Bab 3

352 37 10
                                    

MALAM itu, Arfa pandang skrin telefonnya kosong. Selepas sahaja siap mengulangkaji pelajaran, Arfa jadi tidak mengantuk mujur saja esoknya cuti. Dua hari lepas, ketika hari lahir Wafiy Arfa memberikan kata-kata semangat yang dilakarnya di atas kertas. Arfa ni bukan sahaja pandai tetapi juga kreatif. Hanya itu yang mampu dia beri kepada Wafiy. Mujur sahaja lelaki itu suka.

Itu sudah cukup buat Arfa apabila Wafiy dapat menghargai pemberiannya. Malam ini, Arfa tidak tahu kenapa dia sunyi begini. Seluruh ahli keluarganya sudah dibuai mimpi. Jadi, Arfa hanya menilik telefonnya yang sepi tanpa sebarang notifikasi. Inas sahabat perempuannya juga mungkin sudah dibuai mimpi.

Arfa tersentak sebaik sahaja telefonnya bergetar meminta diangkat. Bukan main terkejut Arfa apabila di jam 11 malam begini Wafiy menelefonnya. Tanpa sedar, bibir Arfa terukir senyuman manis. Terus Arfa angkat panggilan tersebut.

"Hello... "

"Kau tak tidur lagi ke? "Tanya Wafiy sebaik sahaja suara Arfa kedengaran.

"Belum. Kenapa kau call aku ni? "Arfa bertanya.

"Tak.. Aku cuma perlukan teman je untuk malam ni, "terjongket kening Arfa ketika itu. Perlukan teman?

"Aik? Mana Armel? "Tanya Arfa kehairanan. Mujur sahaja adiknya yang kecil sekali sudah tidur. Adiknya itu kalau tidur memang tidur mati punya. Jadi, Arfa macam taklah rasa takut takut mahu berbual lama dengan Wafiy.

"Aku... Tak taulah macam mana nak cerita, "suara Wafiy kedengaran resah disebalik talian. Arfa cuma biarkan lelaki itu mencari ruang mahu bercerita kepadanya.

"Kalau kau rasa stress ke apa... Kau boleh je luahkan dekat aku, aku okey. Lagipun, dengan cara ni je aku dapat bantu kau. Maybe.. Untuk balas kebaikan kau untuk aku lagi, "

"Bab budi kebaikan kau tak payahlah ungkit. Aku tolong kau ikhlas, fa, "kenapalah kau baik sangat Wafiy? Boleh tak kau jadi jahat supaya aku tak terus jatuh cinta dengan kau?! Jadi jahat untuk aku je... Bukan untuk orang lain! Gumam Arfa dalam hati.

"So.. Apa masalah kau? "Arfa cuba mengubah topik itu.

Wafiy mengeluh sedikit sebelum membuka mulut. "Armel... Aku rasa dia merajuk dengan aku, "adu Wafiy.

Dengar sahaja nama Armel meniti di bibir Wafiy, Arfa gigit bibir bawahnya sedikit.

"Lepas tu? "Arfa berpura-pura mahu tahu lagi padahal hanya tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati dia bila Wafiy cerita tentang kekasih hatinya dengan sepenuh hati kepada Arfa. Kerana apa? Kerana Arfa dapat lihat betapa seriusnya Wafiy dengan Armel.

"Aku tak tau apa salah aku. Aku rasa aku tak ada buat apa yang salah pun. Macam malam ni selalunya dia study sampai lewat malam. Tapi, tiba-tiba je dia cakap dia mengantuk dan macam malas nak layan aku, "habis semua masalahnya diadu kepada Arfa.

"Mungkin, dia penat tu. Kau janganlah risau. Tak lari punya Armel tu dari kau, "percaya tak, yang kata-kata dia sekarang memang memakan diri sendiri. Sakit! Nasihat Wafiy untuk jangan risau tapi jelas hati Arfa yang sakit.

Arfa bagaikan mahu sahaja memberitahu Wafiy yang dia sukakan Wafiy lebih daripada seorang kawan tapi Arfa masih berfikir secara rasional.

Kalau dia beritahu Wafiy mesti mereka akan kekok bersama macam ni. Jadi, Arfa lebih memilih untuk mendiamkan diri.

