Aariz mengusap lembut kepala Hazrina yang sedang tidur lena itu. Hazrina yang kepenatan itu tertidur sebaik sahaja dia menunaikan solat subuh berjemaah bersama Aariz. Hazrina yang terjaga dari tidurnya itu lantas memeluk Aariz.
"I'm here sayang...."
Pujuk Aariz. Namun, dia masih lagi tidak mengetahui apa yang berlaku pada Hazrina kelmarin. Hatinya yang meronta kerana ingin tahu apa yang terjadi pada Hazrina ditenangkan dahulu. Dia mahu Hazrina betul-betul bersedia & sudah boleh bertenang untuk bercerita. Aariz meleraikan pelukan.
"Jom makan sayang, lepasni nak makan ubat"
Tanpa disuruh Hazrina membuka mulutnya seraya Aariz menghulurkan sudu yang berisi bubur ke mulut Hazrina. Aariz tidak lekang dengan senyuman. Sakit pun comel Rina.... Haih dah angau sangat Aariz ni... Licin bubur yang dimasak Aariz itu dijamah oleh Hazrina. Aariz meletakkan mangkuk di meja sisi katil.
"Terima kasih........ Abang"
"Auch sayang!!"
Aariz mengadu kesakitan sambil memegang dadanya.
"Kenapa??"
Tanya Hazrina cuak. Aariz meletakkan tangan Hazrina di dadanya agar Hazrina dapat merasa betapa lajunya degupan jantung itu.
"Macam nak tercabut jantung ni bila dengar sayang panggil macam tu"
"Mengada laaaa abang..."
Ujar Hazrina lalu mencubit paha Aariz. Aariz hanya tertawa. Dia gembira kerana Hazrina sudah kembalikan senyuman manisnya itu.
FLASHBACK
Masjid Wilayah"Weihhhhh kau kena tolong aku Haz"
"Kenapa weih?"
"Kak Karmila dah lari"
"Hahh?? Habis tu macam mana?"
Adibah memandang Hazrina dengan penuh harapan.
"Kalau kau yang ganti tempat dia boleh?"
"Takkan kau nak suruh aku jadi kakak ipar kau.. Mengarutlah kau ni"
"Please Hazrina... Kau je satu-satunya kawan yang aku ada... Aku yakin kau boleh jadi isteri yang baik untuk abang Aariz."
Hazrina mula dipagut rasa serba salah kerana Adibah adalah satu-satunya kawan yang dia ada. Adibah dah banyak menolong Hazrina sewaktu dia di khianati oleh Aina & Haziq. Hazrina juga sudah di anggap sebagai sebahagian daripada keluarga Adibah dek kerana dia yang sebatang kara itu.
"Aku setuju"
Hazrina juga tahu perkahwinan Aariz & Karmila itu merupakan aturan keluarga. Adibah sering mengadu tentang Karmila setiap kali dia Face time dengan Hazrina ketika Hazrina di US. Karmila sudahpun mempunyai pilihan hati sendiri. Namun, Karmila terpaksa meneruskan perkahwinan itu kerana kehendak keluarga yang ingin menyatukan mereka.
END OF FLASHBACK
YOU ARE READING
Kembalikan Senyuman Itu
RomanceThis is going to be my first ever short story :) please forgive me for all the flaws.. Feel free to vote & comment wise words for me to improve.. Thank you & happy reading! <3 NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mungkin tak...