kedai bunga

74 8 2
                                        

"Yo Asahi, kau dah nak balik?" Sugawara menepuk bahu kiri Asahi. Soalannya dijawab dengan anggukan daripada Asahi.

"Hari ni aku janji nak tolong sepupu aku kat kedai bunga dia." Asahi mula menggalas sandangnya setelah selesai mengemas barang-barangnya.

"Aku pergi dulu." Asahi sedikit mengangkat tangannya tanda berpisah disambut dengan lambaian daripada Sugawara.

Kakinya pun mula melangkah keluar daripada kawasaan sekolah. Jam tangan dilihat sekilas. Memastikan yang dia masih mempunyai masa dan tidak terlewat.

Tidak lama pun, beberapa minit dia berjalan sampailah. Kini dia sudah tercegat di hadapan kedai bunga milik sepupunya.

"Koji, aku dah sampai." Dia menyapa sepupunya yang sedang menyusun bunga-bunga di ruangan.

"Ah, arigatou sudi datang Azumane, apron ada kat kaunter tu. Aku dah siapkan untuk kau."

Asahi mendekati kaunter yang dimaksudkan. Beg sandangya diletakkan di bahagian dalam di bawaj kaunter. Apron yang sudah disiapkan sepupunya digapai lalu dipakai.

Bermulalah tugasnya sebagai pembantu kedai pada hari itu.

.

.

.

.

.

Asahi mengeliat meregangkan segala urat saraf yang sudah bekerja keras harini.

"Gee, terima kasih banyak-banyak Azumane. Kau sangat membantu."

Asahi mengukirkan senyumannya. "Semua tempahan kau dah siap gubah?" Alasan mengapa dia datang membantu sepupunya itu.

Anggukan diterima. Mereka mula berkemas. Bersiap untuk menutup kedai.

Namun, aktiviti mereka dihentikan dengan pintu yang dibuka dari luar.

Seorang gadis datang termengah-mengah menunjukkan yang dia baru sahaja melakukan marathon. Erm, berlari.

"Maaf cik, tapi kedai sudah ditutup." Sepupu Asahi memberitahu gadis tersebut.

"Saya mohon, izinkan saya untuk membeli lagi. Saya sangat perlukan bunga sekarang ni..."

Asahi melihat sepupunya. Memberi pandangan, 'bagi jela dia masuk kumohon...'

Koji menggosok belakang lehernya lalu mengeluh. Kasihan juga melihat wajah merayu daripada kedua orang itu.

"Baiklah baiklah. Hanya untuk cik ya." Mendengar itu, gadis itu tersenyum cerah. Dia pun segera melangkah masuk dan tanpa berlengah, segera ke bahagian di mana bunga yang diinginkannya berada.

Asahi mengerutkan dahinya melihat bunga yang dipilih oleh gadis tersebut.

Carnation.

Lebih menarik, gadis itu hanya mengambil setangkai bunga tersebut.

'Mungkin dia tak ada bajet yang cukup?' Tekanya sendiri. Sudahnya dia hanya mengangkat bahunya tidak peduli.

Usai gadis itu keluar, dia segera bersiap untuk pulang. Hari sudah pun gelap ketika dia selesai mengemas kedai bersama sang sepupu.

Di perhentian bas, sekali lagi dia bertemu gadis tersebut. Dahinya berkerut melihat gadis itu yang masih belum pulang.

"Hei" Sapaan daripada Asahi membuatkan gadis tersebut berpaling.

"Awak dekat kedai bunga tadi..."

"Iya. Kenapa awak masih di sini?" Asahi berdiri di sebelah gadis teesebut.

Haikyuu: CompilationTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang