BAB 8

34 1 1
                                    

" Explain, Iris! I really need your explanation about what happen just now, " keras suara Harraz meminta perjelasan.

" Dia kawan saya, sama sama belajar kat sini. Saya tak tahu langsung kalau dia ada perasan dekat saya. 10 bulan, Harraz. 10 bulan saya seolah olah hidup dalam bayangan awak. Awak hilang macam tu saja tanpa khabar berita. Macam mana kalau saya terima Adam dulu sebelum awak kembali?" Jelas Haifa.

Harraz terkesima mendengar soalan Haifa. Jujur dia sendiri pun tak yakin yang dia akan pulang dulu cuma takdir yang menentukan segalanya. Harraz hilang punca sewaktu dia menjadi tahanan dulu. Ya, rahsia terbesar yang tidak ada seorang pun yang tahu tentang keberadaan Harraz ketika itu. Sakit yang dia alami seorang diri.

FLASHBACK

"You better tell us the radio code." kata pengganas tersebut. Disepak , diterajang supaya Harraz bersuara. Harraz yang sudah lemah bermandi darah tetap senyap walaupun sakit dan perit yang dirasakan.

"I will never betray my country and you guys will die soon." ujar Harraz. Sekalipun dia harus menyerahkan nyawa dan bermatian, dia akan tetap mempertahankan negara kerana itu adalah sebahagian dari ibadahnya.

END FLASHBACK

lamunan dimatikan dengan suara Haifa.

" Jawab, Kapten. Awak ingat sekejap saya tunggu awak ?! lama Harraz. kalau orang lain ditempat saya, mungkin awak dah berputih mata melihat dia bahagia bersama orang lain" Kata Haifa.

" Iris, kalau kau rasa aku belum cukup layak untuk teman kau sampai akhir hayat kau. Aku minta maaf, Iris. Kau tak tahu apa aku alami sepanjang aku hilang. Cukup kalau kau tahu nanti, kau tahu bertapa peritnya menjadi seorang tentera." Harraz patah harapan, setelah bersuara Harraz melangkah jauh meninggalkan Haifa seorang.

Berat penantiannya. 10 bulan menunggu sang perwiranya pulang dari medan tempur, dia disajikan dengan pertelingkahan ini sewaktu dia bergraduasi. Bumi Manchester ini sarat dengan pelbagai suka dan duka. Haifa berlalu untuk pulang ke rumahnya.

Manchester Airport, United Kingdom

Masih ada setengah jam sebelum dia meninggalkan bumi Manchester. puas dia menangis semalaman mengingatkan dia dengan pertengkaran semalam. sepatutnya dia dengar apa yang Kapten Harraz alami dahulu sebelum dia memberi apa apa tanggapan. Sesal sekarang sudah tiada guna, getus hati kecil Haifa.

" Attention to all passenger, flights to Kuala Lumpur International Airport will be departed in 30 minutes. Please be on the gate right now" pengumuman yang berkumandang tersebut mematikan lamunan Haifa. Kaki yang laju melangkah ke balai pelepasan ke Kuala Lumpur.

Naik sahaja di dalam pesawat, kerusi di sebelahnya masih lagi kosong. Haifa meletakkan beg laptopnya di tempat beg lalu duduk disebelah tingkap pesawat. Dalam dia melihat keindahan bumi Manchester dari tingkap tersebut, dia dikejutkan dengan bunyi dari kerusi sebelah. Dia melihat figura tersebut sedang sibuk meletakkan beg di tempat beg. Haifa dengan tenang kembali melihat ke luar tingkap.

Tiba tiba, jejaka tersebut bersuara dan menegurnya. Suara yang menyapa gegendang telinganya sangat mengejutkan dia.

"Jodoh sungguh. Tak sangka, Airbus A365 mengikat kita sedekat ini"

Jeda. Haifa hilang kata kata. Benarlah kata orang, larilah sehingga ke kutub utara pun kalau dah jodoh akan tetap bertemu jua.

Sorry , Tertembak Cinta! Where stories live. Discover now