Bab 4

161 10 3
                                    

2 tahun kemudian
Malaysia

"Aku terima nikahnya Hazrina Syareena......................"

Hazrina sah bergelar isteri kepada Tengku Aariz Hazran. Hazrina masih lagi tidak boleh menghadam situasi yang telah berlaku 2 bulan setelah dia pulang ke Malaysia kerana dia perlu berkahwin dengan lelaki yang tak dikenali & dicintainya.

" Rina, esok kita pindah ke rumah kita. Malam ni awak kemas barang di rumah sewa awak dulu, esok saya ambil awak."

Aariz bersuara setelah menyuapkan suapan terakhir. Hazrina hanya akur dengan arahan suaminya. Dia hanya memandang sepi nasi yang masih berbaki dalam pinggan.

" Kenapa tak habiskan nasi tu? Nak saya suap ke? "

Usik Aariz. Laju Hazrina menggeleng.

" Lepas ni kita macam mana?" tiba-tiba Hazrina bersuara.

"Macam mana apa?"

"Ye lah, saya kan cuma isteri bidan terjun awak. Kita kahwin bukan atas dasar cinta pun. Takkan awak tak nak cari bahagia awak sendiri?"

Aariz hanya membalas pertanyaan Hazrina dengan pandangan redup. Dia juga buntu dengan apa yang perlu dilaluinya pada masa akan datang.

" We'll just go with the flow, Rina. Sampai masa nanti, masing-masing akan ada jawapan untuk soalan itu."

Hazrina hanya mengangguk mendengar jawapan Aariz. Aariz bingkas bangun menuju ke sinki untuk mencuci pinggan kotor.

"Go & get a shower, lepasni kita solat maghrib sama-sama"

*****

"Aamin ya Rabbal 'Alamin"
Aariz menghulurkan tangannya pada Hazrina setelah mengaminkan doa yang dibaca. Lama Hazrina merenung tangan yang dihulur Aariz, kemudian dia menyambut huluran itu dengan rasa kekok. Segaris senyuman di bibir Aariz terukir melihat Hazrina. Aariz terus mengucup dahi Hazrina lama.

"Walaupun kita kahwin tanpa rasa cinta & kita tak pernah kenal, saya akan cuba jalankan tanggungjawab saya sebagai suami awak dengan baik."

Terharu. Entah kali yang ke berapa kata-kata Aariz membuatkan Hazrina rasa terharu. Jauh di sudut hati Hazrina, dia rasa bersyukur dapat mengahwini Aariz yang sangat tenang & penyabar itu. Hazrina hanya mengangguk. Begitulah Hazrina, dia hanya akan angguk atau geleng apabila berhadapan dengan Aariz, jarang sekali Aariz dapat mendengar suara Hazrina berbicara.

Kembalikan Senyuman ItuWhere stories live. Discover now