Baju loreng berwarna hijau gelap kini tersarung di badan. Kapten Harraz yang kembali bertugas setelah tiga minggu berehat akibat cedera semasa kes tempoh hari mula mengeluh perlahan. Kembali seperti sediakala, bisik hati kecil Harraz. Sumpah demi tuhan menjadi pegawai tentera tak semudah yang disangka. Lagi pula, Harraz Irman ialah seorang Kapten Pasukan Khas untuk kompeni Delta. Tak mudah, tapi sedari kecil Harraz memang berminat menjadi seorang tentera. Apatah lagi, bapanya juga seorang pegawai tentera yang disegani. Mejar Jeneral (B) Hashim Muhamad. Bukan calang calang orang. Seawal umur enam belas tahun lagi , bapanya sudah menghantar dia melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja(MTD). Mungkin berbekalkan ilmu ketenteraan yang dimilikinya, Harraz memilih untuk terus menjadi tentera kerana sudah sebati dalam diri."eh bila kau balik kem? Patutlah aku nampak kereta kau tadi dekat bawah. Aku ingat kau cuti lagi" kata Kapten Amir Fahim.
Amir Fahim. Sahabat baiknya yang sama sama kena denda masa dekat MTD dulu dan sehingga mereka sama sama kini menjadi tentera malah berada dibawah unit yang sama.
"HAHAHA. Aku balik petang semalam. Sebelum sampai berek semalam, aku singgah RSAT. Doktor kat RSAT kata aku dah sembuh. Bolehlah nak mula tugas balik"
"haih, kuat kerja betul la kau ni. Patutlah tak ada girlfriend. Nak kata tak ada rupa, bersepah pegawai perempuan nak dekat kau. Kau je yang jual mahal. Apahal? Tunggu bidadari ke kapten?" kata Amir, gurau.
"haah, kau ada jumpa mana mana bidadari tanpa sayap sesat tak? Kalau ada, esok lusa juga aku masuk meminang. Dah dah, jom turun tapak kawad. Aku nak pantau budak budak tu. Tapi, aku ada benda nak minta tolong kau ni."
"ha, tolong apa? Carikan kau bakal isteri? Sah kau mereng dah ni sampai suruh aku carikan."
"tak, aku nak minta tolong girlfriend kau Syira tu. Syira tu peguam kan? Aku perlukan peguam ni. Pasal kes adik aku tu. Kau tahu kan?" ujar Harraz.
"oh ha, nanti aku tanya Syira. Kalau Syira tak boleh handle kes kau ni, kau tak kesahkan Syira carikan peguam lain untuk kau?"
"hm, tak kesah. Tapi pastikan secepat mungkin ye. Aku penat dengan umi dengan ayah bising pasal kes adik aku tu"
Mereka berdua akhirnya turun ke tapak kawad. Seperti biasa, Harraz akan memberi taklimat sebelum dia melepaskan tugas tugas untuk anak anak buahnya.
"Raz, aku baru habis telefon Syira tadi. Syira cakap lunch harini dia free nak jumpa kau. So how?" kata Amir.
"hm, lunch eh? Boleh jugak. Dia nak datang kem ke atau kita keluar pergi tempat dia?"
"kita la keluar. Kata lelaki kan? Mestilah kita tunjuk effort. Tapi, Syira kata dia tak boleh handle kes kau sebab dia banyak kes nak handle lately ni. So, Syira dah refer kes kau dekat bestfriend dunia akhirat dia"
"bestfriend Syira? Oh, aku okay je. No hal, janji kes adik aku ni selesai."kata Harraz.
Jam tepat 12 tengah hari. Lunch time, Haifa teruja. Kita kena keluar makan demi mendapatkan otak yang cerdas agar dapat berfungsi untuk membaca kes kes anak guaman. Ketika Haifa berjalan keluar dari biliknya , dia mendapati Syira berada di dalam biliknya.
"eh awalnya balik dari court. Selalunya kau pukul dua petang baru balik. Ni belum lunch dah balik" kata Haifa, pelik mungkin melihat Syira di meja kerjanya.
"oh, kes perbicaraan ditangguhkan. Good to see you. Jom lunch. Aku nak kasi kau client baru. Kawan sekerja Amir dia nak minta tolong handlekan kes dia tapi aku kan busy dengan kes kes lain. Tolong boleh?" rayu Syira.
"I love my career so mestilah boleh. Jom lunch. Eh kejap, kawan Amir tu askar juga ke?"
"haah, askar. Kenapa? Mesti kau ada interest nak kenal kan? Cantik! Bolehlah sama sama kahwin bawah pedang"
"eh eh, princess kayangan ni. aku tendang kau kang. Entah entah kawan Amir tu dah beranak pinak dah. Tak mahulah aku" astaga! Minta simpanglah jodoh aku dengan suami orang.
"makcik, Kapten Harraz tu bujang tra tang tang tau. Dia tu anak Mejar Jeneral bersara lagi. Tak, aku pelik tau Harraz ni. Muka handsome macam Mark Prin hero thaidrama kesayangan kau tu,kerja pun hebat dahtu siap ada pangkat lagi. Tapi kan, Amir ada cerita dekat aku. Dia reject habis semua pegawai askar perempuan dekat kem tu"
"kau nak cakap dia minat kaum sejenis ke? Takut aku bakal client macam tu. Mungkin jodoh dia belum sampai kot. Macam aku. Bukannya aku menolak lelaki yang datang dalam hidup aku, tapi aku tak rasa apa apa bila jumpa. Dia pun macam itu la kot." Terang aku panjang lebar.
Akhirnya, kami menyatukan langkah turun untuk makan tengah hari bersama dan menunggu ketibaan dua pegawai tentera tersebut.
YOU ARE READING
Sorry , Tertembak Cinta!
FantasyKapten Harraz Irman. Nama yang sentiasa membuatkan jiwa Haifa Nur Iris buntu mencari jawapan tentang seseorang yang bergelar kapten pasukan khas Delta. Misteri dan kehilangannya sentiasa menjadi tanda tanya walaupun disetiap kali kemunculannya penuh...