Bab 1

107 4 0
                                    

Jam menunjukkan tepat 7.00 pagi. Awal lagi, getus hati Haifa. Masih berbaki satu jam sebelum dia harus merentas kesesakan lalu lintas yang sumpah buatkan mood ceria Haifa Nur Iris menjadi buruk . Haifa baru sahaja selesai mengosok kemeja putihnya bersama sehelai shawl berwarna hitam. Dah nama pun peguam mestilah kena pakai hitam putih. Telefon pintar di birai katil dicapai. Mahu menelefon sahabatnya yang dia tahu sudah tentu belum bangun dari kamar. Tangannya ligat mencari nombor "princess kayangan" itu.

"Assalamualaikum princess kayangan, dah bangun ke belum? Ke nak suruh anak raja kejutkan kau. Kau nak masuk office pukul dua belas ke princess?" kata Haifa.

"Waalaikumusalam, peguam kesayangan beta. Alhamdulillah dah lama dah aku bangun. Maklumlah kita ni ada cinta hati nak tolong kejutkan. Awak tu bercinta hati dengan alarm phone je kan" bebel Syira Ariana.

Syira Ariana. Gadis berketurunan arab-melayu yang sumpah demi tuhan dia lebih melayu dari arab. Kawan baik dari zaman jahiliah sehingga sama sama kini menempuh kerjaya sebagai peguam. Cinta hati dia? Tak lain tak bukan ialah Kapten Amir Rafiq . Ya, bakal suaminya itu seorang tentera. Dari dulu angan angan kami bersama untuk lalu bawah pedang semasa kahwin namun Amir dan Syira sahaja yang mampu lalu bawah pedang. Aku? Tidak ada seorang askar pun yang berkenan nak buat si cantik Haifa ni untuk dijadikan isteri.

"seronok la tu? Kita ni tak mampu la macam cik Syira. Kita ni bukan siapa siapa." Ha, tengok dah aku buat ayat merajuk minta kena sepak dengan Syira.

"menyampahnya dengar statement sendu kau ni. Eh, jom breakfast sekali. Ada gosip nak cerita dekat kau ni, nyah"

"kau ni kalau tak Astro mesti Netflix kan? Setiap masa ada je cerita nak cerita kat aku. Tapi bukan ke kau ada kes nak dibicarakan dekat mahkamah harini?"

Dia ni mesti lupa yang dia ada kes. Ajak aku makan makan macam tak ada kerja je. Kang sia sia je aku tibai dia ni.

"Ya rabb, sesungguhnya hambaMu ini lupa. Thankyou babe sebab ingatkan. Selalu jadi reminder tak berbayar aku. Nanti aku belanja starbucks okay? Aku gerak dulu. Jumpa kat office petang nanti"

Haifa segera siap lalu turun ke bawah dan mendapati bonda kesayangan sedang bersarapan dengan babanya.

"assalamualaikum, tak tunggu adik pun. Bukannya nak ajak sarapan sekali" kata Haifa.

"Bonda ingatkan adik tak siap lagi. Tu yang kami tak panggil. meh, makan ni mihun goreng favourite adik"

Haifa mula mencapai pinggan dan ambil mihun di depan mata. Haifa mula menjamah tiba tiba babanya mengeluarkan bicara.

"Ada kes kena bicara dekat court ke?" tanya baba, prihatin.

"Hm, takde harini. Kenapa baba?"

"tak ada apa. Saja je baba tanya. Selalunya adik kerap turun naik mahkamah. Tengok bulan ni jarang pula" ujar baba.

"bukan tak ada, baba. Ada je, cuma jarang jarang. Sebab sekarang ni adik busy tengok few cases anak guaman je"

"oh macamtu. Biasalah kerjaya macam kita ni, banyak cabaran yang kena tempuh" kata Tuan Izman.

Baba, Tuan Izman Rashid. Bekas peguam yang agak tersohor di bandar ini. Haifa Nur Iris menjadikan babanya sebagai idola sehingga dia benar benar yakin untuk sambung jurusan undang undang. Bondanya pula, Dr Nor Hawani. Seorang pakar bedah di sebuah hospital swasta. Siapa tak kenal dengan keluarga mereka. Haifa anak bongsu dari empat adik beradik . Kakak sulungnya, Hasya Nur Irdina seorang guru cemerlang di sebuah sekolah berasrama penuh. Abang keduanya, Harith Iman merupakan seorang jurutera di sebuah kilang elektronik. Yang ketiga pula, Haris Ilham mengikut jejak langkah bonda mereka menjadi pakar perubatan. Dipendekkan cerita, keluarga Tuan Izman dan Dr Hawani memang hebat hebat belaka dan semua anak mereka menjadi.

Sorry , Tertembak Cinta! Where stories live. Discover now