Bab 16

159 12 1
                                    

Keesokan hari

Hazrina bangun dari lenanya. Matanya yang terasa berat dibuka perlahan. Hazrina terus membersihkan diri dan solat subuh. Selesai berbuat demikian, dia terus mengetuk pintu bilik Aariz. Tiada sahutan. Dia terus masuk ke dalam bilik. Kosong.

Uhuk uhuk

Kedengaran Aariz yang sedang muntah di bilik air. Hazrina terus masuk & menepuk belakang Aariz. Kemudian, Hazrina memapah Aariz ke katil. Hazrina menyentuh dahi Aariz. Panas. Hazrina terus masuk semula ke bilik air dan keluar bersama tuala kecil yang dibasahkan. Dia meletakkan di dahi Aariz dan biarkan Aariz tidur sendirian.

*****

Hazrina masuk ke bilik bersama semangkuk bubur untuk Aariz. Dia berasa serba salah kerana tidak menyediakan makan malam untuk Aariz semalam akibat merajuk dengan Aariz. Merajuk sehingga lupa tanggungjawab sebagai seorang isteri, kenapa sampai macam ni sekali Haz, dia mengeluh sendirian.

"Abang.. Bangun makan.. Lepas makan bubur kita makan ubat ya"

Hazrina membantu Aariz duduk & bersandar di kepala katil. Hazrina menyuapkan bubur untuk Aariz. Satu per satu suapan sehingga suapan terakhir tanpa sebarang kata-kata. Sunyi. Aariz yang petah bersembang hanya menyepi.

Mulut Aariz yang agak comot itu Hazrina lap menggunakan ibu jarinya. Lama tangannya berada di situ sambil matanya merenung Aariz. Aariz hanya membalas pandangan Hazrina sepi.

"Makan ubat yaaa"

Kata Hazrina sambil menghulurkan ubat di tangan Aariz. Hazrina terus turun ke dapur meninggalkan Aariz sendirian di bilik.

*****
Seperti biasa, Hazrina menyambung rutin mingguannya dengan memasak, mengemas & mencuci. Setelah siap, Hazrina menonton Nextflix di ruang tamu.

"Cerita apa?"

Tanya Aariz lalu duduk di sofa.

"Eh demam awak dah kebah ke?"

Tanya Hazrina cuak. Boleh pula Aariz ni buat macam tak sakit.

"Bosan asyik tidur je"

Hazrina hanya diam mendengar jawapan Aariz. Perlahan-lahan dia merebahkan kepalanya atas riba Aariz. Aariz diam membatu, tidak menolak atau mengelak dengan apa yang Hazrina lakukan. Kemudian Hazrina mengambil tangan kiri Aariz dan menggenggam erat.

"Aariz..."

"Hmm.."

"Aariz.."

Aariz yang sedang kusyuk menonton Nextflix mengalihkan pandangan ke Hazrina yang berada di ribaannya itu.

"Aariz tahu tak, dulu saya belajar dekat-......
Lepas tu kannnnn -...... "

Hazrina sengaja berbual tentang kisah kehidupannya pada Aariz manakala Aariz hanya mengangguk dan setia mendengar celoteh Hazrina. Gaya cerita Hazrina seperti kanak-kanak kecil yang sedang berkongsi cerita dengan seorang bapa. Comel kannnnn?!! Tapi comelkah di mata Aariz?

Kembalikan Senyuman ItuWhere stories live. Discover now