TEPAT pukul 6:50 pagi, Arfa sudah berada di dalam kelas. Dia sememangnya sejenis yang pergi sekolah awal. Bolehlah dia tolong bersihkan kelas dahulu walaupun bukan harinya bertugas. Lagipun sekolahnya tidak jauh sangat dari rumahnya.
Puas dicuci semua papan putih, meja guru, meja rakan dan sebagainya. Setelah berpuas hati, Arfa kembali ke mejanya untuk melakukan kerjanya pula. Disusun segala kertas yang berada di dalam fail miliknya supaya lebih tersusun.
"Awal lagi kau hari ni, "tegur satu suara yang begitu dia kenali. Wafiy meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi dahulu sebelum duduk.
Arfa senyum sikit.
"Macam kau tak kenal aku. Hari-hari pun aku datang awal, "balas Arfa sambil tangannya masih ligat dengan kerjanya.
"Kau dah sarapan ke belum? "Tanya Wafiy prihatin. Inilah yang buatkan hati Arfa lemah. Perlu ke hari-hari lelaki itu mengambil berat soalnya?
Melihatkan Arfa yang diam di situ, tahulah dia bahawa gadis itu belum sarapan lagi. Wafiy bangun menuju ke arah Arfa sementara orang lain belum datang lagi.
Terangkat kepala Arfa memandang Wafiy sebaik sahaja bekas berisi sandwich berada di atas mejanya. Kening Arfa juga terjongket sedikit. Apa lagi yang Wafiy mahu buat untuk dirinya? Tak fahamkah lelaki itu bahawa Arfa juga perempuan yang punya hati dan perasaan yang begitu lemah dengan lelaki seperti Wafiy sikapnya.
"Untuk apa ni? "Tanya Arfa walaupun dia sudah tahu jawapan apa yang akan keluar dari mulut lelaki itu.
"Kau rasa? "Tanya Wafiy kembali buat Arfa cebik sedikit bibirnya.
"Dah tau tanya lagi. Untuk kaulah, dah tau ada gastrik tak nak sarapan sikit. Kang, aku juga yang susah, "guman Wafiy buat Arfa tarik bekas sandwich tersebut ke hadapannya.
Kemudian, sandwich diambil dan digigit kecil di hadapan lelaki itu.
"Dah nampakkan aku makan? "
Wafiy tersenyum puas. Andai kata dia perempuan, dah lama dia gosok kepala Arfa dan cakap, 'good girl, '
"Good girl, "ujar Wafiy perlahan sebelum kembali ke tempat asalnya. Terpinga-pinga Arfa memandang Wafiy.
Sandwich yang diberi oleh Wafiy, Arfa pandang. Senyuman kecil dilepaskan. Okey, untuk kesekian kalinya lelaki itu buat hati Arfa tercuit lagi. Dan sekali lagi juga Arfa ingatkan bahawa lelaki itu tak akan dan tak akan pernah sukakannya tak lebih daripada kawan.
"Hai Arfa, kenapa tenung je sandwich tu? "Tegur Armel ketika baru masuk ke dalam kelas. Meja kan disusun secara berkumpulan, jadi Armel duduk semeja dengannya dan gadis itu duduk secara berhadapan dengan Wafiy.
Saat Armel duduk, Arfa perasaan yang gadis itu tersenyum-senyum melihat Wafiy. Mereka saling berbalas senyum buat Arfa rasa macam nak lari dari situ.
"Err... "
"Makanlah. Aku tau kau ada gastrik, "potong Armel saat Arfa mahu membalas soalannya.
Lagi Arfa tak senang duduk bila Armel bangun menuju ke tempat Wafiy. Satu kotak kecil macam hadiah Arfa lihatnya. Arfa hanya perhati dari ekor mata. Kenapa masa hari ni seperti lambat berjalan?
"Happy birthday awak. Sorry kalau hadiah saya tak seberapa, "ujar Armel buat Arfa tersentak dalam hati.
Rasa macam nak je dia tepuk dahi. Kenapa dia boleh lupa hari ni hari lahir Wafiy? Dia dah hafal dah baik-baik. Arfa nampak Wafiy tersenyum senang sebaik saja hadiah Armel berada dalam tangan Wafiy.
"Thanks sayang. Nak kata-kata lain, saya cakap dalam chat nanti. Sekarang kita dalam kelas, "balas Wafiy buat hati Arfa lagi sekali remuk. Berkali-kali Arfa pesan kepada hatinya supaya bertenang tapi tak boleh. Kenapa susah sangat?
Dari segi percakapan Wafiy saja Arfa nampak betapa seriusnya Wafiy kepada Armel. Lelaki itu bagi Arfa bagai lelaki limited edition kerana tingkah lakunya yang sangat terjaga tak kira dengan siapa pun.
