ENAM BELAS

6.2K 56 3
                                    

LILY-

Sejak malam Roy pujuk aku dan terus keluar tanpa teman aku tidur malam itu aku dah kurang nak meroyan dah pasal dia. Mungkin betullah kata Roy. Dia pun ada hidup dia sendiri. Aku tak nak jejaskan hubungan rapat kami.

  Aku tak mahu kalau Roy jauhi aku, buat aku macam orang asing sebab bagi aku Roy dan aku dah macam dua manusia yang dicantum jadi satu. Apa yang dia rasa, aku dapat rasa. Apa yang dia suka, aku juga suka. Mana mungkin aku sanggup hilang Roy. 

Malam itu aku bersiap nak keluar dengan Baem. Rindu katanya dah seminggu tak jumpa aku. Hari ini mama ada di rumah jadi memang aku cadang nak kenalkan mama dengan Baem. Sedang aku bersiap telefon bimbit aku berdering, tanpa kalih ke arah skrin aku terus jawab sebab dah tahu siapa yang call aku waktu ini.

"Sayang, dah siap?" Soal Baem

"Sikit lagi. I tengah betulkan rambut. You bagi salam, mama I ada"

"Eh you ni? I malu lah"

"You bagi salam, jumpa mama I. Tu pun kalau you nak I lagi"

"You turun, I jumpa mama you dengan you. Please"

Aku terus matikan panggilan. Sakit pulak hati aku dengan dia. Kata nak seriuskan hubungan kami tapi tak sudah nak malu. Tak gentle betul. Entahlah.

Perlahan aku bergerak keluar dari bilik. Langkah aku susun ke ruang bawah. Mama sedang menonton televisyen bersama papa. Aku tak ambil masa banyak, aku terus dekati mama.

"Ma, Lily nak kenalkan mama dengan someone"

Mama terus menoleh ke arah aku. Ada senyuman di wajah mama.

"Siapa sayang?" Soalnya lembut.

"Wait a minute" aku terus ke muka pintu untuk mengajak Baem masuk.

Wajah Baem jelas dalam ketakutan. Aku bagi isyarat untuk dia tenangkan diri. Pantas aku menarik tangannya ke arah mama.

"Ma.."

"Yes?"

"Ma, kenalkan ni Baem. Boyfriend Lily"

Mama aku nampak kaget. Dia memandang Baem dengan senyuman kecil.

"Hye aunty, saya Baem."

Ucap Baem lalu menyalami mama. Mama sambut tangan Baem untuk bersalam.

"Berapa lama kenal Lily?" Soal mama.

"Almost a year" jawab Baem lembut.

"Ouh. So now, where you want to go, Lily?" Mama menyoalku.

Aku dapat baca fikiran mama sekarang ni. Mungkin mama tak menyukai Baem.

"Li..ly nak ke..".

"Lily! Mama! Ibu panggil ma..."

Belum sempat aku nak sambung ayat, jeritan dari Roy kedengaran dari belakang rumah. Beberapa saat lepastu muncul susuk tubuh Roy. Dia nampak terkejut melihat kami bertiga

"Opss.  Sorry. Wrong timming" Roy bersuara

"Its ok, sayang. Cakap dengan Ibu kejap lagi mama sampai" jawab mama lembut.

"Err.. Kami pergi dulu Ma." Aku terus minta pamit dan menarik tangan Baem keluar.

Jelas kelihatan riak tak senang dari Baem. Mungkin dia tak puas hati dengan layanan mama kepadanya. Kereta dipandu Baem luncur berjalan di jalan raya, namun sepatah perkataan tak keluar dari mulutnya. Spoil mood

"Biy, you kenapa?" Soalku memecahkan kesunyian

"I rasa your mom tak suka I lah."

"Eh kenapa you cakap macam tu?"

"I dapat rasa cara dia pandang I, cara dia bercakap dengan I berbeza gila dengan cara dia bercakap dengan si Roy tu."

"Apalah you ni. Roy tu dah macam anak dia kot. Dari kecik berkepit dengan dia"

"I nak you jujur dengan I"

Gulp! Tang dia cakap macam ni aku macam ni memang aku cuak sebab banyak benda aku tak sedia nak jujur dengan dia

"A.. Apa?"

"Belum tanya dah cuak?"

Aku membalasnya dengan jelingan tajam. 

''You dengan Roy ada apa-apa hubungan ke?''

''Again? Soalan yang sama entah ke berapa kali you tanya.''

''Apa masalah kau? Aku tanya je kan?''

  Baem menengking kepada aku. Merah mukanya menahan marah. Dia memandang aku dan hadapan bergilir ganti. Entah kenapa air mata aku jatuh. Tak pernah ada orang tengking aku macam ni. Nasib lah dalam kereta kalau tak aku dah blah sekarang ni.

''Aku tanya satu soalan je itu pun payah nau kau nak jawab!''

  Sambung lagi hambur kemarahan. Baem menghentak kuat stereng kereta. Aku dah mula sangat takut. Tak sangka Baem  panas baran. 

''I nak.. nak.. balik.'' 

''Kau tak payah minta balik pun memang aku hantar kau balik''

  Balas Baem dan terus memecut laju menghantar aku pulang. Aku disebelah hampir rasa putus nyawa bila Baem memandu laju dan berbahaya.

''Apa ni Baem? You nak mati ke?!''

   Baem tak endah dengan aku, terus memecut kereta sampai ke pekarangan rumah aku. Nasiblah tak terlalu jauh. Tanpa berlengah, aku terus keluar dari kereta. Aku terus menutup pintu kereta kuat tanpa memandang mukanya. Dia terus memecut kereta berlalu pergi.

  Perlahan aku jalan masuk ke rumah dengan tangisan. Aku sendiri tak tahu apa yang aku mahu? kenapa aku mesti begini? 


Kau boleh tahu tak, kenapa aku mesti jadi begini?

My Girl (Best) Friend Forever -MGBFF- Where stories live. Discover now