Setelah melamar Haifa tempoh hari, Harraz berhasrat menelefon Uminya bagi mengkhabarkan berita itu. Restu seorang Ibu itu memang penting bagi Harraz. Sebaik sahaja melabuhkan diri di katil , Harraz menelefon Uminya.
" Assamualaikum Umi, sihat ke? Umi tengah buat apa " Harraz memulakan perbualan.
" Waalaikummusalam anak Umi sorang ni, sihat je Alhamdulillah. Ni Umi baru je habis cucuk tanam pokok luar rumah dengan Abah. Ada apa ni anak umi telefon? nak balik ke? " kata Umi.
" Hm macam mana eh nak kata, Harraz memang nak balik tapi tak balik sorang kot. Harraz bawa balik kawan Harraz " Ujar Harraz, setenang mungkin.
" Harraz nak bawa balik Amir ke? Lama dah Umi tak jumpa dengan anak angkat Umi sorang tu. Lepas kahwin, langsung tak pernah datang dah jenguk Umi angkat dia kat sini " Kata Umi bernada gurauan.
" Harraz tak balik dengan Amir , Harraz bawa orang lain. Nanti Umi tunggu, okay ? Okay la Umi, Harraz kena gerak dah ni " Kata Harraz. Harraz pun menamatkan perbualannya dengan Umi kerana beliau ada urusan penting yang harus diselesaikan. Sementara itu, Haifa mendapati Bonda dan Babanya ada di ruang tamu. Haifa pun menerpa ke arah mereka.
" Bonda Baba, Fa ada benda nak tanya ni. Malam esok Bonda dengan Baba ada apa apa urusan ke? " Kata Haifa dengan penuh rasa gemuruh.
" Takde pun sayang, kenapa tu? Haifa ada apa apa nak buat ke? " Kata bonda.
" Fa nak ajak kawan Fa datang makan dekat rumah, kawan lelaki Fa. Boleh ke Bonda dengan Baba? "
" Fa nak bawa balik bakal menantu Bonda dgn Baba ke? Ya Allah, lama sangat dah ni Fa membujang elok la tu. Boleh esok malam datang la rumah kita. " Teruja sungguh bonda ada tetamu yang dinanti nanti nak datang rumah.
Keesokan harinya, tepat jam 8.00 malam muncullah sang jejaka yang ditunggu-tunggu. Harraz mengenakan baju kemeja berwarna biru tua, dipadankan dengan seluar slack berwarna khaki. Segak sungguh pegawai tentera ini. Baba dan Bonda Haifa menyambutnya dengan sangat ramah mesra. Harraz merasakan dirinya diterima oleh keluarga Haifa dgn baiknya. Ketika makan malam, Baba Haifa memulakan bicaranya.
" Harraz ni sebenarnya kerja apa? Peguam juga ke sama macam Haifa? " kata Baba Haifa.
" Saya pegawai tentera darat, Uncle. " kata Harraz penuh sopan.
" Tentera? macam mana Harraz boleh kenal Haifa, setahu Uncle la kan anak kesayangan Uncle ni berkawan dengan lelaki pun tidak " tanya Baba Haifa.
" Oh, Haifa ni tolong saya selesaikan kes adik saya kena fitnah. orang kata tak kenal maka tak cinta kan Uncle? dah terlajak kenal kena kejar sampai Manchester pula " kata Harraz secara seloroh.
terpempan Haifa mendengar kata kata Harraz. eh eh dia ni, kita tak suruh dia kejar kita pun, dia yang sibuk datang Manchester, ujar Haifa di dalam hati sambil merenung tajam ke arah Harraz. makan malam tersebut diiringi gelak ketawa.
Tiba tiba, selesai sahaja makan malam Harraz mengambil peluang untuk berbual dengan Baba Haifa di luar rumah.
" Jujur saya katakan Uncle, sejak kali pertama saya bertemu Haifa saya dah jatuh cinta. Jadi sebagai seorang lelaki, selayaknya saya datang bertemu kedua ibu bapa Haifa supaya saya dapat menyampaikan hajat saya, saya nak jadikan Haifa pelengkap agama saya, Uncle" bicara Harraz, jujur dari lubuk hati.
" baiklah sebagai seorang bapa, Uncle faham dan kagum dengan Harraz. Jadi anak teruna haruslah tunjuk kejantannya dengan datang melamar bunga di taman yang selayaknya. Meminta izin dari orang tuanya. Uncle restu hubungan kamu berdua " kata Baba Haifa.
Hati Harraz menjerit girang. Umi, Harraz dah jumpa bidadari Harraz dan nak nikah sekarang juga! bisik hati Harraz.
YOU ARE READING
Sorry , Tertembak Cinta!
FantasyKapten Harraz Irman. Nama yang sentiasa membuatkan jiwa Haifa Nur Iris buntu mencari jawapan tentang seseorang yang bergelar kapten pasukan khas Delta. Misteri dan kehilangannya sentiasa menjadi tanda tanya walaupun disetiap kali kemunculannya penuh...