Bab 8

164 13 0
                                    

Mesyuarat tadi telah pun berakhir. Semua yang terlibat dengan mesyuarat tadi sudah bersurai untuk makan tengah hari.

"Boss, saya dengan yang lain pergi lunch dulu ya. Boss mesti nak lunch dengan isteri kesayangan kan"

Ujar salah seorang staff Aariz yang berada di situ.

"Okay, see you guys in the office"

Hazrina berjalan menuju ke biliknya. Aariz hanya mengekori langkah Hazrina. Hazrina memusingkan badan supaya berhadapan dengan Aariz.

"What can I help you, 'the best architect in town'?"

"Amboi Puan Hazrina... Sakan dia perli kita yaaa hahahahaha. Jom lunch.. Saya lapar laaaa.. Meeting tadi semua staff garang sangat, tambah-tambah Puan Hazrina tu"

Sebuah cubitan hinggap di lengan Aariz.

"Auchhhh. Sakit laaaa sayanggggg...."

Rengek Aariz manja. Staff yang masih belum keluar lunch juga memandang mereka berdua yang sedang bergurau itu. Mana pernah mereka melihat sisi Hazrina yang berinteraksi sebegitu mesra dengan orang lain, apatah lagi dengan jantina yang berbeza.

"Mengada sangat. Dah jommmm makan.. Puan Hazrina yang garang tu tengah lapar"

Cebik Hazrina bersama satu garis senyuman. Aariz menggenggam erat tangan Hazrina & berjalan keluar dari bangunan perpustakaan untuk lunch bersama.

*****

"Saya mungkin balik lambat sikit harini, sebab ada meeting. Kalau awak lapar awak dinner dulu, tak perlu tunggu saya ya.."

Ujar Hazrina sebelum turun dari kereta Aariz.

"Okay sayang. Jangan balik lambat sangat. Saya risau"

Wahhhhh Aariz, dah berani bersayang-sayang ehhhh kau. Hazrina terpaku buat kali kedua kerana mendengar Aariz menggunakan panggilan sayang terhadapnya. Hazrina tersedar dari lamunan apabila terasa tangan kiri Aariz sudah melekap di pipi kanannya.

"Sayang dengar tak ni?"

"Dengar. Dah lah, bye. Nanti lambat pula awak masuk office"

Aariz tersenyum mendengar jawapan Hazrina. Seperti biasa, Aariz akan menghadiahkan ciuman di dahi Hazrina sebelum dia keluar dari kereta.

*****

Knock knock.

"Masuk"

"Puan, ada orang nak jumpa"

"Siapa?"

Belum sempat pertanyaan Hazrina dijawab, seorang lelaki terus meluru masuk ke dalam biliknya. Hazrina terus berdiri seraya memandang lelaki yang berada di hadapannya itu.

"Kau buat apa dekat sini Haziq?!"

Bentak Hazrina.

"Rileks lah Hazrina, I datang sini nak jumpa you. I rindu sangat dekat you"

"I don't have time to deal with you. We're over, remember?! Lagipun Aina tengah mengandungkan anak you. Please take a good care of her"

Haziq berjalan mendekati Hazrina. Hazrina mengundur ke belakang sehingga rapat ke dinding. Tangan Hazrina yang sudah diangkat untuk menampar Haziq pantas direntap. Haziq memegang lengan itu dengan kuat sehingga Hazrina meronta kesakitan.

"Sakit Haziq, lepaslah!!"

"Tahu pulak sakit, yang kau kahwin dengan mamat tu, hati aku tak sakit?"

"Antara kita dah tak ada apa-apa Haziq. Kau dah kahwin dengan Aina. Aku pun dah kahwin. So, we're over"

Satu tamparan hinggap di pipi Hazrina sehingga dia jatuh tersungkur. Izzah yang ingin menyerahkan fail ke Hazrina di bilik juga terkejut melihat keadaan itu. Terus dia menelefon guard. Haziq pantas keluar dari situ & melarikan diri.

Kembalikan Senyuman ItuWhere stories live. Discover now