Bab 2

183 7 3
                                    

Hari yang paling tidak dinantikan Hazrina telah tiba. Hari di mana Haziq & Aina akan disatukan. Hanya tangisan yang menjadi peneman Hazrina sepanjang seminggu ini. Namun, hari ini Hazrina nekad untuk ke majlis perkahwinan mereka berdua. Hazrina bersiap sehingga kelihatan seperti bidadari.

Tibanya di majlis tersebut, Hazrina disapa adik Haziq iaitu Syafiqah yang begitu akrab dengannya sebelum semua ini terjadi.
"Kak Hazrina....."
Sapa Syafiqah lembut. Tanpa membuang masa, Hazrina terus memeluk Syafiqah tanpa sebarang kata. Sayup kedengaran tangisan Hazrina di bahu Syafiqah.

Luluh hati Syafiqah melihat keadaan Hazrina begitu. Hazrina yang sentiasa ceria & manis dengan senyumannya bersama braces itu telahpun bertukar suram. Sungguh Syafiqah tidak pernah melihat Hazrina sedemikian rupa sepanjang 9 tahun dia mengenalinya. Perlahan-lahan mereka merenggangkan pelukan. Syafiqah menyeka air mata Hazrina.

"In sha Allah, akak kuat dik.. Tahniah ya Syaf dapat kakak ipar secantik Kak Aina.. Akak harap Kak Aina boleh sayang & jaga Syaf macam mana akak buat dekat awak dik..."

"Akak...... Sampai hati abang Haziq buat akak macam ni. Syaf sayang akak.."

"Haziqah, akak pun sayang Syaf.. Tapi akak memang bukan jodoh abang Haziq... Akak reda... Macam mana akak reda, macam tu lah Syaf kena reda ya.."

Hazrina & Syafiqah turut menguntum segaris senyuman.
"Dah akak, jom kita makan.. Ada teh ais favourite akak juga"
Teh ais.... Minuman kegemaran Hazrina & Haziq. Yang mungkin tidak akan dijamah lagi selepas ini oleh Hazrina.

"Tak apa Syaf, akak ada hal lepas ni.. Akak datang nak jumpa Syaf je.. Ada rezeki kita jumpa lagi ya Syaf.. Jaga diri baik-baik, bye.."

"Akak pun jaga diri ya.. Bye akak, Syaf sayang akak.."

Buat kali terakhir, Hazrina memandang Haziq & Aina yang kelihatan sangat gembira & tak lekang dengan senyuman yang meniti bibir mereka di atas pelamin. Aina yang menyedari kehadiran Hazrina dari jauh itu terus menayang kebahagiaannya bersama Haziq dan menjeling ke arah Hazrina. Luka yang ditoreh terasa berdarah kembali. Sebalik sahaja Hazrina masuk ke dalam kereta, dia meraung sekuat hatinya.

"Ya Allah, kuatkanlah hatiku. Ikhlaskanlah hatiku menerima takdir ketentuan-Mu. Andai ini yang terbaik untukku, aku reda Ya Allah."

Kembalikan Senyuman ItuWhere stories live. Discover now