6 BULAN KEMUDIAN
Pagi hari ini cerah dengan awan berarak tenang. Mungkin hari ini setenang jiwa Haifa. Genap enam bulan, Harraz hilang. Hilang dari hidup seorang Haifa Nur Iris dan semuanya hancur berkecai. Cinta pertama Haifa Nur Iris tewas di medan perang. Pulangnya Kapten Amir seorang diri tanpa sahabat seperjuangan membuatkan jiwa Haifa nanar. Sungguh dia rindukan Harraz. Janji Harraz untuk bersama kabur ditenggelamkan dengan berita Harraz yang mungkin hidup mungkin mati. Sakit. Itu yang Haifa rasa. Kapten Harraz hilang ketika menyertai operasi tempoh hari. Masih segar dalam ingatan Haifa, bahawa Harraz mahu dia menunggu dirinya pulang sebelum Harraz menghantar rombongan meminang.
Deringan telefon mematikan lamunan Haifa. Ternyata Syira menghubunginya.
"assalamualaikum. Cik Haifa nak masuk office pukul berapa ?" kata Syira.
"Waalaikummusalam, saya baru je nak masuk office. Princess kayangan dekat mana?" ujar Haifa.
"aku dalam office dah. Cepatlah naik"
Haifa mula mengatur langkah. Sesampai sahaja diatas, Haifa meluru ke bilik Syira.
"ado apo mek nok jupo pagi pagi ni?" kata Haifa.
"Tuan Hadri nak jumpa kau sekarang !"
Haifa bergegas ke biliknya untuk meletakkan barangnya sebelum kaki mengatur langkah ke bilik Tuan Hadri, pemilik firma guaman tempat Haifa bekerja. Haifa mengetuk pintu sebelum suara dari dalam menyahut untuk Haifa masuk ke biliknya.
"Assalamualaikum Tuan. Syira cakap Tuan nak jumpa saya, ada hal apa ye?"
"Waalaikummusalam Haifa. Duduk dulu. Ada benda yang saya nak bincang dengan kamu" kata Tuan Hadri, serius.
Haifa melabuhkan punggungnya ke kerusi berdepanan Tuan Hadri.
"Haifa, saya nak tawarkan kamu untuk sambung Master. Bukan ke itu impian kamu?"
Haifa kaget. Sudah seperti, orang mengantuk disorongkan bantal.
" Tuan, itu memang cita cita saya. Tuan nak sponsor pengajian saya ke?"
" saya nak sponsor pengajian awak dengan Syira. Tapi, Syira baru je melangsungkan perkahwinan jadi dia menolak untuk sambung belajar sebab dia sudah menjadi isteri orang. Kamu ni masih belum berkahwin. Sempatlah nak kejar cita cita"
Oh ya, Syira baru sahaja melanjutkan perkahwinan dengan Kapten Amir. Alhamdulillah, jodoh mereka.
"Tuan, boleh ke saya fikir dulu? Saya kena tanya pendapat ibu ayah saya dulu" Ujar Haifa.
"Boleh. Itu yang sebaiknya. Sebagai anak, kamu kena minta izin ibu ayah. Lagi pula, kamu tu perempuan" kata Tuan Hadri sambil tersenyum.
Keluar sahaja dari bilik Tuan Hadri, Haifa meluru ke bilik Syira.
"Syira , Tuan Hadri tawar aku sambung belajar."
"itukan impian kau, dah dia offer kau pergi jela." Kata Syira.
"em, aku sebenarnya..." Haifa membiarkan kata-katanya tergantung.
Syira yang melihat Haifa yang serba salah lantas bersuara.
" kau sebenarnya nak tunggu Harraz balik kan? Fa, percaya cakap aku. Terima takdir yang Harraz dah takde. Dia hilang lebih enam bulan dan kau rasa dia akan balik? Amir sendiri cakap mustahil yang Harraz tu akan balik so better kau pergi je sambung belajar" bebel Syira.
Haifa mengingati kembali perjanjian dengan Kapten Harraz. Harraz adalah satu satunya lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Haifa yakin Harraz akan pulang untuk janjinya tapi Haifa nanar kerana sampai bila dia harus menunggu perajurit yang dicintainya itu pulang.
"bagi aku masa untuk fikir." Ujar Haifa.
YOU ARE READING
Sorry , Tertembak Cinta!
FantasyKapten Harraz Irman. Nama yang sentiasa membuatkan jiwa Haifa Nur Iris buntu mencari jawapan tentang seseorang yang bergelar kapten pasukan khas Delta. Misteri dan kehilangannya sentiasa menjadi tanda tanya walaupun disetiap kali kemunculannya penuh...