Bab 10

375 32 9
                                    

TENGKU DAYYAN pandang wajah isterinya yang telah dinikahi seminggu yang lalu. Jujur dia katakan berkahwin dengan Armel Hanina bukanlah satu penyesalan untuk dirinya walaupun pernikahan hanyalah atas aturan keluarga.

Dan, Tengku Dayyan juga tahu bahawa Armel Hanina merupakan tunang orang. Siapa tunang Armel Hanina juga dia tahu. Tapi, siapa dia untuk membantah permintaan orang tuanya?

"Saya bagi awak masa untuk belajar terima saya sebagai suami awak, "ujar Tengku Dayyan yang duduk di atas sofa bertentangan dengan Armel yang setia duduk di birai katil.

Armel tidak banyak cakap bagi Tengku Dayyan. Mungkin kerana belum dapat menerima kehadirannya dalam hidup gadis itu.

"Terima atau tak... Awak dah jadi suami saya pun, "kata Armel seraya bangun mahu menghilangkan dirinya ke dalam bilik air. Belum sempat dia memboloskan diri, lengannya ditahan Tengku Dayyan.

"But sometimes.. Please talk to me, "

"Tengoklah dulu macam mana, "Armel tarik lengannya yang dipegang Tengku Dayyan. Laju pintu bilik air ditutup sebelum belakangnya disandar pada pintu.

Tak semena-mena air matanya merembes ke pipi apabila mengingatkan bahawa Wafiy sudah selamat bernikah dengan Arfa Ayesha. Sahabat baik Wafiy sendiri. Mana Armel tahu?

Selepas sahaja Armel menghubungi Puan Sri Jasmina untuk menjelaskan lagi sekali apa yang berlaku. Namun, Puan Sri Jasmina begitu dingin sekali dengan dirinya. Sakit hati dia apabila terpaksa terima pernikahan ini. Adakah Wafiy sudah bencikan dirinya?

Melurut tubuh Armel ke atas lantai. Hancur perasaan dia kini. Tengku Dayyan bukannya tidak baik cumanya nama lelaki itu belum lagi terpahat di hatinya kerana dirinya sendiri sudah lama menyulam cinta dengan Qarizh Wafiy.

Tok! Tok!

"Awak okey ke dekat dalam tu? Kenapa lama sangat? "Laung Tengku Dayyan apabila sudah lama isterinya berada di dalam bilik air. Hampir setengah jam. Ada yang pengsan pula nanti jenuh dia.

Terhinjut bahu Armel. Sudah lama?

Tidak menjawab. Selepas sahaja air matanya diseka, Armel kembali buka pintu bilik air. Si suami yang setia di hadapan pintu tidak ditegur. Katil terus dituju. Gebar ditarik sebelum badannya direbahkan di situ. Cepat-cepat Armel pejam mata. Tidak mahu suara Tengku Dayyan mengganggunya lagi.

Tengku Dayyan lepas nafas dalam. Agak kecewa dengan layanan Armel kepadanya. Hebat sungguh cinta Wafiy dalam diri Armel. Tengku Dayyan faham.. Armel dan Wafiy hampir sahaja bernikah.

Tempat kosong di sebelah Armel dinaiki. Sudah tahu limit dirinya sendiri kerana awal-awal lagi bantal panjang diletak di tengah katil oleh isterinya.

"Good night, Armel Hanina... "
























SELESAI sudah kedua-kedua belah majlis kahwin Wafiy dan juga Arfa. Hanya di Kuala Lumpur sahaja memang tidak dirancang lagi. Atas permintaan Wafiy mahu pekerjaannya stabil dahulu. Dahulu kata sepakat ini dibuat bersama Armel. Kini, bersama Arfa, Arfa hanya turutkan saja.

Lagi tiga hari, Wafiy akan kembali ke Kuala Lumpur bersama keluarganya. Arfa pula meminta izin siap-siap supaya dia menyelesaikan dahulu segala kerjanya di sini sebelum ke Kuala Lumpur.

Arfa juga setelah sekian lama telah mendapat tawaran kerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah Syarikat gah di Kuala Lumpur. Lagi dua minggu baru mula kerja. Rezeki Arfa mungkin.

"Arfa okey kan kami balik dulu lagi tiga hari? "Soal Tan Sri Hamdan. Rasa berat hati juga mahu membiarkan Wafiy meninggalkan menantunya sendirian di sini.

DIARI HATI ARFA |E-BOOK|Where stories live. Discover now