"Thoughts change when you close your eyes and feel it first, "
"KENAPA kau setuju nak kahwin dengan aku? "Soal Wafiy ketika mereka berada di pondok rumah Arfa untuk segera melakukan persiapan dalam hanya mengambil masa selama tiga hari. Semuanya ditanggung Tan Sri Hamdan. Atas permintaan mereka sendiri.
Arfa memeluk tubuh sendiri. Pandangannya dibuang ke arah sawah padi yang belum masak. Soalan Wafiy buat Arfa tidak tahu mahu membalas apa.
"Kenapa kau sanggup nak kahwin dengan aku sedangkan kau layak dapat cinta kau sendiri? "Wafiy semakin mendesak Arfa untuk menjawab.
Wafiy raup wajahnya kasar. Perasaan sendiri pun sudah hancur berkecai saat dia tahu Armel sudah selamat bernikah dengan orang lain tanpa Wafiy tahu apa sebabnya.
Arfa melepaskan nafas dalam. Sesaat dia pusing tubuh menghadap Wafiy.
"Tak de sebab apa pun. Aku cuma ikhlas nak tolong kau... "
"...semua ni sebab aku cintakan kau, Wafiy. Kau tak nampak ke perasaan aku? "Kata-kata itu Arfa hanya mampu luahkan dalam hatinya sendiri sahaja. Arfa takut kalau dia luahkan, hubungan persahabatan mereka akan terputus hanya kerana sebab cintanya yang bertepuk sebelah tangan.
"Kau dengar tak apa aku cakap ni, Arfa? "Jari Wafiy petik beberapa kali di hadapan Arfa. Tiba-tiba sahaja gadis itu termenung. Adakah Arfa ada masalah?
"Err.. K—kkau cakap apa tadi? "
"Aku cakap... "
"..dahlah, hilang mood aku nak cakap lagi. Tapi, aku nak cakap juga yang kita kahwin ni tanpa cinta. Dan, disebabkan kau sanggup tolong aku sekarang ni... Aku sanggup lepaskan kau bila kau dah jumpa cinta sebenar kau nanti. Kau jangan risau okey?"
Dum!
Bagaikan ada petir menyambar jantung Arfa ketika itu. Hati dia menangis.
"Kahwin tanpa cinta tu hanya kau, Wafiy... Bukan aku! "
"Ahaha... Ermm.. Aku masuk dululah. Banyak lagi benda aku nak kena settle, "Arfa pura-pura ketawa di hadapan Wafiy. Lepas sahaja Arfa pusing membelakangi Wafiy terus nafas berat dihela. Nampak sangat yang kehadiran dia dalam hidup Wafiy nanti langsung tidak diundang lelaki itu.
Dan.. Arfa masih lagi berteka-teki kenapa Armel nikah dengan lelaki lain sedangkan mereka sudah atur perkahwinan mereka dengan sempurnanya.
Arfa geleng sikit kepalanya sebelum terus meninggalkan Wafiy di situ. Duduk lama-lama dengan Wafiy pun buat hati Arfa yang sedia hancur bertambah hancur menjadi cecair.
Hanya dengan kata-kata lelaki itu yang tidak tahu hakikat sebenarnya buat Arfa rasa lemah. Kalau diikutkan hati, memang sudah rebah Arfa di kaki lelaki itu dengan rasa hatinya yang remuk.
Tapi, dikuatkan juga hatinya selagi Wafiy masih sedia berdiri tegak di hadapannya. Masih mengambil berat soalnya. Bagi Arfa itu sudah memadai walaupun bibir dan hati Wafiy tiada langsung tercatat namanya sebagai insan yang dia cintai.
YOU ARE READING
DIARI HATI ARFA |E-BOOK|
RomanceARFA AYESHA, seorang gadis biasa yang tidak punya apa-apa selain daripada keluarganya yang begitu menyayanginya. Rupa juga hanya biasa-biasa sahaja dan sedap mata memandang. Hidup dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan bukanlah halangan untukn...