TIGA BULAN kemudian, Arfa tarik nafas dan hembus tatkala hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Walaupun kita kata takut, tapi hari tersebut akan tetap tiba di mana semua pelajar tingkatan lima akan menduduki peperiksaan besar iaitu SPM.
Arfa berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolah dengan hati yang berdebar-debar. Namun, dia cuba beriak tenang.
"Arfa... "Panggil satu suara.
Terus Arfa toleh ke belakang mahu melihat gerangan itu. Apabila tahu siapa. Arfa terus menguntum senyum lebar.
"Hey, Inas... "Balas Arfa. Inas merupakan kawan perempuan Arfa yang paling baik.
"Fa... Kau dah makan? "Soal Inas ketika berada bersebelahan dengan Arfa.
Bibir Arfa terlorek senyum. Yalah, soalan Inas sama sahaja seperti Wafiy yang sering mengambil berat soalnya.
"Dah. Kau sama je macam Wafiy. Asyik tanya aku soal makan. Kauorang risau sangat kalau aku tak makan, "sengih Arfa.
"Eh, kau kawan kami lah. Mahunya tak risau. Tambah pula, hari penting macam ni. Aku tak nak kau sakit, Arfa, "ujar Inas dengan ikhlas. Tak nampak lagi ke Arfa yang dia memang sayangkan kawannya itu sepenuh hati. Cuma rumah Inas yang jauh daripada Arfa buat Inas jarang sekali boleh melawat Arfa.
"Yelah, yelah.. Thanks sebab ambil berat soal aku. Bersyukur aku dapat kawan macam kauorang, "lengan Inas, Arfa pegang. Senyuman sekali lagi ditayangkan buat Inas.
Inas turut membalas senyuman itu.
Sampai sahaja di surau, Arfa terus letak beg sekolahnya untuk bergerak ke tandas dulu. Lebih baik pergi tandas siap siap sebelum peperiksaan bermula.
Baru sahaja Arfa mahu sampai ke tandas, namanya sekali lagi dipanggil. Terus terhenti langkah kakinya.
"Kau buat apa dekat sini Wafiy? "Terkejut Arfa apabila Wafiy tiba-tiba muncul di sini. Sudahlah Arfa sudah hampir di tandas perempuan.
"Sinilah dulu. Takkan nak ajak aku cakap dalam tandas pula kan.. "Ajak Wafiy. Kang ada yang fikir bukan-bukan pula nanti.
Arfa terus bergerak ke arah Wafiy. Biar cakap di tempat yang terbuka. Kalau tak nanti apa pula orang fikir.
"Kau nak cakap apa? "Tanya Arfa terus.
"Good luck, "
Terjongket kening Arfa. Biar betik, Wafiy nak cakap itu je sampai jumpa dia depan tandas macam ni? Arfa rasa macam nak je dia tepuk dahi sekarang ni.
"Kalau itu yang kau nak cakap kejap lagi pun bolehlah. Kau ni lah.. Aku ingatkan apa tadi, "Arfa pura-pura ketawa kekok di hadapan Wafiy. Entah kenapa di hari pertama mahu menduduki peperiksaan begini. Arfa terasa kekok dengan Wafiy.
"Ada lagi satu benda, "ujar Wafiy buat Arfa terdiam. Erk, kenapa Wafiy macam pelik hari ni? Ke Arfa mengantuk sekarang?
"Apa? "
Roti berperisa coklat disua kepada Arfa. Arfa tercengang memandang roti yang berada di tangan Wafiy.
"Untuk kau. Sorry hari ni, aku tak ada sarapan lain, "
"Kau nak bagi aku roti ni sampai ke sini kau cari aku? "Berkerut kening Arfa kerana pelik dengan sikap Wafiy. Sampai tahap mana lelaki ini prihatin soalnya? Kawan, kawan juga tetapi perlukah sampai tahap ini?
Wafiy angkat bahu.
"Aku takut kau lapar je. That's all, "
"Okey. Aku nak masuk tandas dulu ni. Kau pergilah study ke apa dulu, "kata Arfa kekok.
YOU ARE READING
DIARI HATI ARFA |E-BOOK|
RomanceARFA AYESHA, seorang gadis biasa yang tidak punya apa-apa selain daripada keluarganya yang begitu menyayanginya. Rupa juga hanya biasa-biasa sahaja dan sedap mata memandang. Hidup dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan bukanlah halangan untukn...