BAB 1

639 43 17
                                    

"ALONG,tolong ibu pergi kedai belikan gula boleh?"Pinta Puan Zakiah apabila melihat balang gula di rumah mereka sudah kosong.Kalau orang dating rumah kejap lagi susah pula.Takkanlah tetamu datang rumah tidak dihidangkan air pula.

Arfa yang tengah sibuk menyiapkan tugasannya terus berhenti daripada menulis sebaik sahaja Puan Zakiah meminta pertolongannya.Laju kaki melangkah ke arah ibunya.Arfa berdiri di hadapan ibunya yang tengah buka dompet mahu memberinya duit.

"Ibu pesan nak beli apa,bu?"tak jelas tadi,Soal Arfa kembali mengenai perkara yang ibunya suruh beli tadi.Kalau tersilap beli kang susah pula.

"Tolong beli gula untuk ibu.Cukup tak duit tu?"Puan Zakiah soal semula tentang duit yang diberinya kepada Arfa.Dia ambil saja duit tanpa tengok amaunnya pun.Apa yang ada di dalam dompetnya itulah yang dia beri.

Arfa buka telapak tangannya yang berisi duit Puan Zakiah tadi.Ada lima ringgit duit seringgit-seringgit.Arfa terus angguk kepalanya.Cukup saja kalau nak beli gula je.Bukan ibunya pesan benda lain pun.

"Dah cukup ni,bu.Tak pe lah saya pergi dulu,"Ujar Arfa kepada ibunya sebelum basikal miliknya di luar rumah ditunggang.Basikalnya pun sudah memakan usia.Sudah lama basikal ini berbakti kepadanya.Dan basikal inilah Arfa paling sayang tak mampu nak menggantikan basikal baru kepadanya.Kerana apa?kerana ini hadiah pertama daripada ayahnya ketika dia mendapat semua A dalam Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3(PT3) pada dua tahun lepas.

Sampai sahaja di kedai runcit yang tidak jauh dari rumahnya,Arfa terus menuju ke arah bahagian yang menempatkan gula.Arfa pula seorang yang tidak suka berfoya-foya atau lebih tepat lagi bersiar-siar disekeliling kampung tanpa hala tuju.Arfa tidak suka begitu.Kalau dia cakap mahu ke tempat itu,ke tempat itulah Arfa tuju.

Setelah sekilo gula diambil,Arfa terus menuju ke arah kaunter bayaran.Gula tersebut diletak ke atas meja tuan kedai yang tengah sibuk melayan telefon.Inilah sikap tuan kedai ini yang Arfa kurang senang.Bukan apa selalu melambatkan kerjanya.

"Abang kiralah.Berapa?"Arah Arfa kepada tuan kedai yang berbadan besar itu.Namun,hanya dipandang Arfa sekejap sebelum kembali bermain dengan telefonnya.Arfa sudah mula hilang sabar.Keluhan Arfa terbit dari bibir.

"Sekejap,"Balas tuan kedai tersebut.Arfa sudah mula rasa macam mahu terus keluar dari kedai tersebut.Suka sangat lambat-lambatkan kerja orang.Dia fikir dia seorang sahaja yang ada kerja?

"Bang kira sekali ais krim-ais krim ni dengan gula tu sekali,"Celah suara garau lelaki dari arah belakang.Terhinjak sedikit badan Arfa ke tepi kerana lelaki itu mencelah.Macam kenal.Toleh sahaja lelaki itu ke kiri terus Arfa sedikit teruja.

"Wafiy?Kau buat apa dekat sini?"Tanya Arfa terkejut apabila Wafiy turut berada di kedai ini.Mana lelaki itu pergi dengan keadaan badannya yang agak berpeluh sedikit.

"Saja tadi aku berbasikal sikit. Ni kau nak balik terus ke? "Soal Wafiy kepada Arfa sambil memandang Arfa di sebelahnya. Tinggi Arfa hanyalah separas bahunya sahaja.

Arfa pandang sikit Wafiy sebelum kembali memandang barangnya yang tengah dikira. Nak pandang Wafiy lama-lama pun hati dia memang berdebar hebat setiap kali bertemu empat mata dengan lelaki itu Walaupun Wafiy hanyalah sahabat baiknya sahaja.

"Aha nak balik terus, "balas Arfa ringkas.

"Bang, saya bayar sekali barang Arfa. Aku ikut kau balik. Saja nak jumpa mak kau, "laju Wafiy keluarkan duitnya untuk bayar sekali barang Arfa. Tadi pun dia sudah beritahu yang dia akan bayar sekali barang Arfa.

"Eh Wafiy tak payah. Aku boleh bayar, "tolak Arfa dengan duitnya masih lagi disua kepada tuan kedai tersebut.

"That's my treat, Arfa. Simpan duit kau tu untuk sekolah esok, "Akhirnya barang Arfa selamat dibayar oleh Wafiy. Arfa mengeluh kecil. Sampai bila hidup dia akan selalu berhutang dengan Wafiy.

