Hari ini merupakan kali pertama Aariz menghantar Hazrina ke pejabat iaitu di Perpustakaan Negara Malaysia. Hazrina memegang jawatan sebagai Pembantu Khas Pengarah Perpustakaan Cawangan & Komuniti di usia yang agak muda.
"Saya pergi dulu"
Ucap Hazrina seraya menghulurkan tangan untuk mencium tangan Aariz. Aariz dengan senang hatinya menyambut huluran Hazrina. Sebuah ciuman hinggap di dahi Hazrina. Hazrina terkedu.
"Jangan laaaa nanti staff lain tengok laaaa"
"Biarlah, kita kan dah kahwin"
Hazrina senyap. Lama dia membatu selepas mendengar jawapan Aariz.
FLASHBACK
"Assalamualaikum Adibah, kau kat mana? Aku dah sampai airport ni.."
"Kejap ehhhh, aku datang dengan abang aku ni sebab kereta aku rosak"
Tengku Adibah, satu-satunya rakan baik Hazrina yang masih setia berkongsi suka & duka bersama.
Dari jauh Hazrina nampak Adibah yang sedang melambai ke arahnya. Terus tubuh kecil Hazrina yang ketinggiannya hanya 155cm itu dipeluk erat Adibah yang chubby itu.
"Dah 2 tahun tak jumpa kau, kurusnya!! Kau tak makan ke kat sana?"
"Makan lahhhh Adibah, cuma selera makan tu tak sama kalau tak de kau"
"Cehhh, sempat lagi perli aku kannnnn hahahahaha"
"Ehem"
Suara lelaki yang berdehem itu mengalihkan perhatian Hazrina & Adibah.
"Ehhhh lupa nak kenalkan dekat kau, ni abang aku. Tengku Aariz Hazran."
Aariz hanya memberikan senyuman kepada Hazrina sebagai tanda perkenalan. Hazrina hanya mengangguk tanpa segaris senyuman. Sukarnya untuk melihat seorang Hazrina tersenyum kan?
"Dah lahh weih jom balik, nanti kau kena tolong aku siapkan hantaran abang aku ni"
END OF FLASHBACK
"Rina?...."
Panggilan itu menghentikan Hazrina daripada lamunan yang mengingatkan dia detik pertemuan pertama dia dengan Aariz."Tapi semua orang tak tahu Aariz..."
"I understand.."
Hazrina membalas renungan Aariz sebelum keluar dari kereta. Aariz menurunkan cermin kereta.
"Balik nanti saya ambil awak. Jaga diri baik-baik.. Bye"
Hazrina hanya mengangguk & membalas lambaian Aariz. Selepas kereta Aariz sudah tidak kelihatan, Hazrina terus berlari masuk ke dalam bangunan perpustakaan.
*****
"Assalamualaikum"
Ucap Hazrina sebaik sahaja masuk ke dalam kereta Volkswagen Arteon R-line Aariz.
"Waalaikumsalam. How's your day wife?"
"It's so tiring today. Kena settle kan final draft untuk projek library cawangan baru sebab minggu depan ada meeting dengan arkitek untuk propose idea"
"Ooooo i seee... So, awak teringin nak makan apa-apa? I'll treat you something delicious since you've worked hard today"
Aaaaaa cairnya kalau Aariz guna nada yang extra lembut macam ni. Getus hati Hazrina. Wahhhhh, Hazrina yang selama ini hati batu dah mula cair dengan Aariz?
"Lamb chop should be nice, husband"
YOU ARE READING
Kembalikan Senyuman Itu
RomansaThis is going to be my first ever short story :) please forgive me for all the flaws.. Feel free to vote & comment wise words for me to improve.. Thank you & happy reading! <3 NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mungkin tak...