BAB 11

8 0 0
                                    

KOTA BHARU, KELANTAN

Ini kali pertama Haifa menjejakkan kaki ke bumi Cik Siti Wan Kembang ini. Lagi lagi kalini percutiannya bukan sekadar percutian biasa. Kedatangan Haifa ini adalah untuk bertemu dengan orang tua Harraz. Jam menunjukkan 12 tengah hari ketika mereka tiba di perkarangan rumah Harraz.

" Abang, Harraz sampai dah tu agaknya "kata Ummi Harraz kepada suaminya. Saat kelibat Haifa mula kelibat, Ummi Harraz mengucapkan rasa syukur yang teramat sangat.

Haifa mula menghampiri Ummi Harraz bersama Harraz disisi. " Assalamualaikum aunty, nama saya Haifa Nur Iris. Aunty boleh panggil saya Haifa. Saya ni kawan Harraz. " sapa Haifa mesra sambil tunduk mencium tangan yang disalamnya.

" Panggil Ummi je ya, sayang. Boleh ke Ummi panggil Iris ? cantik sangat nama tu. macam orangnya "

" Ah Ummi, Harraz anak Ummi depan mata ni tak nampak pun. Iris yang dia nampak dulu, Harraz merajuk ah macamni " Harraz yang dari tadi melihat Ummi dan Haifa bersuai kenal mula bersuara. Ummi ni dia pula yang jatuh cinta dengan bakal bidadari aku sampai lupa gamaknya aku anak dia, getus hati Harraz.

" eh yang ini pun, Ummi kan pertama kali jumpa Iris. Harraz tu kalau tidak disebabkan Iris, tidaknya nak balik sini. Ummi yang patut merajuk. " bebel Ummi Harraz.

" Ala Harraz bukan sengaja tak balik, Harraz kerja la Ummi. Ha Abah mana Ummi? cakap dengan Mejar (B) Hashim lagi best dari layan Ummi bersayang sayang dengan Iris ni" Harraz mula menanggalkan kasut sambil matanya meliar mencari idolanya dalam bidang tentera. Abahnya yang mendengar suara Harraz menapak keluar dari ruang tamu.

" Assalamualaikum Tuan, kebenaran untuk masuk ke dalam rumah, Tuan. " ujar Harraz lalu menabik hormat kepada Abahnya. Kakinya melangkah menghampiri abahnya lalu bersalam.

" Selamat pulang, kapten. Lama sungguh Abah tak tengok Harraz. Tapi Abah faham, kerjaya macam kita ni perlukan perempuan hebat di belakang kita. Ini ke bakal menantu Abah? " Kata Abah Harraz sambil melihat ke arah Haifa.

Haifa yang anggun dalam busana baju kurung kain kapas berwarna biru laut senyum ke arah Mejar (B) Hashim. Dia amat kagum dapat bertemu dengan orang yang sedikit sebanyak mempengaruhi minat lelaki yang dia cintai. Mejar (B) Hashim masih tegap dan segak meskipun sudah berusia. Tidak kurang ibu Harraz yang Puan Izzah yang masih manis dan bergaya walaupun telah lanjut usia.

"Assalamualaikum Uncle, saya Haifa", manis Haifa berbahasa.

" Waalaikummsalam, menantu abah. apa ni panggil Uncle? panggil abah je" Ujar, Mejar (B) Hashim.

Mereka pun lalu masuk ke dalam rumah setelah bersuai kenal di muka pintu. Puan Izzah menjemput suami dan anak menantunya untuk makan tengah hari bersama. Ketika sedang makan, Mejar (B) Hashim ramah berbual dengan bakal menantunya.

"Haifa ni kerja apa? nampak gaya mcm kerja Dr." tanya, Mejar (B) Hashim.

" Nampak mcm Dr kan, abah? Haifa ni bukannya Dr. tak pandai science, tak suka nombor. Haifa ni suka membaca. Sekarang ni Alhamdulillah, Haifa kerja sebagai peguam. " ujar Haifa, ramah sekali.

" Oh, ni la peguam yang Harraz ambil untuk kes adik tu ya? orang suruh dia cari peguam nak tolong adik, dia sibuk mengorat" kata Puan Izzah.

" Nak buat macam mana Ummi, yang peguamnya tu sibuk nak bertekak dengan Harraz. Harraz ni pantang orang ganas ganas. kita darah pahlawan. Lagipun Ummi, bakal bidadari Harraz ni sekali pandang Harraz dah jatuh cinta" kata Harraz. Harraz mengerling ke arah Haifa yang tersipu-sipu. Bunga Irisku yang manis dan cantik.

Mereka pun bergelak ketawa semasa makan tengah hari tersebut. Bahagia hati Puan Izzah dan Mejar (B) Hashim dikurniakan bakal menantu yang bijak dan cantik. Syukur Alhamdulillah, bisik hati Puan Izzah melihat anak terunanya kini sedang jatuh cinta.

Sorry , Tertembak Cinta! Where stories live. Discover now