ENAM BULAN KEMUDIAN,
"Kau tak nak cari kerja dekat luar ke, along? "Tegur Afzan. Kali ini, cuti semester Afzan pulang ke kampung mahu meluangkan masanya bersama keluarga.
"Buat masa sekarang along nak fokus bussines dulu, lagipun macam okey je bussines yang along buat ni, "balas Arfa.
"Ibu mana dari tadi tak nampak, "kepala Afzan dah macam burung bangau dah tercari-cari kelibat Puan Zakiah.
Arfa mengeluh sikit.
"Dah seminggu dah ibu dok ulang-alik rumah Wafiy. Dia kan nak nikah lagi tiga hari, "dari rentak suara Arfa juga Afzan dapat teka yang Arfa sedang berlawan dengan perasaannya sendiri. Susah sangat ke nak buang perasaan tu?
"Kau... Okey ke long? "Takut-takut Afzan mahu tanya.
Arfa ukir senyuman palsu buat Afzan. "Along okey. Kenapa? Nampak macam tak okey ke? Along sekarang suka tidur lambat sikit. Macam-macam along study soal nak kembangkan bussines. Tudung yang along jual sekarang pun Alhamdulillah banyak—"
"Tak along. Jujur eh aku tengok kau tak okey, long, "potong Afzan. Terdiam Arfa. Nampak sangat ketara riak wajah Arfa sekarang ni.
"Dahlah. Angah nak tengok bukti yang along okey kan? Fine. Along pergi rumah diorang sekarang bantu apa yang patut, "
Afzan terlongo untuk seketika apabila Arfa mula bangun bersiap-siap mahu ke rumah Wafiy. Sumpah Afzan cakap yang hati Arfa kuat betul nak hadap benda ni semua.
Kuat betul Arfa sembunyi perasaannya demi kekalkan hubungan persahabatannya dengan Wafiy. Afzan mengeluh kecil.
"Along pergi dulu, "
"Seriuslah along kau nak pergi? "
"Untuk buktikan dekat angah yang along okey.. Why not? "
Tanpa sempat Afzan menjawab kedengaran pintu rumah mereka berdentum sederhana menandakan bahawa Arfa sudah pun keluar dari rumah.
"Luar kau memang kuat, long. Dalam? Tuhan je yang tahu perasaan kau, "omel Afzan sebelum telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek seluar.
Nombor kawannya didail.
"WHAT??! "Wafiy meraup wajahnya kasar setelah mendengar berita yang benar mengejutkan jantungnya itu. Kalau ada sakit jantung, sudah mati dia rasanya.
"Kau dah nikah? Habis aku macam mana? Kenapa kau buat aku macam ni Armel Hanina?? "Sudah hilang panggilan awak-saya antara mereka.
"Lagi tiga hari kita nak nikah kau tau? Apa aku nak jawab dengan mama, papa aku? Kau tak fikir ke yang kita dah siap buat persiapan? Tinggal nak nikah je, "rambut yang terjuntai ke dahi Wafiy selak ke belakang. Dia langsung tak boleh terima apa yang Armel buat kepadanya.
"Aku tak kisahlah kau nak kahwin dengan anak tengku ke bapak tengku ke apa..but why?! Why kau tak cancelkan semua ni dari awal? "
Tutt.. Tutt..
Belum sempat pun Wafiy mendapat jawapan selanjutnya dari Armel. Talian Armel matikan. Telefon dalam genggaman Wafiy lempar ke lantai sehingga mengejutkan Puan Sri Jasmina.
Lihat Wafiy yang melurut jatuh ke lantai buat Puan Sri Jasmina terus mendapatkan Wafiy yang bergegar bahu menahan tangisan. Buat pertama kali Puan Sri Jasmina lihat keadaan anaknya begini.
"Kenapa ni? "
Wafiy dongak kepala memandang mamanya. Dengan matanya yang memerah bergenang dengan air mata.
YOU ARE READING
DIARI HATI ARFA |E-BOOK|
RomanceARFA AYESHA, seorang gadis biasa yang tidak punya apa-apa selain daripada keluarganya yang begitu menyayanginya. Rupa juga hanya biasa-biasa sahaja dan sedap mata memandang. Hidup dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan bukanlah halangan untukn...