Bab 3

185 12 0
                                    

1 tahun kemudian
Washington Park

Hazrina duduk termenung sendirian di atas rumput sambil menghadap tasik di Washington Park. Itulah aktiviti kegemaran Hazrina pada setiap petang sepanjang berada di sana. Hazrina memutuskan untuk sambung pelajaran Master of Library and Information Science di University of Denver, United States. Hakikat sebenar Hazrina ke sana adalah untuk mengubati luka di hati.

"Hello miss"
Lamunan Hazrina terhenti apabila ada satu suara garau yang menegurnya. Sepanjang dia berada di sini, tidak pernah sekali pun pelancong lain menegurnya. Mungkin dengan gaya Hazrina yang kelihatan sombong tanpa segaris senyuman langsung di wajahnya membuatkan mereka segan untuk menegurnya. Hazrina juga selesa begitu kerana dia tidak petah untuk bergaul dengan orang lain.

"Hello"
Jawab Hazrina sepatah.
"Do you mind to take a picture of us?"
Pinta seorang jejaka yang tinggi lampai serta berkaca mata hitam itu.
"Sure"
Hazrina menjawab sambil menyambut huluran kamera oleh jejaka tersebut. Setelah beberapa kali di snap, Hazrina menghulurkan kembali kamera tersebut kepada dia. Jejaka tersebut mengucapkan terima kasih sambil tunduk membelek gambar yang ditangkap Hazrina tadi.

"Nice shot miss"
Tengku Aariz Hazran berkata sambil mengalihkan pandangan dari kamera. Kosong. Hazrina sudah tiada di hadapan Aariz. Aariz menoleh ke kiri & kanan sambil berjalan mencari kelibat Hazrina. Akhirnya dia menjumpai Hazrina yang agak kekalutan berlari menuju ke arah University of Denver. Dengan pantasnya Aariz menangkap gambar Hazrina dari jauh. Entah mengapa terdetik hati Aariz untuk berbuat demikian.
"Cantik..."
Getus hati Aariz.

Hazrina tergesa-gesa kerana waktu kerjanya sudah hampir bermula. Hazrina sudah bekerja sambilan di Jerusalem Restaurant selama setahun sepanjang dia belajar di sana. Di samping mencari duit poket tambahan, dia sengaja mahu isi masa lapang kerana dia tidak mempunyai ramai rakan di sana.

"Kau kenapa Aariz?"
Soal David, rakan sekelas merangkap rakan baik Aariz yang sama-sama menuntut di California College of the Arts selama 3 tahun. Mereka berdua bersama rakan yang lain ke Denver untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir sebelum pulang ke tanah air setelah menamatkan pengajian Masters in Architecture.

"Nothing bro, let's go"
Jawab Aariz ringkas.

Kembalikan Senyuman ItuWhere stories live. Discover now