"Kau jangan fikir ini hutang. Ini aku belanja, "balas Wafiy seperti tahu-tahu apa yang ada dalam fikiran Arfa.

Arfa kemam bibir bawahnya. "Tapi... "

"No tapi-tapi lah, fa... "Balas Wafiy lagi. Degil betul lelaki ini seorang. Arfa kadang kehabisan kata juga mahu membalas apa yang Wafiy kata.

"Fine, "kalau Arfa terusan membalas pun bukannya Wafiy kisah.

"Ni aku ikut kau balik tau, "beritahu Wafiy sambil ikut Arfa dari belakang.

Mereka sama-sama menunggang basikal ke rumah Arfa. Kadang seronok lepak rumah Arfa sebab rumah Arfa dekat dengan sungai dan juga sawah padi. Tenang je rasa bila melepak dekat pondok tepi sawah rumah Arfa.

Sampai sahaja di rumah, Arfa terus memberi barang yang dipesan Puan Zakiah. Kemudian Wafiy menyua beberapa batang ais krim yang dibelinya tadi kepada Puan Zakiah. Belum pun sempat Puan Zakiah bertanya Wafiy terus menjawab.

"Untuk adik-adik Arfa, "terus Arfa pandang wajah kacak di sebelahnya itu. Kenapa Wafiy ni baik sangat? Arfa ketap gigi mahu menahan hatinya yang sekali lagi membara dari terus menyukai sahabat baiknya itu.

Sampai bila-bila pun gelaran sahabat baik itu tak akan berubah dari bibir Wafiy kerana apa? Kerana lelaki itu sudah mempunyai kekasih hati yang jauh lebih sempurna dari dia.

"Jom lepak pondok, "ajak Wafiy dengan suaranya yang ceria.

Arfa jungkit senyum bagi menyembunyikan rasa hatinya yang sebenar.

"Jom, "

Arfa pandang ais krim cornetto yang disua Wafiy kepadanya.

"Untuk kau, "

"Thanks, "ujar Arfa. Wafiy terus melabuhkan punggung di atas pondok buatan ayah Arfa. Angin petang yang meniup sepoi-sepoi bahasa buat Wafiy rasa tenang.

"Dah tak lambat nak SPM. Kau dah ready ke? "Soal Wafiy secara tiba-tiba memecahkan kesunyian pada petang itu.

"Ready ke tak ready kena hadap juga. Aku harap kita sama-sama berjayalah, "balas Arfa.

"Lagipun... Nilah harapan untuk aku buktikan yang aku mampu buat. Aku nak happykan ibu ayah aku, "sambung Arfa lagi. Dengan semangat Arfa yang ada itu buat Wafiy kagum dengan gadis itu. Walaupun hidup mereka serba kekurangan Arfa kuat untuk terus berjaya dalam hidup dia.

Dan semangat itu tak pernah mati. Wafiy senyum memandang Arfa. Arfa berkerut kening memandang Wafiy.

"Kau kenapa senyum pandang aku? "Arfa bertanya. Ye lah toleh saja pandang Wafiy terus lelaki itu senyum memandangnya. Naik malu Arfa dibuatnya.

Wafiy geleng kepala kecil.

"Tak, aku just..."

Deringan telefon Wafiy buat lelaki itu terbantut mahu meneruskan kata-katanya. Tersenyum lebar Wafiy saat melihat nama pemanggil yang tertera.

"Hello sayang, "bunyi sahaja kata itu, Arfa lagi terus menahan rasa hatinya. Ingat tu Arfa. Wafiy takkan sesekali pun pandang kau. Cukuplah dia baik dengan kau. Kata-kata itu Arfa sering sematkan dalam hati dia.

"Saya ada dengan Arfa ni. Awak dekat mana tu? "Setiap kata-kata Wafiy terlalu lembut pada pendengaran Arfa. Beruntung gadis yang akan memiliki lelaki itu.

Arfa terus melangkah mahu meninggalkan Wafiy di situ. Namun, Wafiy angkat dagu kepada Arfa tanda apa. Arfa hanya balas dalam gerak mulut bahawa dia mahu ke tandas. Wafiy hanya mengangguk kepala.

"Enjoy your day, sayang... "

Arfa yang tidak jauh dari situ, mengemam bibir lagi. Entah berapa ratus kali dah setiap kali dia dengan Wafiy pasti akan begini. Perasaannya tidak boleh bawa bincang. Selalu sahaja terasa sendiri.

Arfa tarik dan hembus nafas. Sekali lagi diingatkan kepada hatinya bahawa... Qarizh Wafiy akan selamanya hanya menjadi sahabat baiknya sahaja. Not more than that!

Amacam guys?

TBC

DIARI HATI ARFA |E-BOOK|Where stories live. Discover now