Bab 7

248 27 10
                                    

"BILA kau balik sini? "Sungguhpun kekok untuk bercakap Arfa lembutkan juga lidahnya. Disebabkan kemalangan tadi, Wafiy tawarkan dirinya untuk menghantar Arfa pulang ke rumah. Dari sisi wajah Wafiy, Arfa pandang.

Wafiy semakin kacak atau.. Arfa yang sudah lama tidak melihat wajah itu?

"Dah dua hari aku dekat sini. Kau apa khabar? Sihat? "Soal Wafiy. Dia sendiri jadi kekok dengan Arfa sebab sudah lama tidak berjumpa. Arfa juga dilihatnya juga sudah banyak berubah. Sudah semakin cantik.

"Alhamdulillah, sihat je. Ermm.. Kau balik sini sebab ada kerja ke? "

Belum sempat Wafiy menjawab, telefon Wafiy berdering meminta untuk diangkat. Automatik mata Arfa tertera pada skrin telefon lelaki itu.

Sayang

Arfa hanya tersenyum hambar saat Wafiy terus saja menjawab panggilan tersebut dengan membuka pembesar suara sebab dia tengah memandu sekarang ni.

"Awak...jadi ke nak pergi butik ni? Kita kena cepat. Banyak lagi persiapan yang nak kena buat dalam masa enam bulan ni. Hujung minggu ni awak dah nak balik, "dapat juga Arfa dengar dengusan gadis itu. Tak payah teka pun dah tau siapa gerangan itu. Tak pernah lagi Arfa lupa dengan suara gadis itu.

"Panjangnya awak berleter, sayang. Jadilah. Tunggu kejap eh. Nanti saya cerita, "lembut saja tutur kata Wafiy.

Tapi dengan bualan Wafiy dan Armel itu juga buat Arfa tahu yang pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Dah lima tahun malah lebih lagi Arfa memendam perasaan cintanya kepada Wafiy tapi dah bukan jodohnya apa boleh buat selain redha dengan takdir tuhan.

"Tahniah, "ujar Arfa dengan suaranya yang ditahan daripada menangis. Entah kenapa dia rasa lama semacam duduk di dalam kereta Wafiy ni.

"Thanks... Jangan risau nanti kahwin aku panggil kau. Pakej aku nak tawarkan kau jadi pengapit Armel lagi. Armel mesti tak kisah punya sebab kau pun kawan dia, "ujar Wafiy tanpa sedar dia semakin menoreh luka yang sedia ada pada hati Arfa sekarang ni.

Arfa hanya ketawa hambar bagi menyedapkan hati sendiri. Sampai sahaja di hadapan rumah, Wafiy terlebih dahulu meminta diri untuk segera beredar dari situ kerana dia perlu selesaikan kerjanya dahulu. Katanya esok dia datang semula.

Puan Zakiah juga hanya mengangguk faham sahaja. Dia juga sudah lama tidak berbual dengan Wafiy setelah lelaki itu ke Kuala Lumpur.

"Along masuk dalam dulu, bu, "pinta Arfa sebaik sahaja kereta Wafiy hilang dari pandangan mata. Puan Zakiah hanya pandang Arfa dari ekor matanya saja. Arfa diam begitu pasti ada sesuatu yang bermain di fikiran anaknya itu.

Arfa buka laci biliknya. Kad-kad ucapan yang disimpan dalam laci tersebut di buka. Arfa tersenyum kecil. Bodoh kau, Arfa. Sanggup tunggu lelaki yang sudah jadi tunang orang. Kau memang bodoh sebab dalam hati kau langsung tiada ruang untuk orang lain.

Hanya Qarizh Wafiy yang bertakhta di hatinya. Kenapa? Kenapa dia langsung tak boleh nak bukakan hati dia untuk orang lain?

Kad yang dibawa keluar dari laci diusap. Ada lima tahun hari lahir Wafiy sepanjang Wafiy tidak berada di kampung dan lima tahun juga kad ucapan yang dibuat oleh Arfa untuk Wafiy. Biarlah dia saja yang menyimpan kesemua kad ini sebagai kenangan.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk... "




















"THANKS... "

Terjongket kening Wafiy sebaik sahaja Armel mengucapkan terima kasih kepadanya. Sepanjang mereka keluar hari ni, tidak lekang senyuman mekar yang terukir pada bibir Armel.

DIARI HATI ARFA |E-BOOK|Where stories live. Discover now