Reminder; Panggilan Arfa di rumah akan ditukar sebagai along
"IBUUUUU...rindunya... "Dipeluk Puan Zakiah dari belakang selepas pulang ke rumah dengan menaiki teksi. Masuk sahaja semester akhir hari tu, Arfa langsung tidak pulang ke rumah kerana mahu menjimatkan perbelanjaan.
Bertungkus lumus ibu dan ayahnya mencari duit untuk dia dan adik beradik melanjutkan pelajaran. Arfa perlu buat pinjaman PTPTN manakala adiknya, Afzan mendapat biasiswa kerana mendapat semua A dalam SPM. Beruntung sangat adiknya itu.
"Kamu peluk ibu sampai tak boleh nak bernyawa dah ibu, along, "lengan Arfa dipegang dengan bibir Puan Zakiah mekar tersenyum. Anaknya sudah tamat pengajian.
Arfa muncung mulut. "Apa ibu ni... Along peluk sikit je. Oklah ibu yang ku sayang... Jomlah duduk dulu, kita borak-borak manja. Orang rindu ni. Ibu tak rindu along ke? "
"Duduk dulu kamu tu. Ibu nak siapkan lagi sikit je tom yam ni. Untuk along juga. Suka sangat kan makan tom yam? "Sebut sahaja tom yam. Bersinar mata Arfa. Liur diteguk sekilas. Sudah lama tidak merasa tom yam buatan Puan Zakiah. Mesti gempak punya.
"Kalau macam tu kan, bu. Sekarang juga along duduk demi tom yam buatan Puan Zakiah yang paling the best sekali yang along pernah makan tau, "terus punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi. Nak kata susah sangat mereka sekarang ni tidak juga. Sebab Abdul Aziz, ayahnya usahakan pelbagai kerja untuk sara mereka.
Alhamdulillah, hidup mereka bahagia dengan adanya sikap memahami antara satu sama lain dalam keluarganya. Mereka bahagia sangat.
"Nak bodek ibulah tu, "
"Along? "Arfa terus toleh kepalanya ke belakang setelah dirinya dipanggil.
"Angah? Eh kau, balik tak bagitau eh? "Terus bahu Afzan Arfa tepuk kerana kepulangan Afzan ke kampung tidak diberitahu oleh Puan Zakiah.
"Ibu pun tak taulah. Angah cuti sem dua minggu, "Afzan terus senyum senget. Nama saja dia angah tapi nampak seperti dia yang abang sebab Arfa pendek.
"Along, lama tak balik lagi tak cukup kalsium eh? "
"Angah jangan nak perli-perli along eh, along debik kang baru tau langit tu tinggi ke rendah, "Arfa jeling sedikit adik keduanya itu. Megah sangat yang dirinya terlalu besar.
"Ibu masak apa tu? Bau macam tom yam je, "
"Aha, ibu masak tom yam sebab tom yam tu kan favourite along, "Arfa terus senyum bangga konon dirinya paling disayangi padahal ibu dan ayah mereka sayang mereka sama rata.
"Jangan nak bergaduh pula along, angah. Hari ni ibu masak favourite along. Esok angah boleh je minta nak makan apa, ibu masakkan, "
Afzan pecah ketawa lihat muka cemberut si Arfa. Saja je si along dia ni.
"Along, kau nak tengok tahap kekuatan angah tak? "Berkerut kening Arfa. Kekuatan?
"Kekua—eh, turunkan alonglah. Angah! "Bahu Afzan ditepuk kuat apabila si adik mengangkat tubuhnya sehingga ke ruang tamu rumah mereka. Nak tunjuk kuat konon. Padanlah Arfa kecil. Cuba dia berat tengok. Boleh ke angkat?
"Along kecil bolehlah kau angkat. Cuba along besar tengok, "kening kanan Arfa angkat kepada Afzan.
Bibir Arfa, Afzan tutup dengan jari. Tak berhenti bibir itu mengomel itu ini kalau ada di rumah. Tapi manusia itulah the best sister ever for him sebab Arfa lah dia dapat berada di mana dia berada sekarang.
"Mandi dulu along. Kang baru kita sama je macam kambing ayah kat belakang rumah tu, "sebelum telinga dia ditarik laju saja Afzan berlari ke biliknya dengan ilaian tawa seronok.
"SAYANG, awak okey kan tunggu saya lagi setahun? "Soal Wafiy melalui corong telefonnya. Ya, sampai sekrang dia masih kekal bersama Armel Hanina, the one and only.
