Manchester, United Kingdom
5 bulan sejak aku menjejakkan kaki ke bumi Manchester untuk melanjutkan pelajaran. Haifa berjalan dari bangunan apartmen untuk ke kampusnya. Cerah awan harini, getus hati Haifa. Seketika kemudian, derapan kaki laju melangkah dalam hiruk pikuk sibuk kota Manchester. Akhirnya, Haifa tiba di hadapan pintu masuk kampusnya. Haifa Nur Iris menunggu seseorang.
" Oi, dah lama sampai? kerja berangan je kau kan?" kata Adam Uwais. Adam Uwais, penuntut master dalam bidang kejuruteraan mekanikal itu menyapa. Sahabat yang sama sama berlari ke menara gading itu segak orangnya. Bermata sepet dan berwajah seakan akan orang berbangsa cina.
"lama jugak la, sempat habis mengelamun sampai Amsterdam" seloroh Haifa.
"Kelas kau habis pukul berapa harini? lunch sama jom"
"Aku bukan taknak dam, tapi sorry kerja aku sumpah banyak. due assignment aku kena submit by this week" kata Haifa.
Bukannya Haifa tidak tahu, banyak kali sudah Adam meluahkan perasaan padanya. biarpun Adam sangat baik dan selalu ada untuknya, tetap hatinya kuat mengatakan bahawa Harraz akan pulang ke pangkuannya. Harraz hilang sekejap, kata hati Haifa. Perjanjian yang dibuat bersama Harraz dulu membuatkan hati Haifa tertutup dari memilih untuk mendekati lelaki lain. Bukannya Haifa tak sudi, tapi perajurit bernama Kapten Harraz itu benar benar lain. Lagi pula, masih terlalu awal untuk dia mengorbankan rasa yang dibina untuk Kapten Harraz.
Seketika itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, susuk tubuh tegap seorang teruna berbaju loreng yang sudah kotor berwarna lumpur melangkah keluar ke balai ketibaan. Akhirnya, bebas dari cengkaman penjahat, getus hati kecil Kapten Harraz. Dia pantas menahan teksi dan menyuruh teksi itu bergerak ke Kem Perdana Sungai Besi. Setelah 20 minit menyusuri akhirnya Harraz tiba di lokasi yang dituju. Dia turun dan menuju ke biliknya. Kapten Amir yang sedang mengosok uniform kerja terhenti kerana terkejut melihat susuk lelaki gagah itu.
"Bil..bila..bila kau balik, Raz" kata Kapten Amir, tergagap gagap.
"Aku baru je sampai sini. Amir, kau rindu aku ke?" Tanpa membalas pertanyaan Harraz, Amir lari mendakap Harraz. Air mata jantan yang ditahan tadi mengalir selaju air terjun. Harraz tahu Amir fikir dia sudah mati kerana kehilangan mengambil masa 9 bulan.
"Soalan tu kau tak patut tanya aku, Raz. Haifa macam orang sasau hilang kau Harraz. Dia rindu kau. Dia tunggu balik setiap hari, Harraz", Sambil mengesat air mata yang tumpah, Amir meluahkan kata kata.
"Haifa? Haifa Nur Iris, peguam cantik tu? aku.. aku takut nak berdepan dengan dia, Mir. aku tinggalkan dia 9bulan dengan janji kosong tanpa ikatan"
"Aku taktahu kalau kalau dia dah lepaskan kau atau tidak, Raz. Tapi, Haifa dah takda dekat Malaysia"
"Haifa sekarang dekat Manchester, dia sambung master dekat sana" sambung, Kapten Amir.
selepas bertemu Amir dan membersihkan diri, Harraz melangkah ke bilik pejabatnya. Kakinya bergerak ke balkoni pejabatnya itu sambil mengenggam telefon bimbit miliknya. dengan hati yang terluka, Harraz laju menaip nombor telefon seseorang yang dirindui. deringan yang berlangsung selama beberapa saat itu akhirnya disapa oleh suara seseorang yang hanya dengan mendengar suaranya detak jantung Harraz berdetak kencang.
"Assalamualaikum, ye siapa disana?"
diam. jeda.
"ye ada apa ni? kenapa diam? siapa tu?"
tiba tiba, suara yang bagai tersekat sekat itu akhirnya meluahkan kata kata.
"Waalaikummusalam, bidadari bunga irisku" kata Harraz, tenang.
zapp! suara yang Haifa tunggu selama ini menyapa gegendang telinga. suara yang Haifa rindukan. Haifa masih menunggu kata kata seterusnya dari jejaka berpangkat kapten itu.
" Iris, aku dah balik. aku nak tunaikan janji aku. tunggu aku Iris, tunggu aku" Kapten Harraz mematikan panggilan.
Haifa terduduk di birai katil dan air matanya meluncur turun laju.
YOU ARE READING
Sorry , Tertembak Cinta!
FantasyKapten Harraz Irman. Nama yang sentiasa membuatkan jiwa Haifa Nur Iris buntu mencari jawapan tentang seseorang yang bergelar kapten pasukan khas Delta. Misteri dan kehilangannya sentiasa menjadi tanda tanya walaupun disetiap kali kemunculannya penuh...