"ALONG! "
Tubuh Arfa, Aufa peluk setelah Arfa tercegat di pondok sekolahnya. Tak sangka dia hari ni alongnya bakal menemuinya di asrama. Puan Zakiah juga tidak memberitahunya bahawa alongnya bakal pulang.
"Kenapa tak cakap nak datang? Tau-tau je ada announcement. Acu ingat ibu dengan ayah je yang datang. Ini semua yang datang, "bebel Aufa.
Arfa jongket kening kanannya ke atas. Rasa nak tergelak pun ada dengar omelan adik bongsunya itu.
"Acu tak suka ke along, angah datang? "Tak semua sebenarnya yang datang sebab adiknya yang ketiga sibuk dengan STPM nya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
"Sukalah. Ermm... Ayah salam? "Baru mahu salam setelah puas membebel. Abdul Aziz sua tangannya kepada si anak. Dapat tengok anak-anaknya bahagia pun sudah cukup untuk dirinya.
Rezeki mereka sekeluarga dapat juga dia beli kereta proton saga untuk keluarganya habuan berulang-alik hantar anaknya ke asrama setiap dua minggu.
"Ayah je ke? Ibu tak nak salam? "Ujar Puan Zakiah konon berjauh hati.
"Ish ibu ni,dengan ibu bukan setakat salam--"terus dipegang kepala ibunya sebelum pipi kiri dan kanan ibunya dicium bertalu-talu. Aufa memang manja sedikit sebab anak bongsulah katakan.
"Heh.. Sudah, sudah malu dekat orang tengok. Habis air liur dia lekat dekat muka ibu ni, "
"Mana ada lah, buu, "
Pecah ketawa mereka seisi keluarga dengan gelagat Aufa. Afzan pula hanya tumpang ketawa. Bukan apa hilanglah macho dia kalau ketawa lebih lebih kan? Kenalah bajet cool sikit. Handphone yang berada di tangan kembali dimasukkan ke dalam poket.
"Angah tu dah balik jarang-jarang. Datang tengok acu pun still chat awek ke? "
"Eleh kau. Cakaplah jealous dengan angah ni sebab angah handsome. Acu kan burukk, "kata Afzan mengejek. Seronok tengok muka cemberut si adik.
"Ibu, ayah tengok angah ni. Dasar angah si buntut kuali! "
"Heh, dah, dah. Makan dulu ni ibu ada masakkan laksam untuk acu, "
"Makan dulu acu. Kang sejuk laksam tu tak sedap pula, "suruh Abdul Aziz.
Afzan pula masih sahaja ketawa halus dengan muka merah Aufa. Suka betul dia usik adiknya itu. Kalau dulu sewaktu mereka masih kecil, puas dia usik adiknya itu. Dalam keluarga mereka yang paling nakal pun si Afzan lah sebab dialah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu.
Tapi segala kisah suka dan dukanya semuanya dikongsi dengan Arfa kerana Arfa yang paling dia selesa untuk berkongsi semua. Arfa lah kakak yang paling memahaminya.
"BETUL ni? "
Wafiy senyum sambil kepalanya mengangguk mengiyakan. Walaupun video call sahaja bersama kekasih hatinya itu, dapat Wafiy tahu betapa gembiranya Armel ketika itu.
"Kenapa sayang tak percaya ke? "Soal Wafiy saja mahu menguji Armel. Keningnya juga terjongket ke atas.
Armel menjilat sikit bibirnya. Apa yang dia dengar sekarang ni, benar-benar buat hati dia terlampau teruja. Tidur lena dia malam ni.
"Tak, bukan. Saya percaya. Ermm, saya tak sabar nak bagitau parents saya yang awak nak masuk meminang saya, "ujar Armel dengan keterujaannya itu. Tak sia-sia dia bercinta dengan Wafiy kerana lelaki itu benar-benar setia dengannya dan mahu menghalalkan hubungan mereka.
"So, awak bolehlah bagitau saya bila kita boleh langsung kan tu, "
Armel terus angguk kepalanya laju. Kalau boleh esok, memang esok dia nak bertunang dengan Wafiy.
YOU ARE READING
DIARI HATI ARFA |E-BOOK|
RomanceARFA AYESHA, seorang gadis biasa yang tidak punya apa-apa selain daripada keluarganya yang begitu menyayanginya. Rupa juga hanya biasa-biasa sahaja dan sedap mata memandang. Hidup dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan bukanlah halangan untukn...