BAB 12

4 0 0
                                    

Keesokan harinya, Harraz membawa Haifa menjelajah bumi Kelantan. Banyak perkara yang mereka lakukan dari pagi hingga ke petang. Petang itu, Harraz membawa Haifa menikmati angin di sebuah pantai di bumi serambi mekah itu.

" awak ni kan, nak kahwin dengan saya ikhlas ke tidak? " tanya, Haifa kepada Harraz yang sedang menikmati angin. Angin sepoi sepoi bahasa yang meniup rambut Harraz dibiarkan begitu. Kacaknya, getus hati Haifa.

" apa kau tanya soalan macam ini? Haruslah ikhlas. kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu? " tanya Harraz, kaget. Dah kenapa budak ni tanya aku soalan begini, muka aku tak cukup ikhlas ke sia?

" awak tak pernah pun cakap I love you ke awak cintakan saya ke, mana saya tak fikir bukan bukan. " kata Haifa, ya. mamat sengal ni tak pernah pun cakap macam tu. dia ini betul betul ke nak kahwin dengan aku ke dia nak buat aku jadi scandal ke isteri simpanan.

" Itu ke yang ganggu fikiran kau untuk yakin dengan aku? okay, aku jelaskan. Bunga Irisku , Allah tu adil kan? dia hantarkan kau untuk aku. Untuk aku didik, untuk aku jaga, untuk aku beri kasih sayang sebaiknya. Aku pernah doa, semoga Dia hantarkan aku seorang isteri penyejuk jiwa dan yang mententeramkan hati. Bukan kata-kata cinta macam I love you yang aku nak sampaikan, tapi saat akad "aku terima nikahnya" itu dilafaz dan ketika itulah seluruh raga aku serahkan dekat kau. Aku tak janji yang aku akan jaga kau dan akan selalu ada sebab kerjaya aku, tapi Bunga Irisku aku janji aku akan jaga diri aku dan aku cuba sebaik mungkin untuk pulang ke pangkuan kau setiap kali aku keluar mencari rezeki" kata Harraz, sambil merenung ke dalam anak mata Haifa.

"Harraz, macam mana kalau..?" tanpa sempat Iris menghabiskan kata-katanya, Harraz memintas. Gila Iris tak takut, mahunya dia jadi janda muda.

"Kau nak tanya kalau aku mati masa operasi ke? Irisku, ikrar kesatria yang kedua ialah setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya dan tidak sesekali mengenal menyerah. kali pertama aku angkat sumpah sebagai pegawai tentera, saat itu aku dah labuhkan hati aku untuk negara, agama dan bangsa. kalau aku mati, kau patut bangga. Suami kau mati sebab dia pertahankan negara." Kata Harraz. Dia tahu Iris mahu dia terus ada disisi, tapi kehendak tugasnya memintas segalanya. Jauh dari sudut hati Harraz dia tahu apa yang terbaik sebab itu dia bersungguh-sungguh nak memperisterikan Iris.

"Kau tahu kenapa aku masuk tentera?" tanya Harraz lagi kepada Iris.

"Masuk tentera sebab abah kan?" soal Iris. Setahunya, Harraz mengikut jejak langkah abahnya dan mungkin kerana dibesarkan sebagai anak tentera, dia menceburi kerjaya ayahnya, maklumlah anak kesayangan.

"Salah. aku masuk tentera bukan sebab minat semata dan juga bukan sebab paksaan abah tapi sebagai salah satu jihad aku di jalan Allah. Orang nampak askar ni asyik main tiktok, makan dan tidur tapi kerana kami lah rakyat Malaysia tidur lena, bersuka-ria sebab kami yang mengawal sempadan dan sebagainya. Aku bangga jadi tentera, Irisku. Dan, kau pun patut bangga jadi sebahagian dari seorang tentera. Irisku, boleh kau jadi rumah untuk aku pulang setiap kali aku rasa lelah dengan kerjaya aku?" Harraz tanya penuh pengharapan. Ya, dia tak pernah minta lebih dari mengharapkan bunga Irisnya sentiasa menyokongnya dari belakang.

"Tuan Harraz, saya izinkan tuan menumpang rumah. selesakan diri, saya akan selalu disisi, Tuan." kata Iris sambil tersenyum memandang permata hatinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sorry , Tertembak Cinta! Where stories live. Discover now