Bab 9

160 14 0
                                    

"Assalamualaikum"

Hazrina memberi salam sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Jam menunjukkan pukul 8.30 malam baru dia tiba di rumah.

"Waalaikumsalam.. Rina dah makan?"

"Dah. Saya nak naik atas rehat"

Jawab Hazrina lemah. Aariz bingung. Tadi dekat office ok je Rina ni. Getus hati Aariz.

*****
Sebaik sahaja Hazrina keluar daripada tandas, dia terasa keadaan sekelilingnya gelap. Lalu dia jatuh pengsan di hadapan pintu tandas. Aariz yang baru sahaja masuk ke dalam bilik terus berlari ke arah Hazrina. Dia mencempung Hazrina ke katil. Dia meletakkan tangan di dahi & leher Hazrina. Panas. Dia menuju ke tandas & basahkan tuala kecil untuk di lap badan Hazrina.

Aariz perasan akan sesuatu di pergelangan tangan kanan Hazrina. Lebam. Akibat kejadian yang berlaku di pejabat tadi. Dia membelek kesan lebam itu. Aariz dipagut rasa risau. Dia membiarkan Hazrina berehat & dia sambung melakar pelan di bilik kerjanya.

*****
Hazrina terjaga dari lenanya. Dia mengiringkan badannya ke kanan. Kosong. Mana Aariz? Dia bangun dari pembaringan dengan perlahan kerana badannya masih lemah. Tuala kecil di dahi & belakang lehernya diletakkan di atas meja kecil tepi katil.

"Aariz.... Awak kat manaaaa?
Aariz.... Jangan lah tinggalkan saya sorang, saya takut..
Aariz.... Aariz.... "

Jerit Hazrina lagi sambil menuruni anak tangga. Aariz yang berada di bilik kerja terdengar suara itu lantas keluar mendapatkan Hazrina. Baru sahaja dia membuka pintu bilik kerjanya, Hazrina pantas berlari ke arahnya & memeluk Aariz erat berserta tangisan teresak-esak. Aariz terkejut dengan reaksi Hazrina. Aariz melonggarkan pelukan & memegang kedua belah pipi Hazrina supaya memandangnya.

"I'm here sayang... I won't leave you... Shhh dahh dahh jangan nangis lagi..."

Pujuk Aariz lembut sambil memeluk Hazrina semula. Hazrina masih lagi menangis di dalam pelukan Aariz. Aariz mengusap lembut belakang Hazrina agar dia tenang. Mesti ada sesuatu yang berlaku di office tadi kan Rina.. Aariz memapah Hazrina ke bilik. Dia menyelimutkan Hazrina yang kelihatan sudah sedikit tenang. Kini giliran Aariz pula untuk baring di sebelah Hazrina.

Hazrina terus mengiringkan badannya & memeluk Aariz. Aariz yang mengerti itu mendepakan tangannya & membiarkan Hazrina tidur berbantalkan tangannya. Bibir Aariz singgah di dahi Hazrina sebelum dia melelapkan mata.

Kembalikan Senyuman ItuWhere stories live. Discover now