Bab 3

55 3 0
                                    




Kaki mereka berdua mula menapak masuk ke dalam kedai makan tersebut. Syira yang pilih nak makan nasi ayam penyet memandangkan sudah lama mereka berdua tidak menjejakkan kaki ke kedai ayam penyet tersebut. Sambil menunggu ketibaan dua pegawai tentera, Haifa dan Syira leka bermain dengan telefon bimbit masing masing. Tiba tiba, orang yang mereka tunggu sedari tadi munculkan diri. Mereka mula melangkah masuk ke kedai tersebut dan menuju ke meja yang menempatkan Haifa dan Syira tadi.

"Assalamualaikum, lama ke korang tunggu" sapa Amir.

"Waalaikumusalam, tak ada la lama mana dalam sepuluh minit juga la" jawab Syira.

Haifa mula mengangkat kepala untuk melihat Amir dan rakannya itu. Saat itu, kali pertama jantung Haifa berdegup laju menatap wajah pegawai tentera berkulit sawo matang itu. Sumpah kacak, desis hati kecil Haifa.

"lama kau tenung member aku ni, Fa. HAHAHA, kenalkan ini Kapten Harraz Irman"

Cantik! Itulah ayat pertama yang terlintas di minda Harraz saat mata coklat tua miliknya bertentang dengan Haifa. Umi, Harraz dah jumpa bidadari tanpa sayap Harraz ni, bisik hati Harraz. Demi tuhan, karya agungMu di depan ini benar benar mengugat jiwa dan menggetarkan hati.

"eh, Kapten Harraz. yang awak tenung Haifa ni macam nak ajak nikah esok lusa dah kenapa? Tahulah, orang sebelah saya ni umpama bidadari"

Laju tangan Haifa menyiku lengan sahabatnya. Pantang boleh buka mulut ada je nak menyambar orang haih, getus Haifa.

"aku Harraz Irman. Panggil aku Harraz" kata Harraz, sopan.

"Haifa Nur Iris. Kapten boleh panggil saya apa apa je"

"Sayang boleh?" Harraz mula mengusik gadis bermata coklat cair didepannya.

"Kapten pernah rasa kena tumbuk tak? Kalau tak pernah, saya nak kasi"

"Aku dulu budak maktab tentera. Wakil kompeni untuk bertinju lagi. Kalau tak percaya ni tanya Kapten sebelah ni. My bestfriend since maktab dulu"

Syira dan Amir tercengang. Diorang ni dah kenapa? Nak buka gelanggang bertinju dekat kedai nasi ayam penyet pula ke? Astaga!

"so, cik Iris boleh tolong ke? tengah perlukan peguam ni"

Iris. Sebaris nama yang Haifa simpan untuk kegunaan orang orang tertentu. Kenapa dia memilih untuk memanggil Iris sedangkan kebanyakan orang lebih selesa memanggil nama Haifa. Sedari sekolah menengah, Haifa memang pantang kalau ada yang panggil Iris kerana bagi Haifa nama Iris itu terlalu istimewa. Dan hari ini, seorang pegawai tentera yang Haifa tidak kenal sama sekali akhirnya memanggil Haifa dengan nama itu.

"kenapa Kapten panggil saya Iris?"tegur Haifa.

"Haifa Nur Iris. Perempuan yang langsing, cahaya dan sejenis bunga. kau macam bunga. cantik." kata Harraz, tenang.

"Kapten tahu maksud nama saya?"tanya Haifa.

"anak buah aku ada nama yang sama dengan kau, Iris"

"Haifa? Iris?"

"Haifa Amani dengan Adlina Iris"

Kaget. Sumpah, Kapten Harraz ini punya aura tersendiri yang boleh membuatkan jantung Haifa berdetak laju dari kebiasaan. Orang yang tenang, sopan malah setiap aksara yang keluar dari bibirnya sangat hebat. Kali ini, aku betul betul jatuh cinta.

Jawapan Harraz tadi terhenti begitu sahaja kerana makanan yang mereka pesan akhirnya sampai.

Selesai makan, mereka mula berbincang tentang kes adik Kapten Harraz. menurut cerita daripada Kapten Harraz, adiknya itu dituduh menyeleweng duit syarikat tempat dia bekerja.

"hm, nanti saya hantarkan affidavit tentang kes ni dekat adik awak. Ada apa apa lagi ke kapten?" tanya Haifa.

"setakat ni tak ada. Tapi, kalau apa apa aku contact kau. Thanks for helping me. Nanti kalau ada masa, aku belanja kau makan"

"untuk pengetahuan Kapten, saya tak makan dengan clients. Dan yang paling penting, saya tidak menerima rasuah"

"ey dia ni, tak cakap pun rasuah. salah ke aku nak belanja kau atas dasar kau dah tolong aku? Okay, kami gerak balik kem dulu"

Mata Haifa kekal sehingga kelibat Harraz dan Air hilang dari pandangan mata.

"so, macam mana? Handsome kan Harraz tu?" tanya Syira.

"hm, Syira aku sebenarnya love at the first sight lepas nampak Harraz"

"weh, Harraz dah buka hati kau ke? Syukur syukur. Aku ingat kau nak jadi andartu sampai bila bila"

"princess kayangan, boleh tak jangan nak merepek kat sini. Jom balik office. Aku banyak lagi nak tengok kes ni"

Mereka pun meninggalkan kedai makan tersebut dan berlalu ke pejabat mereka.

Sorry , Tertembak Cinta! Where stories live. Discover now