Requestor : kaisoga_min
Cast : Akaashi KeijiDia memandang kosong ke dalam kolam renang yang ada di rumahnya. Selalunya dia tidak begini, tapi kematian kedua ibu bapanya sungguh menghentam dirinya. Dia mengeluh berat.
Sesuatu yang bergetar di dalam poket seluar menyedarkannya daripada lamunan. Diseluk poket tersebut untuk mengambil telefon bimbitnya.
3 missed calls from Bokuto-san
29 messages from Bokuto-sanOh. Masih boleh dikatakan sedikit jumlah tersebut. Dia pernah mendapat 30 missed calls dan 115 messages daripada kapten pasukan bola tampar tersebut.
Apa yang menjadi sebab adalah dia yang tidak menghadiri latihan bola tampar selama tiga hari berturut-turut.
Telefon bimbit kembali dimatikan. Dia masih tidak ingin diganggu sesiapa.
Dia bangkit perlahan. Kaki mula melangkah walau tiada hala tuju yang pasti.
Setelah agak lama dia berjalan, dia mendapat idea ke mana hendak dituju. Langkah mula diatur supaya lebih cepat.
Kini kakinya sudah menjejak destinasi. Sebuah senyuman pahit terukir di wajah tampannya.
Aliran sungai sungguh menenangkan jiwa dan emosinya yang sempat berkecamuk tadi. Siapa saja tidak sedih dengan kematian kedua ibu bapa yang menjaga sedari lahir ke dunia ini?
Tempat ini mempungai sebatang sungai yang kecil dengan air yang sangat jernih. Dia bahkan dapat melihat dasar sungai yang terdiri daripada pasir dan batu-batuan. Kadang, dia juga dapat melihat sekumpulan ikan yang bermain di dalam sungai. Kedalaman sungai tersebut pula agak dalam,mencapai hidungnya.
Di kiri dan kanan sungai tersebut hanyalah semak samun yang tingginya mencapai paras pinggang. Dia bahkan perlu meredah hutan kecil jika mahu sampai ke sini.
Akaashi menghirup oksigen dalam-dalam kemudian menghembusnya perlahan-lahan.
Tenang. Dia mula berasa sedikit tenang. Dia duduk di tepian sungai di atas sebuah batu yang besar. Tempat ini sering menjadi tempat melepak dia dan Bokuto-san. Hanya mereka yang tahu keberadaan tempat ini.
Sejenak, perasaan sedih kembali menyerang. Dia memeluk lututnya dan kembali menangis.
Entah sejak bila langit sudah bertukar menjadi jingga menandakan hari sudah mahu senja, dia tidak sedar.
Air mata yang masih mengalir dilap. Wajah dibiar basah kesan air mata. Hidungnya juga sudah sedikit tersumbat akibat terlalu lama menangis dengan puncak hidungnya yang sudah memerah. Matanya juga bengkak dengan wajah yang memerah.
Ketika dia hendak bangkit, entah bagaimana dia tersadung kakinya sendiri. Matanya membulat terkejut. Dia jatuh ke dalam sungai.
Tangannya terkapai-kapai mencari pautan. Oksigen mula menipis. Sudah lemah, tubuhnya tersorot semakin tenggelam. Matanya ditutup, pasrah apa yang akan berlaku selepas ini.
.
.
.
.
.
"Akaashi!!!" Bokuto segera berlari apabila mendengar bunyi air yang kuat ketika dia dalam perjalanan ke sungai tersebut. Ditolak kasar semak samun yang menghalang laluan.
Ketika sampai di tebing, dia menggigit bibir bawahnya kuat melihat kouhai yang rapat dengannya itu terkapai-kapai mencari pautan.
Tanpa berfikir dua kali, dia terjun ke sungai tersebut lalu berenang mendekati Akaashi. Tangan lemah itu ditarik mendekat. Tubuh yang semakin susut setelah kematian kesayangan itu dipeluk erat. Lengannya dilingkar di bawah dagu Akaashi. Perlahan-lahan dia menarik tubuh lemah tersebut ke tebing sungai.
Setelah sampai, dia naik ke daratan yang berbatu kerikil. Dia terduduk menahan penat. Mujurlah dia cepat bertindak sebelum Akaashi benar-benar lemas.
Akaashi terbatuk-batuk dengan keras. Air yang sempat masuk ke dalam paru-paru mula keluar. Hasil tindakan cepat Bokuto, dia masih belum kehilangan kesedarannya di dalam air tadi.
"Kau... Kau tak apa-apa Akaashi?!"
"Ya Bokuto-san... Terima kasih..." Akaashi menjawab lemah.
Tubuh kouhai yang bergetar itu direngkuh ke dalam pelukan.
"Mujurlah..."
Bokuto mengusap belakang kepala Akaashi.
"Jangan bersedih lagi... Yang pergi sudah pergi. Teruskan hidup. Aku ada disini Akaashi..."
Bibir Akaashi kembali bergetar. Dirangkul balas pelukan Bokuto. Tidak lama tangisan sayu kembali kedengaran.
Bokuto mengukir senyum nipis sambil menggosokkan belakang badan si kouhai menenangkan.
Lepaskan. Lepaskan semuanya Akaashi Keiji. Biar tiada lagi kesedihan yang menghantui.
608 words.
Thank you for the request."Stay alive even if it dies for sure."
Typo? Abaikan.
Lots of love,
Monju.

ANDA SEDANG MEMBACA
Haikyuu: Compilation
Short StoryHanya himpunan cerita pendek menggunakan watak daripada Haikyuu. Watak bukan milik penulis. Tapi short stories ni memang milik penulis. 🏐Karasuno 🏐Nekoma 🏐Aoba Jousai 🏐Fukurodani 🏐Shiratorizawa 🏐Inarizaki 🏐Date Tech Selamat membaca! 🌻 Sta...