"Panjang lebar pula aku mengadu dekat kau. Sorry lah. Ermm, by the way thanks untuk kad kau hari tu. Sweet juga kau ni kan? Untung siapa yang dapat kau, "tambah Wafiy lagi. Arfa hanya tersenyum hambar walaupun Wafiy tidak nampak senyuman itu.

'Itu pun kalau ada orang nak. Even sekarang pun hati aku masih ada nama kau lagi. Tak tau kenapa susah sangat nak buang nama kau dari dalam hati aku ni, 'kata-kata itu hanya diluahkan di dalam hati sahaja.

"Benda kecil je aku bagi kau tu. Kau simpan tau, penat aku buat, "pesan Arfa.

Wafiy ketawa sedikit. "Kalau hilang jangan marah, "

Arfa turut berbuat-buat ketawa. Betul juga, kalau hilang nak buat macam mana. Lagipun Arfa bukannya penting pun dalam hidup lelaki itu.

"Ye lah. Dahlah pergi tidur, "suruh Arfa.

"Baru nak on the phone dengan kau lama-lama, "

"Cakap Armel merajuk. Girlfriend kau tak marah ke kau dengan aku ni? "

"Chill la kau ni. Kau kawan aku, dia girlfriend aku. Kawan dan girlfriend ni berbeza maksud dia. Nanti pandai-pandailah aku pujuk dia. Kau doakan Armel tak merajuk dengan aku lama-lama tau, "pesan Wafiy lagi.

"Ye lah ye lah... Aku dah start mengantuk ni. Aku off dulu eh? "Ujar Arfa. Padahal hati Arfa perlu dipujuk dahulu dari terus cemburu kepada Armel kerana disayangi begitu sekali oleh Wafiy. Untung gadis itu.

Jadi, Arfa hanya berdoa kepada Allah supaya jodohkan dia dengan jodoh yang baik bila tiba masanya nanti. Arfa akan sedaya upaya jaga hati dia dari terus lalai dengan cinta manusia. Ya Arfa mengaku yang Arfa terlalu sukakan Wafiy tapi Arfa akan redha dengan takdir hidupnya nanti.

Jika Wafiy bukan jodohnya, jauhkanlah Wafiy dari Arfa. Dan jika Wafiy jodohnya, dekatkanlah Wafiy dengannya. Itu saja yang Arfa mohon.

"Cakap nak off tapi panjang kau mengelamun eh? "Tersentak Arfa sebaik saja mendengar suara Wafiy di telinganya. Lupa pula nak off.

"Haha.. Good night Wafiy, "tanpa sempat Wafiy membalas Arfa tutup dahulu telefonnya.

If  you need me, call me I don't care if I'm sleeping... If I'm having my own problems or if i'm angry at you just don't care about that. If you need me or you need to talk to me, I'll always be there for you. No matter how big or how small your problem is... I'll be there for you... Happy birthday Qarizh Wafiy yang ke 17 tahun...

Your bestie,
Arfa Ayesha

Jujur saja kad yang Arfa bagi buat Wafiy terukir senyum. Comel saja sahabatnya itu. Arfa memang sweet. Ada saja ayat yang dia akan bagi kepada Wafiy pada setiap hari ulang tahun kelahirannya. Dan pelbagai hiasan yang akan Arfa buat pada kad-kad tersebut. Simple but nice.

Kotak yang berisi kad-kad ucapan daripada Arfa dibuka dan kad tersebut dimasukkan ke dalam kotak tersebut. Ditutup kemas sebelum disimpan ke dalam laci meja belajarnya.

Katilnya dituju sebelum badannya direbahkan ke atas katil. Doa tidur dibaca dahulu disertakan dengan ayat kursi dan juga tiga kul. Kemudian, mengucap dua kalimah syahadah. Itu perkara yang Wafiy amalkan setiap kali sebelum tidur.

Dengan harapan Armel hanya penat sahaja dalam masa dua hari ini. Esok harap-harap gadis sudah baik mood nya. Tak senang duduk Wafiy dibuatnya kalau Armel tidak mahu bercakap dengannya.

Perlahan-lahan mata terpejam mula dibuai mimpi.




Wafiy dan Arfa ucap good night... Huhu...

TBC...

DIARI HATI ARFA |E-BOOK|Where stories live. Discover now