantar dobi nanti.
Perlahan aku masuk ke dalam rumah. Ibu sedang menonton televisyen.
"Assalammualaikum" aku beri salam perlahan dan berjalan laju nak memanjat tangga
"Waalaikumsala.. Azroy!" Panggil ibu tegas.
Aku menepuk dahi perlahan. Langkah terhenti.
"Where have you been last night?" Tegas suara ibu kedengaran.
"Erg.. Roy jumpa ka.. Kawan" balas aku gagap.
"Kenapa jumpa kawan tak bawa Lily sekali?"
"Ibu, Lily tu dah besar bu. Selama Roy tak ada pun dia boleh bawa diri sorang kan. Perlu ke Roy bawa dia tiap kemana Roy nak pergi?" Aku meninggikan suara marah.
Langkah kaki ku terus laju memanjat anak tangga ke bilik. Pintu aku tutup kuat.
Tanpa aku sedari, Lily rupanya berada di dapur untuk minum air. Dia ada di rumah bersama ibu.
.
![](https://img.wattpad.com/cover/193128960-288-k144766.jpg)
YOU ARE READING
My Girl (Best) Friend Forever -MGBFF-
RomanceKata orang.. Lelaki - Perempuan Tak boleh jadi kawan baik sebab akan rasa sayang lebih dari kawan, akan rasa cemburu bila masing-masing dengan pasangan sendiri. Roy seorang lelaki yang sanggup menjaga dan melindungi kawan baiknya, Lily. Lily pula...