Bab 15

159 12 0
                                    

Tergamam. Walaupun Hazrina sudah tahu kemungkinan yang Aariz tidak akan mengingatinya, namun dia masih berharap Aariz akan mengenalinya.

"Ni isteri awak Aariz, Rina. Hazrina Syareena.. Remember me?"

"No. Saya baru bertunang dengan Karmila."

Hazrina tersenyum tawar. Terus Hazrina ke kaunter untuk memaklumkan bahawa Aariz telah sedar. Hazrina membawa diri ke kafeteria hospital. Macam kenal... Getus hati Hazrina.

"Assalamualaikum. Awak Tengku Karmila ke?"

"Ya saya.. Awak siapa ya?"

Tengku Karmila, bekas tunang Aariz merupakan seorang doktor di Pantai Hospital.

"Saya kawan Tengku Adibah.."

"Tengku Adibah.... Adik Tengku Aariz?"

Entah mengapa Hazrina memperkenalkan dirinya sebagai kawan Adibah, bukannya sebagai isteri Aariz.

"Ya. Tengku Aariz warded di sini-

Belum sempat Hazrina menghabiskan kata-katanya Karmila terus meninggalkan Hazrina sendirian di situ.

*****

Hazrina berjalan seiring dengan David yang baru sahaja tiba di hospital untuk melawat Aariz. Pintu bilik Aariz di tolak. Mereka berdua saling berpandangan apabila melihat Aariz & Karmila yang sedang mesra berbual bersama.

"Ehem"

David berdehem sebaik sahaja memasuki wad Aariz. Aariz & Karmila terus memandang David & Hazrina.

"Kau ingat aku tak Aariz?"

"Ape kau merepek ni David. Of course aku ingat kau"

Hazrina hanya memandang Aariz, dengan penuh harapan agar Aariz juga menegurnya.

"Kau kenal dia siapa?"

Tanya David sambil jarinya ke arah Hazrina. Sengaja David menduga Aariz kerana Hazrina telah menceritakan bahawa Aariz tidak mengingatinya semasa mereka berjalan bersama ke bilik Aariz sebentar tadi. Aariz hanya diam.

"Dia isteri kau Aariz, dia isteri kau"

"Isteri?!"

Tanya Aariz & Karmila serentak. David hanya menganggukkan kepala tanda betul.

"I keluar dulu ya. Shift I dah nak mula"

"Aku pun kena masuk kerja balik ni. Apa-apa call saya ya Haz"

Karmila & David meminta diri. Keadaan kembali sepi di bilik yang hanya tinggal Aariz & Hazrina. Suasana yang sangat janggal. Aariz yang sering mengusik Hazrina juga seolah-olah tidak wujud di situ. Hazrina hanya membatu di sofa.

"Betul ke awak isteri saya?"

Tanya Aariz, memecah kesunyian bilik. Tanpa menjawab, Hazrina hanya menghulurkan kad nikah mereka pada Aariz. Aariz hanya mendiamkan diri setelah melihat kad nikah tersebut.

"So it's true.. Tapi saya minta maaf, saya betul - betul tak ingat"

"Tak ape, saya akan bantu untuk pulihkan ingatan awak Aariz..
Doktor cakap awak dah boleh discharge petang ni, kita balik rumah kita yaaa..."

Aariz hanya mengangguk, walaupun hakikatnya dia langsung tiada memori tentang Hazrina di fikirannya.

*****
"Dah sampai..."

Setelah sampai ke rumah, Aariz terus memasuki rumah tanpa menghiraukan Hazrina. Hazrina hanya mampu mengeluh perlahan. Dia terus memanjat anak tangga ke bilik mereka.

"Kenapa awak tidur atas katil saya?"

Aariz menyoal setelah keluar daripada tandas. Hazrina yang terlena itu terus terduduk.

"Bukan ke ni bilik kita, katil kita Aariz?"

Mata Hazrina sudah bergenang dengan air mata sambil menjawab pertanyaan Aariz.

"Saya belum bersedia untuk galas tanggungjawab sebagai suami awak. Boleh kan kalau kita tak tidur sebilik buat sementara waktu?"

Tanpa menjawab, Hazrina terus berlari ke bilik lain & menghempas pintu bilik.

Kembalikan Senyuman ItuWhere stories live. Discover now