Bab 4

64 2 0
                                    

Hari sabtu menjelang tiba. Selalunya hari hari begini, Harraz akan bertugas namun minggu ini dia bercuti. Setelah berapa bulan tidak pulang ke tanah kelahirannya iaitu Kelantan, Harraz mengambil keputusan untuk pulang. Harraz anak kedua dari 3 adik beradik. Uminya iaitu Puan Izzah merupakan bekas pengetua sekolah menengah. Abang sulungnya,  Hazwan Ikmal merupakan seorang tentera laut manakala adik bongsunya, Haura Insyirah sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Berlatarbelakangkan keluarga tentera, mereka semua mahu berkhidmat dalam angkatan tentera.

Sedang Harraz mengemas beg, tiba tiba telefonnya berdering. Suara Umi mula kedengaran dibalik telefon.

"Assalamualaikum anak umi, Harraz jadi ke nak balik sini?" tanya umi.

"Waalaikummusalam umi tercinta. Haah, Harraz tengah kemas barang ni. Mungkin lewat petang nanti Harraz sampai. Umi masak apa?"

"oh, hati hati kalau macamtu. kalau penat, berhenti rehat. Umi masak ayam masak merah kesukaan Harraz"

"ok umi, insyaallah. Harraz kena gerak dah ni. Assalamualaikum" panggilan telefon dari umi dimatikan.

Saat Harraz mula turun dari biliknya ke kereta, tiba tiba telefon Harraz berbunyi lagi. Harraz mencapai telefonnya dan melihat nama pemanggil tersebut. Aduh masaklah!, jerit hati Harraz.

"Assalamualaikum Tuan" kata Harraz dalam keadaan bimbang.

"Waalaikummusalam, maaf menganggu. Saya tahu awak sedang bercuti namun kita harus mengadakan operasi tergempar. Siapkan pasukan awak. Tepat jam 1800H saya akan hantarkan kapal terbang tentera untuk kalian."

Allah, umi macam mana? dahla aku tak balik lama. Mesti umi sedih.

Dengan hati yang separuh rela, Harraz menjawab dengan tenang.

"baik tuan, saya menurut perintah" kata Harraz.

Inilah satu satunya hal yang membuatkan Harraz benci menjadi tentera. Harus sentiasa mendahulukan negara berbanding keluarga. Saat Harraz mula mengangkat sumpah menjadi seorang pegawai tentera, dia harus berkorban semuanya. Cinta pertamanya berubah dari keluarga kepada negara. Oleh sebab itu juga, Harraz tidak mahu berkahwin lagi. Baginya dia tahu bahawa tidak semua perempuan faham akan tugasnya. Ditinggalkan selama berhari hari malah ada yang bertahun tahun. Anak anak membesar tanpa ada ayah disisi. Harraz sendiri mempunyai pengalaman sedemikian. Umi terpaksa bersusah payah menjaga Harraz dan adik beradiknya kerana ayah mereka tiada bersama Umi.

Harraz mengumpul kekuatan sebelum mendail nombor umi. Semoga umi faham situasi, detik hati kecil Harraz.

"Assalamualaikum Umi, Harraz nak bagitahu ni. Harraz mungkin tak balik minggu ni. Harraz ada operasi mengejut" kata Harraz.

"Waalaikummusalam, tak apa, Harraz. nak buat macam mana? dah sebahagian dari tugas kan? Jaga diri ye, anak umi." Sayu suara umi membalas.

"baik umi. Umi, Harraz minta maaf ye. Sampaikan salam Harraz pada ayah" Harraz mematikan telefonnya.

Sedari tadi, Haifa mengemas bilik. Agaknya sudah hampir sebulan bilik dalam keadaan yang serabut akibat kesibukannya di pejabat sehingga lupa untuk mengemas bilik. Tiba tiba, notifikasi dari telefon bimbitnya kedengaran. Haifa yang sedang mengemop lantai berhenti seketika lalu mencapai telefon yang berada di atas katil. Kapten Harraz WhatsApp? getus Haifa.

"assalamualaikum Iris"

Lama. Sebelum, Haifa mengambi keputusan untuk membalas pesanan WhatsApp.

"waalaikumusalam kapten, ada apa apa ke?"

Typing...

"Iris, tolong aku"

Ah sudah! Tolong apa pula kali ini? Jerit hati Haifa. Dalam keadaan ragu ragu, Haifa membalas.

"ye kapten, boleh saya tolong apa apa?"

Typing...

"tolong aku pindah dari beret bujang ke rumah keluarga angkatan, boleh? Tapi kau kena tunggu aku balik dari medan tempur. Iris, aku kena bertugas. Tolong jaga diri kau, jaga cinta kau. Aku janji aku balik"

Kaget. Pesanan WhatsApp dari Kapten Harraz dipandang lama oleh Haifa. Harraz melamar Haifa saat dia harus meninggalkan Haifa. Kapten Harraz benar benar sudah gila. Berjanji saat dia belum tahu bahawa dia akan pulang atau tidak, selamat atau tidak.

"Harraz, saya takut kecewa dan hilang orang yang dicinta. Tolong, jangan berani untuk berjanji awak akan pulang dengan selamat kalau kita belum tahu pengakhirannya" dengan linangan air mata, Haifa membalas.

Typing...

"demi tuhan, aku minta Allah lindung kita berdua. Kau bidadari tanpa sayap aku, Iris. Tunggu aku balik. Aku kena gerak dah ni. Assalamualaikum"

Offline.

Terduduk Haifa di birai katil sambil memikirkan tentang Kapten Harraz. jujur Haifa jatuh cinta tapi bukan ini yang Haifa damba. Takut kehilangan dia itu yang bermain di minda Haifa. Baginya, dia harus jauh lebih kuat dari Harraz. dia yakin dan percaya Harraz akan pulang ke sisi dia dalam keadaan yang selamat.

Sorry , Tertembak Cinta! Where stories live. Discover now