"Tapi, parents saya kalau boleh nak kita halal cepat-cepat. Diorang tak suka tengok saya lama sangat bercinta dengan awak. Kalau awak nak stabil kerja time kita kahwin pun saya okey je, "ujar Armel. Lagipun Wafiy kerja di bawahnya papanya juga. Sebagai interior designer.
"Saya bukan apa saya cuma... "
"Itu je alasan awak nak bagi. Nak stabil kerja apa semua. Saya faham, saya faham sangat keadaan awak cuma parents saya tak akan pernah faham. Kita berdua dah habis study pun kan? "Kedengaran keluhan Armel di sebalik telefon.
"Okey, fine. Saya bincang dengan parents saya dulu. If diorang setuju saya masuk meminang awak okey, sayang? "Pujuk Wafiy. Entah betul atau tidak dia punya keputusan. Berat betul nak buat keputusan kahwin ni. Padahal sudah 8 tahun dia bercinta dengan Armel.
"Betul ni? "
"Ya, sayang, "
Berbunga-bunga hati Armel pada ketika itu namun berbeza pula dengan Wafiy yang mula mengeluh. Kalau ikutkan hati dia, dia nak kahwin ketika umurnya sudah mencecah 25 tahun. Sekarang ni, Wafiy rasa macam masih belum matang untuk mendirikan rumah tangga.
Talian dimatikan sebelum Wafiy merebahkan tubuhnya di atas katil. Apa yang dia harus buat sekarang adalah berbincang dengan keluarganya dahulu sebelum memutuskan keputusannya kepada Armel.
Selepas menukar baju, Wafiy terus turun ke bawah mahu menyatakan hasratnya kepada Tan Sri Hamdan. Harap-harap mereka bersetuju saja. Walaupun tak berapa nak rela kahwin awal, Armel tetap gadis pilihan hatinya.
Meja makan dituju Wafiy sebelum punggungnya dilabuhkan di atas kerusi. Tiba-tiba rasa seram sejuk mahu menyatakan hasrat hatinya.
"Papa, saya ada benda sikit nak cakap, "ujar Wafiy. Nasi yang sudah sedia terhidang di dalam pinggan dibiarkan dulu.
"Makanlah dulu, "suruh Puan Sri Jasmina.
Terus lauk dicedok ke dalam pinggan sebelum wajah papanya dipandang lagi.
"Penting sangat ke? "
"Penting, pa, "
"So, apa dia? "
Wafiy tarik nafas dalam dulu sebelum hasratnya dinyatakan buat Tan Sri Hamdan. Tak tau lah mereka terima atau tidak. Lagipun, minggu hadapan baru dia akan start bekerja dengan papanya.
"Kamu serius ke dah bersedia nak kahwin? "Tanya Puan Sri Jasmina. Bukan apa, Wafiy baru sahaja mahu mula bekerja takkan nak terus kahwin?
"Armel tak boleh ke nak tunggu kamu lagi setahun ke apa? Bagilah stabil dulu kerja tu, "cadang Tan Sri Hamdan.
Soalan yang bertubi-tubi dari mama dan papanya benar-benar buat Wafiy semakin tidak yakin dapat berkahwin. Tapi demi Armel, Wafiy sanggupkan saja.
"Ma, pa... "Wajah orang tuanya dipandang silih ganti.
"...Saya rasa, saya sedia. Lagipun dah lama kami bercinta. Lebih baik halalkan saja hubungan ni, "balas Wafiy.
Tan Sri Hamdan menghela nafas dalam. "Papa tak boleh nak kata apa lagi kalau kamu dah berkeras untuk kahwin dengan Armel. Jas macam mana? "
"Mama pun dah tak boleh nak cakap apa. Tanyalah keluarga sana bila kita boleh masuk meminang... "
Terus tersengih lebar bibir Wafiy mendengar itu. Pasti Armel seronok bila dengar berita gembira ni. Tak sabar nak beritahu dia.
"Alhamdulillah... "
Hye guys... I'll make comeback.. Suka ke tak?
Jangan lupa vote and comment macam biasa...
TBC
YOU ARE READING
DIARI HATI ARFA |E-BOOK|
RomanceARFA AYESHA, seorang gadis biasa yang tidak punya apa-apa selain daripada keluarganya yang begitu menyayanginya. Rupa juga hanya biasa-biasa sahaja dan sedap mata memandang. Hidup dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan bukanlah halangan untukn...