Bunyi wisel panjang berbunyi menandakan permainan sudah tamat. Keadaan menjadi hening seketika kemudian riuh dengan sorakan daripada pasukan pemenang. Sungguh keputusan yang tidak dijangka.
Karasuno berjaya menundukkan Shiratorizawa juara tetap. Terdapat dua tangisan yang beradu. Tangisan kegembiraan daripada Karasuno dan tangisan kekecewaan daripada Shiratorizawa.
"Kau okey, Shirabu?"
"Cuma... Sedikit pening." Tangisan pun pecah daripada seorang Shirabu Kenjirou.
Sosok kecil tersebut hanya termenung dengan menongkat dagunya merenung ke luar tingkap bas. Goshiki yang melihat keadaan itu ingin menegur tapi ditahan oleh Semi dengan gelengan kepala.
Keadaan Shirabu sangat tidak boleh diganggu. Hanya seorang yang mampu menenangkan si kepala batu itu.
Ya, hanya dia.
.
.
.
.
.
Shirabu menunggu di bangku yang terdapat di bangku taman sekolahnya. Tempat biasa dia untuk berjumpa dengan sahabat sejak kecilnya. Hal ini sudah dimaklumi oleh ahli kelab bola tampar.
Dia mendongak melihat langot kelam malam kerana bintang masih sedikit.
Seketika fikirannya menerawang mengingat kisah silamnya yang boleh dikatakan pahit untuk diingat.
...Manik cerahnya memandang kosong dinding putih pucat hospital.
Sekali lagi, sekali lagi rancangan bunuh dirinya gagal.
Pertama, dia berdiri di tengah jalan raya menunggu dirinya dilanggar mana-mana kenderaan.
Gagal.
Dia diselamatkan oleh Semi yang sempat melihat kejadian itu.
Kedua, dia cuba menelan ubat tidur secara berlebihan dengan harapan overdose.
Gagal.
Sayangnya, Kawanishi melihat tindakannya menepis tangannya sehingga segenggam ubat itu terpelanting berselerak di atas lantai.
Ketiga, ketika dia berada di rumah. Dia menghiris pergelangan tangannya. Dia berfikir kalini mungkin berjaya.
Gagal.
Ibunya menemuinya sebelum sempat nyawanya berpisah dengan jasadnya.
Kini dia berakhir terlantar di hospital ini.
Dia menghembus nafas lelah. Infus yang disambung di belakang talak tangannya dicabut perlahan. Luka hirisan masih terasa pedih namun langsung tak dirasakannya. Tekanan yang menghimpit tubuh kecilnya lebih sesak dan sakit daripada luka tersebut.
YOU ARE READING
Haikyuu: Compilation
Short StoryHanya himpunan cerita pendek menggunakan watak daripada Haikyuu. Watak bukan milik penulis. Tapi short stories ni memang milik penulis. 🏐Karasuno 🏐Nekoma 🏐Aoba Jousai 🏐Fukurodani 🏐Shiratorizawa 🏐Inarizaki 🏐Date Tech Selamat membaca! 🌻 Sta...