BAB 9

44 2 0
                                    

"terkejut ke?", usik Harraz. Dia sudah menyangka dia akan bertemu bidadarinya ini di atas pesawat kerana itulah, dia tidak kaget melihat Haifa.

"hm, aaawak buat apa kat sini? hm saya saaayaaa ada benda nak cakap" Haifa yang ternyata terkejut melihat gerangan jejaka sebelahnya hampir tersasul ketika menyapa Harraz.

"nak balik Malaysia la, buat apa tunggu sini kalau bidadari aku pun nak balik Malaysia. adu budak ni. Jadi, apa yang nak cakap tu, Cinta?" Harraz merenung tepat ke dalam anak mata Haifa.

"soal semalam, saya cuma.." belum sempat Haifa menghabiskan kata-katanya, Harraz sudah memotong bicaranya.

"Iris, waktu pertama kali aku pilih nak masuk tentera, Umi aku orang pertama yang menghalang. Kata Umi, mana ada perempuan yang boleh menerima kalau kalau suaminya nanti mungkin pulang atau tidak ketika bertugas mempertahankan tanah air. Kau tahu Iris, Abah adalah seorang pegawai tentera. Darah yang mengalir dalam tubuhku adalah darah seorang prajurit. Iris, aku tak pernah minta banyak dari kau. Cukup sekadar mengikhlaskan kepergian aku setiap kali aku keluar berjuang demi negara, agama dan bangsa." terang Harraz, panjang lebar.

"Harraz, saya tak sekuat Umi awak. Saya tak tahu awak dimana, sedang apa, selamat atau tidak. Saya takut sangat kehilangan awak" Buat kali pertama, Iris menitiskan air mata perempuannya di depan seorang lelaki.

Harraz menumbuk dadanya sebelum berkata, "Iris, aku tak mahu kau menangis di sini dan di situasi ini. Kalau la sudah aku halalkan kau, aku dah lama tarik kau ke dada aku supaya kau boleh lepaskan rasa di situ. Iris, kau kuat. Kalau kau tak kuat, kau takkan tunggu aku selama ini, Iris. Mungkin saja kau dah di pangkuan orang lain." kata Harraz, sangat tenang. Harraz yakin bahawa Haifa memang benar-benar tulus dengannya.

Tanpa menjawab kata-kata Harraz, Haifa mula melayarkan matanya ke luar tingkap pesawat. Mereka seolah olah tenggelam dalam rasa yang asyik itu. Sekian lama, mata Haifa mula perlahan-lahan melabuhkan tirai dan akhirnya tertidur di bahu Harraz. Harraz yang tersedar ada sesuatu menerpa bahunya lalu menoleh ke arahnya. Harraz menilik wajah bersih bakal bidadarinya. Haifa memiliki sepasang mata yang bundar, berkulit sawo matang, bibir merah merekah seperti buah delima. Tapi, yang membuatkan hati Harraz terpaut adalah lembut tutur katanya. Bicara Haifa lembut dan tidak keras.

Setelah berbelas jam di atas pesawat, Airbus A365 berlabuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Haifa dan Harraz sama sama menuju ke balai ketibaan. Tiba-tiba, Harraz berhenti di tengah jalan. Haifa memandang pelik kepada Harraz lalu turut berhenti sama.

"Dah kenapa awak berhenti ni?", tanya Haifa.

Harraz mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya.

"Iris, aku tahu aku bukan lelaki romantis atau lelaki sejati yang menjadi idaman kau. Jauh sekali dari seorang lelaki yang sempurna. Tapi, aku ada sekeping hati yang ikhlas. Aku nak lamar kau waktu kau grad dulu, tapi banyak benda jadi kan? Iris, aku tak ada apa apa. aku cuma seorang pegawai tentera darat, ada sebuah kereta Honda HRV, sebuah motosikal berkuasa besar Ninja, gaji aku mungkin lebih rendah dari gaji seorang peguam seperti kau, tapi aku betul-betul mahukan kau. Will you be my angel, my wife and mother for all my child?", ujar Harraz.

Di tengah-tengah jalan ini, Harraz melamar Haifa menjadi isterinya.

" Yes! tapi, apasal dekat tengah jalan ni? tak sweet la. cuba la cari tempat menarik sikit" Kata Haifa, sambil menangis terharu.

"ah kau, nak sweet sweet. tunggu nikah. kau dah la sengal, nasib aku ambil buat isteri"

Lalu, Harraz dan Haifa menapak keluar dari pintu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Diluar kelihatan sahabat baik mereka sedang menunggu.

"Ha macam mana Harraz? dah dapat dah jantung hati pengarang jiwa kau tu?" Kata Kapten Amir. Amir sebenarnya sudah tahu tentang perihal mereka itu sekadar mengusik untuk melihat reaksi Haifa.

" Kawan kau ni Amir, tak sweet langsung. ada ke melamar aku depan pintu balai ketibaan, dasar Kapten keras kepala" Ujar Haifa. Haifa yang sedang berpelukan dengan sahabatnya, Syira Ariana. Mereka saling melepaskan rindu kerana sudah lama tidak bersua empat mata.

"Kira okay la aku melamar kau, kalau tak aku biar kau jadi anak dara tua." Kata Harraz, sambil menjeling ke arah Haifa.

Akhirnya, Mereka pun bergerak pulang dan dihantar oleh Amir dan Syira.

Sorry , Tertembak Cinta! Where stories live. Discover now