Mungkin dari itu, Arfa selalu fikir yang Wafiy berinya harapan palsu tetapi... Tidak sebenarnya. Arfa yang salah sebab tak hadkan hati dia dari terus suka kepada Wafiy.
Namun, biarlah itu menjadi rahsia hatinya saja. Tiada siapa yang tahu Arfa Ayesha sukakan Qarizh Wafiy. Dan tak akan pernah Arfa buka cerita ini.
Tidak betah berada di situ melihat kata-kata mesra antara Wafiy dan juga Armel, buat Arfa bangun mahu menuju ke tandas.
"Eh Arfa nak ke mana? "Tanya Armel buat Arfa toleh ke belakang menghadap gadis itu. Kening Wafiy juga terjongket melihatnya.
"Aku nak ke tandas kejap, "sengih Arfa sebelum laju-laju meninggalkan mereka.
SAMPAI sahaja ke dalam tandas, Arfa perhati pantulan wajahnya di cermin. Dipandang wajahnya betul-betul.
'Ya, Arfa! Kau tak layak untuk Wafiy. Kau kawan dia. Kau jadi kawan dia pun kau dah patut bersyukur tau, 'gumam Arfa.
Arfa cuba tapi kenapa Arfa tak boleh nak buang ukiran nama Wafiy dalam hati dia? Arfa tarik nafas dan hembus. Bila rasa hati ni sakit sangat mulalah air mata mahu mengalir. Arfa tahan air matanya supaya tidak mengalir. Please, stop hurting, Arfa...
Puas dipujuk hatinya supaya bertenang sebelum Arfa keluar dari tandas. Sendirian Arfa berjalan sebelum ditegur daripada belakang.
"Arfa, "tegur suara itu.
Arfa toleh kepala ke belakang sebelum senyuman kecil ditayangkan. "Fuad? "
"Yeah, that's me. Kenapa rindu ke tiga hari aku tak datang sekolah? "Tanya Fuad dengan nada bergurau. Arfa hanya ketawa hambar.
Pandang dibuang ke hadapan. "Dah sihat ke? "Tanya Arfa sekadar berbasa basi. Ye lah.. Kawan sekelas kan. Kalau tak tanya nanti kata sombong pula.
"Woah.. Terharu aku bila kau ambil berat soal aku macam ni. Yeah, as you can see.. Alhamdulillah demam aku dah lega, "kata Fuad sambil kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket.
"Baguslah macam tu, "
"Kau ni laju sangat berjalan. Sembanglah dengan aku sama, "tegur Fuad apabila Arfa seperti mahu laju-laju meninggalkannya di situ. Gadis itu langsung tidak membuka peluang kepadanya itu berkenalan lebih dalam lagi. Arfa tahu dalam diam Fuad menyimpan perasaan kepadanya.
Tapi.. Arfa tak boleh nak berpura-pura sukakan lelaki lain kerana dalam hatinya masih belum terpadam lagi nama Qarizh Wafiy. Dan mungkin juga kalau Wafiy sendiri yang buat dia bencikan lelaki itu baru nama lelaki itu akan terpadam dengan sendirinya dari hati dia.
"Arfa... "Berkali-kali Fuad panggil Arfa tetapi mata Arfa langsung tidak berkedip.
"Aa, ye.. Sorry, sorry, "balas Arfa ketika kembali sedar ke alam nyata.
"Kau menungkan apanya? "
"Tak de apa lah. Dahlah, jom masuk kelas, "ajak Arfa ketika langkah mereka hampir dekat dengan kelas.
"Ye lah tu, "
"Kenapa? Ada apa apa yang kau nak cakap ke? "Tanya Arfa apabila terdengar nada suara Fuad sepertinya tidak berpuas hati.
"Tak de lah.. Ermm.. Nantilah kita cakap lagi, "ujar Fuad sambil menayangkan senyuman manisnya kepada Arfa sebelum keduanya masuk ke dalam kelas.
Kali ini, Armel juga sudah berada di tempatnya sendiri. Wafiy juga sibuk melakukan kerjanya. Arfa hela nafas berat lagi sekali. Apa yang resah sangat hati ni. Cukup, cukuplah rasa yang ada ni. Jangan ditambah semakin dalam rasa sukanya kepada Wafiy.
Terkadang Arfa rasa bagai mahu menjauhkan diri dari lelaki itu kerana tidak mahu hatinya terus-terusan sukakan lelaki itu. Sakit rasa ini!
TBC...
YOU ARE READING
DIARI HATI ARFA |E-BOOK|
RomanceARFA AYESHA, seorang gadis biasa yang tidak punya apa-apa selain daripada keluarganya yang begitu menyayanginya. Rupa juga hanya biasa-biasa sahaja dan sedap mata memandang. Hidup dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan bukanlah halangan untukn...